Jom Click

Memaparkan catatan dengan label ceritaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ceritaku. Papar semua catatan

Rabu, 9 Mei 2012

Selamat Hari Guru, Cikgu!!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..sudah 3 bulan lebih aku mengajar kelas KAFA. Memang mencabar menjadi seorang pendidik. Pada permulaannya agak sukar untuk aku menyesuaikan diri dengan suasana baru iaitu daripada seorang pelajar kemudian menjadi seorang pengajar. Tambahan pula aku memegang ijazah bioteknologi dan bukannya pengajian islam. Tapi bagi aku walaupun tanpa ijazah pengajian islam, sebagai seorang muslim tanggungjawab menuntut ilmu, mengamalkannya dan menyebarkannya terutama ilmu akhirat adalah wajib tidak kira apa sekalipun latar belakang kita. Jangan jadikan alasan tidak mempunyai latar belakang pengajian islam untuk kita menolak ketepi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Bagi aku setiap muslim adalah ustaz atau ustazah. Mengajak orang untuk berbuat baik dan mengajak mereka untuk meninggalkan perkara2 buruk sesuai dengan Firman Allah S.W.T.:

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Surah Ali-Imran: Ayat 110)

Nabi pun ada berpesan kepada kita "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat". Jelas di sini bahawa kita semua mempunyai tanggungjawab. Tanggungjawab untuk menyampaikan apa yang kita tahu daripada pembacaan, kuliah ataupun ceramah daripada ustaz2 ataupun ustazah2 tentang Al-quran dan As-sunnah kepada sesiapa sahaja terutama kepada adik2 yang masih baru dalam menimba ilmu agama. Mereka ini perlu diasuh dari kecil belajar dan kenal ilmu agama terutama ilmu Fardhu Ain yang merupakan kewajipan kepada setiap muslim. Kerana mereka inilah perintis masa depan. Macam manalah keadaan umat pada masa depan kalau yang muda sekarang ini tidak solat sebab tidak pandai. Baru2 ini keluar dalam akhbar tentang beberapa murid sekolah di ibu kota tidak tahu mengucap syahadah. Agak sedih sekali mendengar berita ini dan masing2 menunding jari menyalahkan pelbagai pihak. Bagi aku, daripada menyalahkan orang lain lebih baik refleksi diri kita sendiri. Kalau diri sendiri sedar tanggungjawab sebagai seorang muslim insyaAllah perkara ini tidak akan berlaku.

Apabila melihat murid2 solat berjemaah ketika amali solat di sekolah, terdetik di hati bagaimana keadaan mereka bila besar nanti. Adakah mereka dapat melakukan seperti apa yang mereka lakukan pada hari ini. Adakah mereka sentiasa ingat apa yang diajar ustaz dan ustazah di sekolah. Memikirkan keadaan ini hati rasa gusar sekali. Takut2 suatu hari nanti mereka dipengaruhi oleh anasir2 yang akhirnya memakan diri sendiri hingga lupa pada asal usul mereka. Ya Allah..semoga Engkau sentiasa melindungi mereka dari fitnah dunia ini..Aminn

Sedih juga bila memikirkan realiti umat Islam sekarang. Di mana silapnya sehingga ramai yang tergelincir dari jalan yang lurus. Pada siapa ianya harus dipersalahkan. Guru?Ibu bapa?Pihak kerajaan?Atau individu itu sendiri? Inilah yang membimbangkan Rasulullah S.A.W. terhadap umatnya di akhir zaman. Sehingga di saat2 akhir hidup baginda, baginda seolah2 tidak tenang jika tidak mendapat jaminan daripada Allah S.W.T. tentang nasib umatnya di akhirat kelak. Allahuakbar..Sungguh tulus kasihmu duhai kekasih Allah terhadap kami. Betapa beruntungnya kita mendapat seorang nabi yang sangat cintakan umatnya sehinggakan nabi Isa sendiri berharap agar beliau dapat menjadi salah seorang umat Muhammad yang mendapat pelbagai keistimewaan daripada Allah. Kalaulah kita semua sedar betapa istimewanya kita sudah tentu kita mahu membalas kasih yang nabi berikan kepada kita. Dengan cara yang bagaimana? Seperti yang telah baginda wariskan kepada kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, sudah cukup jika kita dapat berpegang dan mengamalkan kedua-dua ini.

"Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku." Hadis riwayat Imam Malik

Saham yang paling menguntungkan adalah ilmu yang bermanfaat. Ilmu ini dituntut, diamal, dan disebarkan untuk tujuan kebaikan. Bila ilmu ini digunakan oleh orang lain, maka kita juga akan memperoleh pahala. Itulah yang aku pegang sekarang ini. Diharapkan ilmu yang aku curahkan dapat dimanfaatkan dan menjadi saham yang menguntungkan untukku sewaktu di akhirat kelak. Aku juga cuba untuk ikhlas dalam bekerja. Mengikut pengalaman aku selama beberapa bulan ini, kerja yang dilakukan olehku menjadi suatu keseronokkan apabila kerja ini dilakukan dengan hati yang ikhlas kerana Allah Taala. Aku bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh seorang guru dalam akhbar sempena Hari Guru pada 16 Mei yang lalu bahawa kerja sebagai guru bukan sekadar kerjaya tapi sebaliknya kerja sebagai guru adalah lebih kepada panggilan. Panggilan atau seruan untuk mendidik dengan seikhlas hati dan tidak mengharapkan apa2 balasan. Jika hati ini ikhlas mendidik, barulah hati ini seronok dengan kerja yang kita lakukan. Agaknya inilah apa yang aku cari selama ini. Tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang pendidik tapi apabila merasai sendiri pengalaman barulah diri ini tahu apa yang menariknya menjadi seorang guru.

Kepada guru di luar sana, tidak terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Guru. Jasa kalian hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalasnya. Teruskan niat anda yang ikhlas untuk mendidik anak bangsa. Terima kasih Guru!!

p/s: Gembira dapat bekerjasama dengan guru2ku sewaktu sekolah rendah dulu.


~First time dapat present daripada my student. Terharu sangat2. Tak sangka dapat hadiah walaupun baru beberapa bulan mengajar~

Jumaat, 27 April 2012

Saksi

Assalamualaikum w.b.t

Astaghfirullahalazim 3X..itulah yang mampu untuk aku ungkapkan buat masa ini. Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Agak2 berapa kali jumaat lagi yang tinggal untuk kita beribadah kepada Allah? Tak terfikirkah mereka? Agaknya pukul orang ni macam pukul nyamuk ke apa. Sampai nazak kawan ni dibuatnya. Ya Allah..mujurlah aku terawal beberapa minit keluar daripada rumah kalau tak, aku pun tak tahu apa nasib aku dengan adik aku. Kejadian tetak ini betul2 berlaku depan rumah makcik aku yang selang beberapa meter dari rumah aku. Tak sangka kampung yang disangka aman rupa2nya tidak lagi.

Takut rasanya nak bercerita panjang. Takut diketahui konco2 mereka yang sememangnya senang mengesan maklumat. Dah macam tak keje yang baik nak dibuat.. Teringat kata2 orang kampungku dan ummiku sendiri tadi: "Jangan bagitau orang yang kita tahu pasal kejadian tu nanti tak pasal2 kita pulak yang kena." Ya Allah..tak sangka hari ini aku diberi 'peluang' untuk menjadi saksi kejadian. Semasa keluar rumah bersama adik ke kedai kami ada mengesan sesuatu yang tak kena berlaku sebab ramai sangat orang berkumpul depan rumah makcik aku. Yang peliknya pintu pagar rumah makcik aku tertutup rapat. Tapi aku dah terbiasa dengan gelagat pemuda2 kampung ini yang suka sangat berkumpul dan 'meeting' di tempat2 gelap. Jadi aku pun buat tak tahu jer la. Ada jugak terpandang sorang ni naik motor. Muka macam dah taraf pakcik dan terlintas dalam hati aku apsal pakcik ni bergaul dengan orang muda, ke saje je bertegur sapa dengan diorang. Bersangka baik la aku pada pakcik ni.

Nak dijadikan cerita, masa ondaway balik jalan kat kampung tiba2 jem dan aku ternampak ada sebuah ambulans dekat depan rumah makcik aku tu. Pada masa tu, ramai sangat orang kampung keluar. Kereta memang tak boleh nak lalu so aku pun parking la kereta dekat rumah pengasuh aku yang kebetulan ada berdiri kat depan rumah. Dia bagitau ada accident kat depan tu tapi accidentnya dah lama dah berlaku time maghrib lagi. Aku pun teringat masa solat maghrib tadi aku ada dengar bunyi dentuman tapi time aku keluar lepas isya' tadi macam tak ada pape pun. Memang ada kereta tapi tak perasan pulak yang kereta tu accident sebab nampak macam kereta tu parking elok je. Yang cedera lagi la tak nampak. Lepas adik aku pegi lihat sendiri tempat kejadian barulah dapat tahu bukan orang cedera accident tapi cedera sebab kena tetak. Memang berdiri la bulu roma. Kalau accident boleh tahan lagi tapi yang ni cedera sebab perbuatan orang lagi la seram. Aku pun tak tahu motif sebenar si A ni ditetak. Tapi dari kronologi kejadian dan pada masa yang sama aku dan adik sempat melihat beberapa kelibat manusia dalam samar2 cahaya lampu kereta cukup untuk kami membuat kesimpulan bahawa si A ditetak oleh si B mungkin disebabkan si B marahkan si A yang menyebabkannya kemalangan. Aku terdengar jugak orang kampung bercerita yang si A ni orangnya baik dan mustahil si A buat kerja tak elok. Si B ni memang terkenal dengan ke'jaguh'annya dan ke'hero'annya dan dah ramai sangat yang jadi mangsa sampai jadi buruan polis. Itu yang aku dengar la wallahua'lam betul ke tak sebab aku memang tak berapa kenal dengan orang kampung aku sendiri. Kalau yang dekat2 kenal la. Kalau orang yang jauh ke dalam lagi memang aku tak kenal.

Dulu aku tak terfikir pun yang aku dapat tengok jenayah betul2 berlaku depan mata. Tapi sejak kebelakangan ini, aku sering diperlihatkan oleh Allah perbuatan2 buruk manusia di tempatku sendiri termasuklah menipu, meragut, dan yang terbaru malam ini menetak orang. Agaknya inilah bukti yang Allah sendiri nak aku tengok bagaimana keadaan umat Islam sekarang ini. Kita duduk senang-lenang dalam rumah tak terasa pun yang kat luar tu dah tak selamat walaupun kita rasa keadaan di kampung lagi aman daripada keadaan di bandar. Buktinya hari ini depan rumah sendiri kejadian yang selalu aku tengok dalam 999 berlaku. Beginilah realiti umat Islam sekarang. Pergaduhan dianggap suatu benda yang biasa. Bunuh orang dah macam bunuh ayam. Perasan hormat pada orang tua dah tak ada. Buktinya malam ini, si A yang ditetak adalah warga emas. Teruk jugak pakcik ni kena hentam. Aku terfikir jugak mungkin pakcik yang aku tengok tadi adalah si A. Wallahua'lam.. Apa2 pun, semoga Allah menyelamatkan pakcik ini dan jika dia telah melakukan kesalahan semoga Allah mengampuninya dan memberikannya hidayah. Dan kepada si B yang melarikan diri semoga Allah membuka pintu hatinya untuk kembali bertaubat dan berserah diri kepada Allah. Sama2lah kita berdoa agar umat Islam kembali kepada fitrah dan melakukan perkara2 yang terpuji dan meninggalkan perkara2 yang mungkar. Agar Islam dapat kembali bersinar menyinari alam maya ini seperti bersinarnya ia pada zaman Rasulullah S.A.W.

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah2 mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala2 buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian..." (Hadis Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu'jan Al-Kabir)

Selasa, 14 Februari 2012

Belajar Jadi Garang?

Assalamualaikum w.b.t..

Belajar untuk menjadi seorang yang 'garang' bukanlah sesuatu yang mudah. 'Garang' dengan erti kata tegas, serius, dan mampu untuk membuat orang lain takut dengan kita. Itulah yang cuba aku lakukan pada waktu ini. Menjadi seorang pendidik bukannya senang seperti yang aku gambarkan sebelum ini. Bukan setakat menyampaikan ilmu tetapi juga mampu untuk membentuk anak didik supaya berdisiplin semasa menuntut ilmu. Jika tidak sia2 saja penyampaian ilmu kita kepada mereka. Pada mulanya aku cuba untuk mendidik dengan cara lemah lembut dengan harapan mereka suka dengan penyampaian aku. Tapi percubaan aku ini meleset kerana mereka menganggap perbuatan aku ini seolah2 memberi kelonggaran kepada mereka untuk tidak mendengar apa yang disampaikan olehku. Minggu ini aku bertindak lebih 'agresif' terhadap mereka kerana bagiku ilmu agama ini bukannya sesuatu yang boleh diperlekeh dan diambil dengan cara sambil lewa sahaja. Tambah lagi jika melibatkan pendidikan Al-Quran. Semalam hati ini tidak tertahan melihat Al-Quran tidak diberi hak yang sepatutnya sehinggakan pembaris meter yang keras boleh pecah terbelah. Bukan sebab memukul murid tapi cuba untuk menarik perhatian mereka dengan memukul meja. Memang cara ini berkesan. Tapi hanya waktu pendidikan Al-Quran sahajalah sifat 'garang' itu datang. Dan sekarang ini aku cuba belajar menjadi garang dan tegas dalam mendidik murid2 ini.

Jika diimbau zaman sekolah rendah yang lalu, aku hanya akan ingat ilmu yang diajar oleh guru2ku yang garang dan tegas. Dan ada di antara ilmu itu dapat aku ingat sampai sekarang. Betapa hebatnya impak yang diberikan oleh guru2 ini. Disebabkan aku baru saja dalam bidang pendidikan ini dan tiada pengalaman mengajar, aku meminta tunjuk ajar daripada ummi yang memang pakar dalam bidang ini dengan 40 tahun pengalaman mengajar. Selepas pulang daripada mengajar, aku akan menceritakan kepadanya apa yang dilakukan olehku pada hari tersebut. Jika ada kekurangan dan kesilapan yang aku lakukan ummi akan memberi nasihat kepadaku. Abahku yang juga mempunyai pengalaman yang sama turut memberi input2 yang berguna. Aku masih teringat kata2nya beberapa hari yang lepas: "Menjadi seorang guru perlu ada sifat sabar dan penyayang". Bagi abah sayang murid bukan dengan cara ditimang2 dan dimanja2 tetapi sayang dalam konteks tidak mahu melihat mereka gagal dalam hidup. Dalam merealisaikan perasaan sayang ini, garang diperlukan. Garang kata ummi dan abah biarlah bertempat. InsyaAllah aku akan cuba mempraktikkan apa yang dikatakan oleh ummi dan abah.


~Cerita Upin dan Ipin episod "Garang Ke Sayang?" cerita 'feberet' anak saudara dan anak sepupu~

Orang kata guru adalah orang yang paling gembira jika anak muridnya berjaya dalam hidup. Sebenarnya menjadi kepuasan buatku berkongsi ilmu yang aku ada dengan anak2 muridku. Tapi hati ini kadang2 berbelah bagi dalam membuat pilihan samada untuk meneruskan karier ini atau kembali mencari pekerjaan dalam bidang bioteknologi, bidang yang sepatutnya aku ceburi. Sayang jika bidang yang aku belajar dulu ini terkubur begitu saja. Moga Allah membantuku dalam mencari profesyen yang sesuai buatku untuk kebaikanku pada masa depan..Aminn..

~Rasa tak percaya jadi ustazah..^_^~

Isnin, 16 Januari 2012

Malang Tidak Berbau

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih memberi kesempatan kepadaku untuk bernafas di atas muka bumi ini. Segala puji dan syukur kurafa'kan kepadaMu kerana memberi kekuatan pada diri ini untuk berkongsi pengalamanku yang paling pahit yang kukira pernah dialami olehku. Walaupun terasa berat lagi hati ini untuk bercerita dan masih perit lagi bagiku untuk mengingati kembali satu persatu kronologi peristiwa yang berlaku pada dinihari 14 Januari 2012. Seolah2 telah diatur rapi oleh Yang Maha Kuasa, aku sebagai hambaNya pasrah dan redha dengan apa yang berlaku.

Hari Selasa yang lepas aku dan ummi bertolak ke Johor untuk melawat anak buahku yang demam. Pada permulaannya aku menolak ajakan ummi untuk ke sana kerana entah mengapa hati aku terasa berat sangat seakan2 dapat meramal ada perkara yang buruk bakal berlaku. Tapi disebabkan desakan ummi dan abah, aku terpaksa akur. Selama 4 hari aku di sana, anak buahku kelihatan semakin aktif dan demamnya semakin kebah. Pada tengahari Jumaat itu, abangku tiba2 mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bersama2 pada malam itu juga kerana minggu depan (minggu ini) dia harus ke KL atas urusan kerja dan anaknya terpaksa ditinggalkan di kampung. Malam itu juga selepas solat isya' kami bertolak dari sana ke kelantan. Dalam perjalanan ummi menemani abangku bersembang untuk menghilangkan rasa mengantuk dan penat abangku yang memandu kereta. Dan aku sempat melelapkan mata sehinggalah tiba di Muadzam Shah, Pahang.

Abangku yang dari tadi berperang dengan perasaan mengantuk akhirnya tumpas jua. Dek kerana perjalanan kami masih jauh dan dengan keadaan abangku yang separuh sedar, aku menawarkan diri untuk memandu walaupun pada mulanya aku agak keberatan. Aku memulakan perjalanan dari Gambang menuju ke Kuantan. Disebabkan malas untuk mengejutkan abangku yang sedang nyenyak tidur di belakang, aku mengambil keputusan untuk mengikuti jalan yang selalu dilalui oleh abahku iaitu jalan ke Bukit Besi. Pada masa itu, aku langsung tidak terfikir yang jalan itu hanya dilalui pada sebelah siang dan tidak menjadi pilihan pada waktu malam kerana jalan2nya gelap, dikelilingi kelapa sawit, dan yang paling teruk adalah jalannya yang banyak lubang. Bagaikan mimpi ngeri bagiku kerana terpaksa memandu dengan perlahan (dengan hadlaju 60 -80km/j) untuk mengelak lubang2 yang besar dan dalam serta dalam keadaan yang gelap gelita tanpa lampu jalan yang ada hanyalah lampu kereta. Ummiku tidak berhenti2 berzikir untuk mengingatkan aku pada Yang Maha Agung agar dijauhi dari perkara yang tidak diingini.

Alhamdulillah selepas hampir 2 jam (2.30pg -4.30pg) melalui jalan yang menyeramkan itu, kami sampai juga di Bukit Besi, Terengganu. Dari sana aku mengambil jalan ke Kuala Berang melalui Lebuhraya Pantai Timur yang belum siap sepenuhnya tapi selalu digunakan oleh abahku semasa balik dari Johor atau Kuantan. Lebuhraya itu pada permulaan masuknya agak cerah disimbah lampu jalan namun selepas melepasi beberapa kilometer, keadaan kembali gelap ditambah pula dengan hujan renyai2. Bagai sudah diatur olehNya, ummiku tadi yang tidak putus2 berzikir akhirnya terlelap dan aku pula tiba2 rasa mengantuk. Untuk mengelakkan dari terlelap aku memecut agak laju sedikit dalam 100 km/j-110 km/j yang pada awalnya hadlaju kereta hanyalah 90km/j kerana untuk laju lagi aku tak berapa berani disebabkan keadaan jalan yang basah dan gelap. Dalam keadaan jalan yang gelap ketika itu, tiba2 aku terlihat seekor babi hutan yang datang dari arah kanan jalan berlari melintas betul2 di hadapan kereta. Aku yang ketika itu terkejut hanya sempat membrekkan kereta tanpa sempat mengelak sebelum merempuhnya dan binatang itu tercampak ke sebelah kiri jalan. Ummi, abang, dan anak saudaraku yang sedang tidur semua terkejut dan dengan terketar2 aku memberitahu mereka yang aku telah merempuh seekor babi yang agak besar. Kerana takut dengan keadaan jalan yang sunyi dan merasakan kereta hanya mengalami kerosakan kecil, aku meneruskan pemanduan tanpa keluar untuk memeriksa kereta yang pada hakikatnya rosak teruk akibat pelanggaran tadi.

Selepas memandu hampir 30 minit dari tempat kejadian, aku merasakan bahagian bawah iaitu di bahagian kaki terasa hangat. Aku bertanya kepada abangku kenapa rasa panas semacam dan pada saat itu juga aku terfikir pasal pelanggaran tadi dan terus melihat pada meter 'temperature' yang naik secara mendadak. Abang menyuruhku menghentikan kereta dan bila kereta dimatikan asap berkepul2 keluar dari bonet depan. Allahuakbar hanya Allah saja yang tahu perasaan aku pada ketika itu. Abang keluar untuk memeriksa keadaan kereta dan perkataan yang terkeluar dari mulutnya ketika itu adalah Hancur!! Mendengar perkataan itu serta merta hati ini terasa luluh kerana faham betapa sedihnya abang kerana keretanya yang tidak sampai setahun umurnya sekelip mata hilang rupa asalnya. Apa yang boleh aku katakan saat itu hanya maaf walaupun kutahu itu semua adalah kehendak Allah Taala. Maaf kerana telah menyusahkannya dan menambahkan lagi beban yang terpaksa ditanggung olehnya. Hanya satu yang kupohon agar Allah permudahkan segala urusannya dan moga Allah menggantikan kerugian yang dialami olehnya dengan sesuatu yang mengembirakan.

Bayangkan pada saat itu, keadaan jalan yang gelap dan sunyi dan kami tidak tahu pada siapa kami ingin minta bantuan. Agak malang bagi kami kerana lebuhraya itu belum sepenuhnya siap dan kami pun tidak pasti samada peronda ada ataupun tidak. Abangku menelefon abah untuk mengkhabarkan apa yang telah berlaku dan meminta agar abah datang ke sini. Abang sempat juga menelefon agen insurans untuk bertanyakan samada bantuan dapat dihulurkan atau tidak. Dan hampa sekali jawapannya. Perkhidmatan tunda hanya dapat dihubungi pada jam 8 pagi dan waktu ketika itu adalah 5.30 pagi. Berapa lama harus kami tunggu dengan anak saudaraku yang baru berusia 2 tahun dan sudah tentu tidak selesa baginya. Tapi Alhamdulillah anak saudaraku ini seolah2 mengerti suasana ketika itu. Dia dapat minum susu yang dibancuh dengan air sejuk dan dapat tidur dengan lena sekali. Tidak berapa lama kemudian, aku melihat ada kenderaan menghampiri kereta kami dan ternyata Allah telah mempermudahkan urusan kami kerana kenderaan tersebut adalah kereta peronda. Peronda2 ini telah banyak membantu kami dari segi menenangkan keadaan kami yang masih terkejut dan membantu abangku untuk mendapatkan penunda. Satu perkara yang dipelajari olehku dari mereka iaitu jika kita terlibat dalam kemalangan berhentilah di kawasan tersebut dan menunggu peronda datang supaya mereka dapat mengambil gambar sebagai bukti kita terlibat dalam kemalangan di tempat tersebut. Bukti ini penting untuk 'claim' insurans kereta kita.

Disebabkan pengalaman ini pengalaman pertamaku, banyak benda yang telah aku pelajari iaitu apakah perkara yang harus kita lakukan jika kita terbabit dalam kemalangan. Pertama sekali, berhenti di kawasan kemalangan serta ambil gambar kereta kita yang rosak dan apa yang kita langgar atau apa yang berlanggar dengan kereta kita. Kedua, telefon agen insurans kereta kita seperti Takaful Etika dan minta agar dihantar kereta tunda untuk menunda kereta kita. Bukan menghubungi penunda yang hanya mementingkan keuntungan sendiri. Ketiga, membuat laporan polis di balai polis berhampiran. Keempat, barulah kereta kita dibawa ke bengkel.

Seperti yang dialami oleh abangku yang terdesak untuk mendapatkan bantuan penunda sehingga lupa bahawa agen insuransnya yang akan membantu dari segi mendapatkan kereta tunda hingga keretanya selamat dibawa ke bengkel yang sepatutnya. Tapi mujurlah abangku tidak termakan kata2 si penunda yang bersungguh2 untuk membawa kereta abangku ke bengkelnya dengan alasan abangku harus mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak polis yang mana pihak polis ini sudah dirasuah dengan entah berapa ratus ringgit oleh si penunda ini. Patut la sebelum abangku masuk ke balai untuk membuat 'report', aku terpandang aksi si penunda ini mengeluarkan sejumlah wang dari mesin ATM dan aksi pegawai2 polis yang agak ceria dengan kehadiran si penunda ini. Agak lama juga abangku mencari alasan untuk mematahkan helah si penunda ini. Lagak dan bicaranya mampu untuk menghasut abangku agar memilih perkhidmatannya. Dengan bayaran RM500 si penunda ini akhirnya akur mengundur diri. Abangku pula mengikuti agen insuransnya ke Kuantan untuk dibawa keretanya ke bengkel dan kemudian terus ke KL manakala aku, ummi, dan anak saudaraku dibawa pulang ke kelantan oleh abahku.

Sekarang ini, bila terpandang wajah anak saudaraku, aku teringatkan abangku yang mungkin masih lagi bersedih dengan apa yang telah berlaku. Apa yang boleh aku lakukan untuk mengembirakan hati abangku adalah menjaga dan membelai anaknya dengan baik dan penuh kasih sayang. Dan dengan berbuat sedemikian hati ini diharapkan kembali tenang dan tidak menyalahkan diri sendiri setelah apa yang telah berlaku. Walau apa pun yang berlaku aku tetap bersyukur kerana kami semua selamat dan doaku agar kami sekeluarga sentiasa dilindungi oleh Allah dari bala bencana walau di mana saja kami berada. Aminn Ya Robbal 'Alaminn..

“Dan mereka merancang, Allah juga merancang, Dan Allah sebaik-baik Perancang” (Surah Ali-Imran: Ayat 54)

-Keadaan kereta yang rosak teruk akibat pelanggaran tersebut-

Ahad, 8 Januari 2012

Temuduga

Bimillahirrahmanirrahim..

Hari ini tercatat dalam buku sejarah hidup aku buat pertama kalinya menghadiri temuduga untuk bekerja. Jawatan yang aku pohon adalah guru KAFA. Walaupun tak berkait langsung dengan degree yang aku ambik iaitu bioteknologi sekurang2nya tak adalah masaku terbuang begitu saja. Hari2 menunggu panggilan telefon daripada seorang doktor di USM yang berjanji akan menelefonku sejurus penyelidikannya bermula. Dan boleh dikatakan hari2 jugaklah aku menghantar resume ke email majikan2 yang mengiklankan jawatan kosong. Hasilnya, tiada satu pun yang merespon. Disebabkan sekarang susah nak dapatkan kerja, aku dengan ini mengambil keputusan untuk memohon dan menerima apa jua pekerjaan selagi ianya datang dari rezeki yang halal serta pekerjaan tersebut tidak melalaikan aku dari mengingati Penciptaku. Walaupun aku ni taklah sehebat mana untuk mengajar tapi disebabkan ini adalah salah satu sunnah nabi kita Muhammad S.A.W serta dapat menjadi bekal untukku di akhirat kelak bila ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan, disamping dapat membaiki diri ke arah yang lebih baik..insyaAllah mudah-mudahan diizin olehNya.

Ingin kukongsi sedikit pengalaman diri ini semasa ditemuduga pagi tadi. Temuduga tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi tapi aku sampai kat sana dalam pukul 9.00 pagi (ada sebab kenapa lambat..hu3). Masa sampai tu dah ada 2 orang yang sedang menjawab soalan bertulis. Semasa menunggu penemuduga mengambil soalan sempat lagi aku menoleh kat kertas member yang tengah menjawab tu. Berdengup kencang gak la hati ni tengok soalan yang tengah dia jawab tu adalah dalam bahasa arab. Dalam hati: matilah aku kali ni.dah lama aku xstudy arab ni.boleh ke aku jawab ni.alamak kosong la tempat jawapan tu..hu3. Tapi Alhamdulillah dengan kuasa Allah aku dapat jawab semua soalan walaupun ada yang tak berapa konfem jawapannya.

Selesai jawab soalan bertulis, aku dipanggil untuk ditemuduga. Mujurlah penemuduga (ustaz) aku adalah seorang yang baik dan aku rasa agak selesa sebab orangnya berumur.Pertama sekali beliau bertanya: dulu belajar dekat mana. Habis semua aku cerita dari sekolah rendah sampai ke universiti. Disebabkan beliau sibuk menanda kertas jawapan aku tadi, beliau agak lambat untuk merespon. Jadi aku pun mula la sambung bercerita pasal pelajaran sampai la kenapa aku mintak jadi guru kafa walaupun tak ditanya. Seterusnya, beliau memulakan pertanyaan berkaitan dengan tajwid tentang hukum lima dan jenis mad. Nasib baiklah betul walau ada jugak sipi2 nak terkeluar topik. Kemudian aku disuruh untuk membaca surah As-sajadah. Selesai membaca, berikut adalah perbualan kami:

Ustaz: apakah nama surah ini?
Aku : surah as-sajadah
Ustaz: untuk apa surah ini dibaca?
Aku : Maksud ustaz?
Ustaz: Macam untuk apa surah ini selalu diamalkan. Contohnya, untuk tujuan perubatan ke? untuk tujuan halau hantu ke?hah untuk apa sebenarnya?
Aku : (Berfikir sejenak..)Hurm..untuk halau hantu kot..he3..tapi kalau nak halau hantu baca mana2 ayat dalam al-quran pun konfem hantu lari..
Ustaz: (Tergelak besar)
Aku : Hurm..selalunya surah ini dibaca semasa solat subuh pada hari jumaat kerana di dalamnya terdapat sujud sajadah.
Ustaz: Ha..yang ni baru betul.yang ni la saya nak dengar.bukan buat halau hantu..he3.

Ada banyak lagi yang ditanya dalam bahagian Al-quran ni. Boleh dikatakan dekat satu jam la jugak interview ni.orang lain yang ditemuduga oleh seorang lagi ustaz dah lama dah balik.tinggal aku sorang je kat situ. Ingatkan lepas bahagian Al-quran dah boleh balik. Rupa2nya ada lagi soalan iaitu berkisar tentang pengetahuan am dan ikhtisas. Soalan tentang bila malaysia merdeka?sebutkan secara heirarki nama2 perdana menteri malaysia dari yang pertama sehingga sekarang?apakah nama menteri pelajaran malaysia?apakah nama menteri besar kelantan?apakah nama sultan kelantan serta gelarannya? Alhamdulillah..mujurlah dapat jawab semua. Kalau tak malu terutama sekali kalau tak boleh jawab yang part nama menteri besar dan nama sultan. Malu ambo sebagai rakyat kelate kalu tok leh jawab.

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman yang dapat aku kongsikan. Sebelum melangkah keluar aku sempat bertanya samada aku layak atau tidak dan beliau mengangguk serta tersenyum. Alhamdulillah..lega rasanya Allah saja yang tahu.

Sabda Rasulullah S.A.W: Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-quran dan mengajarkannya. (Hadis riwayat Bukhari)

Sabtu, 9 April 2011

nok geroh

Assalamualaikum w.b.t..

Pukul 8 td time nk kluar pegi main netball dgn kwn2, satu tragedi yg xdpt dilupakan telah berlaku. Time elok2 nk wat u-turn kat depan rmh jiran sblh, tiba2 'kruk' kereta trlanggar tebing.ingtkan lepas je rupa2nya tersangkut jgk.xprsn pulak tebing tu panjang.lps tu ak cpt2 patah blk ke rmh.turun kete terus tgk.mmg dahsyat ar kena.terus msk kete tlpn abah.abah dengan relaxnya jawab, "Nok geroh, nok wat gano".maksudnya, "ujian tu, nak wat macam mana".lebih kurang mcm tu kot maksudnye.hurm..betul.tp aku rasa it is more to kifarat dosa.sblm ni aku ada wat silap.dan aku rasa perbuatan aku tu memang xbetul.bila pikir blk perbuatan yg aku buat tu tiba2 tringat lagu dari kumpulan Algebra, "Berkata benarlah walaupun sukar..".semata2 nk jaga perasaan seseorang itu aku takut utk berterus terang.memang salah besar la apa yg aku buat tu..

Ya Allah..ampunilah segala dosa2ku.sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun dosa2 besar..Aminn..

Moga kerosakkan itu dapat diperbaiki.waiting for tommorrow.moga ada yang datang menolong.can't stop thinking bout that.cuak pun ada nk bwk kete ni.plg cuak dgn keadaan yg sempit.tp masih berani nk mencelah msk di kwsn2 jem..dun worry my friends..im still a good driver.but sometimes when Allah want to take something from me, i can't say no for that and i have to accept it with my willing heart..;)

p/s: risau gak kalo kawan2 xnk naik kete aku.tp td belum sempat aku msk kete, dh penuh dh seat blkg.thanks babe.ade gak yg sudi naik kete yg dh kemek tu..:(

Ahad, 16 Januari 2011

Dia.. Perempuan Melayu Terakhir..


Bismillahirrahmanirrahim..

Tak pernah ku jumpa orang yang seramah dia. Walaupun kami tak pernah kenal sebelum ini, disebabkan keramahannya menyapa aku, rasa kekok untuk berbual dengannya terus hilang. Senyuman selalu terukir di bibirnya dan tak pernah pudar tatkala berjumpa denganku. Ucapan yang keluar dari mulutnya elok tersusun dan sedap didengar. Alangkah beruntungnya ibu dan kakaknya. Mempunyai anak dan adik yang cantik budi bahasanya. Dengan wajah yang cantik jelita, badan yang tinggi lampai dan kurus cukup untuk aku katakan dia seorang gadis rupawan dan mempunyai ciri2 perempuan melayu terakhir. Tapi di sebalik keelokan yang ada pada gadis ini, terselit satu kesilapan besar yang dilakukannya. Dari segi pemakaiannya, sukar untuk aku tafsirkan. Dari apa yang diceritakannya cukup bagiku untuk membuktikan yang dia seorang yang baik budinya dan akhlaknya. Tapi kenapa terjadinya hal yang sedemikian? Adakah sudah menjadi kebiasaannya memakai 'dress' ataupun 'skirt' yang hanya menutupi separuh pahanya? Mungkin juga dia sangat mengagumi orang2 barat sehinggakan dia sanggup meniru pemakaian dan cara hidup mereka? Sukar untuk aku membaca apa yang ada dalam hatinya. Cuma satu perkara yang terdetik di hatiku. Perkara sebegini hanya boleh berlaku sekiranya ilmu agama tiada dalam diri. Ilmu agama yang diamalkan akan membuahkan iman. Bila iman tiada dalam diri banyak benda2 yang tak elok dan tak terjangka wujud dalam diri manusia itu. Moga kita sama2 muhasabah diri. Sempurnanya iman seseorang terletak pada kesempurnaan diri dan hatinya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

” Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakanyang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.”

-Riwayat Bukhari dan Muslim-

Dan doaku agar si gadis ini berubah menjadi seorang mukminah yang solehah yang mengekalkan ciri2 keperibadian yang indah. Moga diri ini juga dapat menjadi mukminah yang solehah dan mempunyai keperibadiaan yang unggul seperti unggulnya iman dan peribadi Siti Khadijah RA..Aminn..

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Rabu, 10 November 2010

Yeay!!I'm free now!!

Alhamdulillah...akhirnya berjaya jugak aku menamatkan pengajian 3rd year 1st sem aku.lagi satu sem jer lagi yang tinggal sebelum aku melangkah keluar daripada monash.hurm..xsabarnye nk tggu hari tersebut.banyak sudah pengalaman yang aku lalui sebagai seorang mahasiswi di institut pengajian tinggi swasta.memang tak dapat dinafikan menjadi pelajar monash sememangnya mencabar fizikal dan mental.yang paling berkesan di hati adalah penyeksaan mental sebenarnya.kalau diri ini tak cukup kuat untuk hadapi keadaan ini silap hari bulan boleh jadi gila.tak hairan la ada jer pelajar monash yang ambik course science ambil jalan singkat dengan 'commit suicide'.Alhamdulillah kami pelajar melayu dan islam masih mampu bertahan walaupun kami sebenarnya banyak makan hati.makan hati dgn lecturer, lab demo, dan coursemate sendiri.istilah 'racist' memang sentiasa wujud dan menjadi satu trend sebenarnya di monash.malas sebenarnya nak cerita.tapi itulah hakikatnya.hanya kami saja yang tahu dan rasainya.susah untuk diceritakan pada orang lain. Walaubagaimanapun, aku tetap berbangga menjadi student monash.monash universiti tersenarai dalam QS World University Rankings dan kini berada di tempat yang ke-61.no wonder la kenapa susah sangat belajar kat sini.

Kita tinggalkan cerita monash aku di sini.kalau diteruskan banyak pulak benda yang aku nak crita pasal monash ni.hurm..kisah seterusnya adalah berkenaan dengan aktiviti aku selepas exam.hari ni dah masuk hari kedua dah aku terlepas dari bebanan exam.banyak jugak rupanya benda yang aku dan kawan2 aku nak buat.tapi memandangkan raya korban dah nak dekat terpaksa la aku cancle mana2 benda yang xpenting utk dibuat.tambahan pulak ummi ngn abah aku pun awal2 lagi dah tanya nak blk bila.kenapa tak boleh balik awal.lepas tolak2 yang mana tak patut, hari ni aku dengan kawan2 biotek yg lain bersepakat mendaki Broga Hill yang terletak dkt semenyih.mula2 nak naik bukit ni memang excited.mana taknya first time nak hike.dah terbayang diri kat puncak bukit.tapi malangnya, panas disangka ke petang hujan pulak di tengah hari.bila dah dekat berapa percent lagi nak sampai kat puncak pertama, hujan lebat tak berenti2 turun.kabus pulak menebal.memang trasa sejuk sampai ke tulang.mengiggil kat atas tu.ujian buat kami yang baru first time hiking.

Disebabkan hujan, ramai pendaki2 yang dah berada kat atas lebih awal utk menyaksikan matahari terbit berpusu2 turun.dalam kekalutan nak meneruni cerun Broga yang mengerunkan tu, ada antara pendaki yang bernasib malang jatuh bergolek2 ke bawah.memang mengerikan.disebabkan kejadian itu, kitorang mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pendakian ke puncak bukit dan untuk mengelakkan daripada ada yang tercedera, kami berusaha meneruni cerun dengan strategi kami sendiri.arahan dari kawan yang dah selamat turun kepada kawan yang sedang turun memang sangat membantu.Alhamdulillah..dari situlah aku nampak semangat setiakawan dan kerjasama antara kami sememangnya tinggi.terima kasih yang tak terhingga buat kawan2ku untuk pengalaman yang cukup bermakna ini.walaupun jari ini masih sakit untuk menaip, tapi aku gagahkan jua jari ini untuk mengukir satu catatan pengalaman yang sangat indah untuk dikenang bersama suatu hari nanti..


-Broga Hill..Here we are!!-
-Kawan2 cuba membantu-

Ahad, 17 Oktober 2010

kawanku di monash

Sudah hampir 3 tahun aku di monash university sunway. banyak pengalaman pahit dan manis yang aku rasa.paling banyak kenangan pahit agaknya.dan sejak itulah aku mula berkenalan dengan kawan2 baruku iaitu lab report, assignment,journal dan turnitin.

Lab report adalah orang yang paling 'demand' skali di antara sahabatku yang lain.dia ni suka sangat berdamping dengan aku.memang xboleh lari la dari jumpa dia tiap2 minggu terutamanya selepas habis lab.ada jer benda yang dia nak daripada aku.kalau benda tu senang aku kasi xpe.ni benda smua nak yang mcm si journal ada.aku tahu la kau memang sanjung sangat si journal tu.tapi janganlah samakan aku dengan cik journal tu.dia tu siapa aku ni siapa.journal tu orangnya susah untuk paham ape lagi nak tiru gaya 'expert' macam dia.memang xdapat la.journal pun mula menjadi sahabat aku selepas aku kenal lab report.journal memang susah nak dekati.lagi2 nak paham perangai dia.hanya orang2 yang high level otaknya saja yang dapat rapat dengan journal.kalau mimpi nak jadi saintis boleh la ikut jejak journal.

Assignment pulak orang yang biasa2 saja.senang nak didekati.tapi kadang2 dia boleh mengganas lagi teruk daripada lab report.kalau paham dia macam mana xde la susah sangat nak berkawan dengan dia.dah la jarang2 jumpa.tapi xde la pulak rase rindu.he3..jika dibandingkan assignment dengan lab report, aku lebih suka assignment sebab dia ni xgedik dan xdemand sangat mcm lab report.jika diberi peluang untuk memilih,aku akan pilih assignment.

Turnitin..orangnya memang teruk.suka sangat cari pasal.kerja dia xlain xbukan adalah cari kesalahan orang lain.lepas tu report kat lecturer.lecturer pulak asyik dengar je cakap si turnitin ni.jarang2 lecturer jer yang xsuka turnitin.boleh dikatakan turnitin ni antara pilihan lecturer kat monash ni.aku memang xsuka turnitin.dia ni pembohong nombor satu.ada ke patut kerja yang aku buat guna ayat aku sendiri dia boleh kata aku ni tiru orang lain punya kerja.dengan kata lain dia kata aku pegi plagiarize orang lain punya hasil kerja.ada ke patut?penat2 aku karang ayat aku sendiri dia boleh lak tuduh aku macam2.macam la dia tu pandai sangat.dah la simpan hasil kerja aku xmintak permission pun daripada aku.pastu nak tuduh aku meniru lak.ish..memang teruk!!

Boleh dikatakan semua kawan aku ni suka sangat menyusahkan hidup aku.memang mereka dapat membuatkan diri aku ni rajin, tapi dari sudut yang lain mereka memang 'highly demand'.
Alhamdulillah..hari ni hari terakhir aku jumpa dengan diorang walaupun tahun depan terpaksa jumpa lagi.tapi harap2 lepas ni mereka dapat menjadi sahabat aku yang lebih baik!!

Jumaat, 6 Ogos 2010

Aktivitiku

Hobi baru:
Hobi ke??erk..Hari ni genap seminggu aku drive keta kt kwsn yg memang strategik sgt dgn traffic jam.macam2 perasaan rasanya bwk keta kt area ni.hari mula2 nk start bawak keta memang sgt mendebarkan.masakan tidak sebelum ni aku xpernah pun drive seorang diri.memang mendebarkan bila aku terpaksa drive sorang2 dari rumah mak sepupuku di keramat sampai la ke rumahku dkt USJ2.tp alhamdulillah xde ape2 yg buruk berlaku.memang betul2 mencabar..

Tutorial 1 recombinant:
List the complete of bacterial gene sequence including with its promoter, shine Dalgarno, start site and open reading frame (ORF).What is difference between strong and weak promoter?What are small and large gene products of human, bacteria, drosophila, yeast, primitive and flowering plants?waaaaaaaaaaa......matila..benda ape ni?cmne nk tau betul salah?blajar pn tak hbs lg..bak kate Prof Ben.."Don't worry..I took 30 years to learn all of these.."What??kalo cmtu aku pn kna amik masa 30 thn gak la nk complete assignment ni..hu3..

Ini adalah sebahagian daripada sequence E.coli yang aku ambik daripada BLAST.aku sendiri pun xtau sequences ni stand for what kind of genes.tapi selepas bertungkus lumus mencari journal akhirnya dpt gak aku find satu gene iaitu trpE gene.siap dengan promoternye skali.dengan pertolongan dari kawan2 aku dpt gak aku kumpulkan keempat2 gene iaitu dua strong promoter dan dua weak promoter.tapi yang ni baru part A.tak masuk lagi part B.hu3..cmne lah nk jadi scientist.lama2 tgk sequence ni blh pecah kepala..


CATTATCGACTTTTGTTCGAGTGGAGTCCGCCGTGTCACTTTCGCTTTGGCAGCAGTGTCTTGCCCGATTGCAGGATGAGTACCAGCCACAGAATTCAGTATGTGGATACGCCCATTGCAGGCGGAACTGAGCGATAACACGCTGGCCCTGTACGCGCCAAACGTTTTGTCCTCGATTGGGTACGGGACAAGTACCTTAATAATATCAATGGACTGCTAACCAGTTTCTGCGGAGCGGATGCCCCACAGCTGCGTTTTGAAGTCGGCACCAAACCGGTGACGCAAACGCCACAAGCGGCAGTGACGAGCAACGTCGCGGCCCCTGCACAGGTGGCGCAAACGCAGCCGCAACGTGCTGCGCCTTCTACGCGCTCAGGTTGGGATAACGTCCCGGCCCCGGCAGAACCGACCTATCGTTCTAACGTAAACGTCAAACACACGTTTGATAACTTCGTTGAAGGTAAATCTAACCAACTGGCGCGCGCGGCGGCTCGCCAGGTGGCGGATAACCCTGGCGGTGCCTATAACCCGTTGTTCCTTTATGGCGGCACGGGTCTGGGTAAAACTCACCTGCTGCATGCGGTGGGTAACGGCATTATGGCGCGCAAGCCGAATGCCAAAGTGGTTTATATGCACTCCGAGCGCTTTGTTCAGGACATGGTTAAAGCCCTGCAAAACAACGCGATCGAAGAGTTTAAACGCTACTACCGTTCCGTAGATGCACTGCTGATCGACGATATTCAGTTTTTTGCTAATAAAGAACGATCTCAGGAAGAGTTTTTCCACACCTTCAACGCCCTGCTGGAAGGTAATCAACAGATCATTCTCACCTCGGATCGCTATCCGAAAGAGATCAACGGCGTTGAGGATCGTTTGAAATCCCGCTTCGGTTGGGGACTGACTGTGGCGATCGAACCGCCAGAGCTGGAAACCCGTGTGGCGATCCTGATGAAAAAGGCCGACGAAAACGACATT...


Isnin, 19 Julai 2010

Cabutan bertuah Power Root??

Akhirnya dapat gak aku mengupdate blogku ini...3 minggu bercuti kt kampung sungguh singkat ku rasakan.rase baru semalam aku bercuti dan sekarang kembali meneruskan perjuangan aku di monash university.hurm..tp bukan kisah percutian yang ingin aku ceritakan tapi pasal panggilan 'hangus' yang baru aku dapat dalam perjalanan aku ke monash.mungkin kisah ini dapat memberikan sedikit input yang berguna kepada kita agar berjaga2 dengan panggilan 'hangus' ini.berikut adalah perbualan telefon antara aku dan 'mamat'(bukan nama sebenar).

Mamat: Hello..assalamualaikum..
Aku: Hello..
Mamat: Maaf kalau saya mengganggu encik (kejap cik n kejap encik..yg ni aku prasan).boleh saya ambil masa cik sekejap?
Aku: Ye..ada hal ape sebenarnya?
Mamat: Cik tahu tak Power Root sekarang ni mengadakan peraduan yang membolehkan encik memenangi sejumlah wang?
Aku: Ye..saya tau
Mamat: Sebenarnya..sim kad cik telah terpilih memenangi cabutan bertuah Power Rootyang bernilai RM3000..bla..bla..
Aku: Eh..tapi sy xpernah pakai atau beli product power root ni.macam mana pulak saya boleh menang?
Mamat: Sebenarnya nombor sim kad cik telah terpilih dalam komputer kami untuk menang peraduan cabutan bertuah ni..bla2..bla..betulkah encik xpernah guna Power Root sebelum ini?
Aku: Ye..xpernah..
Mamat: Walaubagaimanapun sim kad cik telah terpilih untuk memenangi cabutan bertuah..bla..bla..betul ke ini nombor sim kad cik?019-XXXXXXX?
Aku: Ye..betul..
Mamat: Tahniah..kerana cik dan sekeluarga telah memenangi cabutan bertuah Power Root yang bernilai RM3000..bla..bla..boleh saya tahu nombor akaun encik?
Aku: Xpe la..saya xpercaya benda2 macam ni..(belum sempat aku habis cakap si mamat ni terus meletakkan phonenya)
-nombor mamat ni agak pelik..kalo xsalah aku bermula dengan +8

Itulah beberapa kerat perbualan yang aku ingat.sebenarnya panjang lagi time part si mamat ni bercakap.malas aku nak dengar.ingat nk letak je phone tapi disebabkan nak tahu cmne helah si kaki penipu ni aku terus melayan.he3..kalau ikutkan hati nk je pegi balai polis kasi kat abang polis dengar si penipu ni berceloteh panjang menipu orang.nasib baik aku xterpedaya dengan duit express ni.dalam dunia ni mana ada duit senang2 datang pada kita tanpa kita berusaha mendapatkannya..hurm..sama2 la kita mengambil iktibar dari kisah ni.jangan senang2 bagi nombor akaun kita pada orang yang kita xkenali.sebab kawan aku pernah kena sebelum ni.duit dlm akaun die lesap sejurus selepas panggilan 'hangus' ini dibuat..AWAS!!

Khamis, 13 Mei 2010

Hari ini

Entah mengapa hari ini aku rasa mcm terlupa buat satu benda.tengah2 relax buat assignment biochem td baru aku tringat yang aku sudah 2 hari xtelefon ummi ngn abah.cek kredit telefon.tgk2 13/5 expired.nsb baik sempat lg.Alhamdulillah ade gak rezki nk menelefon.slalunya kalau xsibuk ngn report n assignment, tiap2 ari aku call ummi ngn abah.tapi minggu ni terlampau sibuk sampai waktu mkn pn dh lari.td pn dh kna sound ngn kak ina sbb mlm2 dia msk nasi aku xmkn..hu3..bkn xmau mkn kak tp slalu jer terlupa nk mkn..ish3..busy sgt ke sampai lupa nk mkn??hurm..sampai mcm tu skali hidup aku kt monash ni.masa yg ada dipenuhi dgn buat report, assignment.sampai tido pn termimpi2 psl 2..OK..tamat cerita utk report n assgnmnt..biarkan ianya berlalu pergi..life must go on..chewah..hik3

Berbalik pd cerita asal aku td..psl telefon..baru jer td aku call abah.lps bercerita psl hal report n assgnmnt yg mnyebabkan aku xtido spnjg mlm utk 2 mlm berturut2 kat abah.abah pun bagi la nasihat "sabar jer la.mcm tu la org belajar.kna buat assigmnt.tp dlm busy2 tu jgn lupa mkn.mkn plg penting!!utk jaga kesihatan tu.kalau xde duit nk beli mknn bgtau jer abah.nanti abah kasi.xpyh nk kedekut beli mknn tu." Itu nasihat yg abah bg kt aku..selalunya kalau aku telefon abah soklan pertama yg dia tny, "Make doh ko dok? (Dah makan belum?)".soalan yg kadang2 aku jwb dgn jujur n kadang2 ada gak berputar belit skit.tu pun sbb xnk dia risau..

Lps berceloteh pjg ngn abah..telefon di pass kt ummi..dan seperti biasa ummi akan tny aku "Apo kaba? (Apa khabar?)".tiap kali aku dgr ummi tny soklan mcm tu aku rasa malu pun ada.sbb sepatutnya aku la org yang patut tny soklan mcm tu kat dia.ni terbalik plk.tiap kali aku call, soklan ni la yg pertama skali ummi tny aku.dan setiap kali tu la aku lupa nk tny soklan cmni kt ummi..hu3..tp xpe.next time kna try lagi..lps jwb soklan ummi tu..aku terus tny ummi buat ape.saje xnk ummi tahu keadaan aku kt sini.nt trganggu lak keje die yg lain kalau pikir psl problem aku ni.cukup la abh sorang yg tau.tny psl Asyraf Fikry (da only one anak sedara).ummi kata esk sekolah die ada wat camping.dia ingt nk bwk asyraf skali..sayang nk tinggalkan cucu kt org.maklum la lama dh xjumpa ngn cucu.sblm ni asyraf xpernah pn blk sejak dilahirkan di Scotland.asyraf blk ni pun sbb undang2 baru kt sana yg xbenarkan student2 bwk anak tinggal skali ngn diorg..kesian gak aku tgk akak ipar aku ni.terpaksa berjauhan dgn anak sendiri.mudah-mudahan keje yg dia buat hbs cepat.aku sendiri pun xsanggup tgk asyraf berjauhan dgn ibunya...

-Asyraf dan ibunya (Asyraf tgh cubit pipi mak sdaranya)-

Lps berbual2 psl asyraf..tbe2 aku tringt kat basikal aku.ari 2 abang long ada dtg amik basikal bwk blk kelantan.umi kata adik aku dh bwk pegi rata2 dh basikal aku tu.uish..dasyat2..pantang dpt benda baru..hurm..tp xpe la.drpd trbiar tersadai kt sini xde sapa naik baik aku htr bwk blk.at least ada jgk org yg tlg jaga..

huh..dh dkt kul 12..keje byk lg yg xsiap ni..ok la..stakat ni dlu.byk tul aku merepek.sori la..xde sgt info2 yg menarik.insyaAllah next time..maa'salamah wa ilal liqoq..^_^

Jumaat, 16 April 2010

Akhirnya..



Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Akhirnya nikmat yang paling berharga buatku telah ditarik balik oleh pemiliknya..

Sudah berminggu2 aku batuk sejak balik dari main air kt sungai gabai.ingtkan batuk2 biasa jer.tp minggu ni aku rasa smakin teruk batuk aku.ditambah lak dengan rehat yg xbrp cukup disbbkn non-stop buat report, immune badan aku akhirnya kalah.batuk diikuti selsema n pening mmg cukup utk membuatkn diriku lupa seketika report yg bertimbun menunggu giliran utk disiapkan.mungkin inilah yang tubuhku mahu.REHAT!!keje tetap keje rehat tetap rehat.Alhamdulillah hari ni rasa better skit drpd semalam.semalam nk bgn pn susah apatah lagi nk pegi msk.langsung xdpt.nasib baik ada kwn2 yg sudi membantu.betul2 terharu dengan kebaikan mereka.hanya Allah saja yg dapat membalas budi baik korang..

Sekadar perkongsian: (http://www.al-azim.com/masjid/perubatanislam.html)

SAKIT DAPAT MENGHAPUSKAN DOSA

Memang sudah menjadi fitrah kehidupan manusia, jika tidak sihat maka dirinya sakit. Sebaliknya pula jika tidak sakit maka dirinya sihat. Tetapi kedua-duanya adalah merupakan nikmat daripada allah S.W.T. Sihat adalah merupakan nikmat. Sakit juga merupakan nikmat, sebab dengan sakit itu dapat menghapuskan dosa dengan syarat hendaklah sabar dan redha atas ketentuan yang Allah berikan padanya.

Diceritakan daripada Syaddad bin Aus dan Shu Nabihi, semoga Allah meredhai keduanya. Satu hari keduanya telah pergi melawat seorang lelaki yang sedang sakit, lalu keduanya bertanya pada lelaki tersebut : "Bagaimana keadaanmu pada pagi hari ini ?"

Lelaki itu menjawab : "Pada pagi ini aku berada dalam penuh kenikmatan."

Maka berkata pula Syaddad padanya : "Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang dapat menghapuskan dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasullullah S.A.W. bersabda " Sesungguhnya Allah Azza Wajalla berfirman : " Apabila Aku menguji seseorang daripada hamba-hambaKu disebabkan ujianKu itu, maka sesungguhnya dia akan bangkit dari tempat tidurnya seperti semasa dia dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala kesalahan. "Dan Tuhan Tabaraka Wa Ta’ala berfirman pada hambaKu itu dan mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) ketika dia dalam keadaan sihat."


Rabu, 24 Mac 2010

Betul2 penat!!

Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak aku siapkan 3 lab report untuk minggu ni.memang penat teramat.bayangkan dalam waktu yang singkat aku terpaksa siapkan 3 report yang setiap satunya hampir mencecah 3000 words.aku pun xsangaka yang aku boleh siapkan semua lab report tu.dah la hujung minggu pergi field trip dan xcukup masa untuk berehat dah terpaksa siapkan smua report tu.memang penat sangat2.nasib baik dlm lecture aku xtersengguk walaupun beberapa kali mata hampir terpejam.melihat rakan2 kuliah yang gagah mendengar lecture, aku tiba2 bersemangat nak dengar.dan pernah juga terdetik di hati aku untuk skip je kelas sebab xtahan sangat mengantuk.hu3..memang horor gle minggu ni!!


Ni baru sekali utk sem ni aku kena siapkan byk lab report sekaligus (walaupun sem lps lagi teruk daripada ni).hurm...minggu2 seterusnya macam mana la agaknya.ditambah plk dengan field trip report yang total word 6400 dengan lab report yang berderet nak kena buat + assignment + mid term test..huh..xtau la macam mana nasibku nanti..2hb ni dh start cuti smggu..nk blk ke tak?kalau blk memang konfem la xsempat siapkan report..hurm..mungkin kali ini aku terpaksa berkorban..moga Allah memberkati diri ini..Ya Allah..permudahkan perjalanan hidupku ini..



Rabu, 17 Mac 2010

Homework!!

Field Trip to Kuala Selangor and Gombak (19/3-21/3/2010)
GEN2041 (Genetic) : Lab report for Experiment 1 and 2 (due 23/3/2010)
BTH2741 (Biochem) : Lab report for Experiment 2 (due 24/3/2010)
MIC2011 (Microb) : Lab report for Experiment 1 (due 24/3/2010)

Sempatkah siap semua keje ni???weekend dah xde nk spend wat lab report..:(
Ya Allah..Bantulah hambaMu ini..Permudahkanlah segala urusanku..Berikanlah daku petunjukMu Ya Rahman Ya Rahim..

Sabtu, 13 Mac 2010

~saja-saja~

Assalamualaikum w.b.t..

Tadi baru jer post balik draft untuk catatan saya 'Dari Malaysia ke Edinburgh'.tapi tak tahu la pulak dia tak keluar sebagai cerita entri saya yang baru.hurm..sesiapa yang berminat nak baca catatan saya tu boleh la pegi side bar sebelah kanan dan cari label dan click kat ceritaku.pastu nanti cari 'Dari Malaysia ke Edinburgh'..selamat membaca..^_^

Rabu, 11 November 2009

Menghitung hari

xsabarnye nk blk rmh..exam dh lama hbs tp xblk2 kmpg lg..hu3..mnyesal rasenya booking tiket flight lmbt..kalo la ak ikut plan asl ak xde la duk 'merempat' kt sini lg..hu3..ish..benda dh jd xbaik ungkit blk..hurm..kna byk2 la brsabar..

Isnin, 9 November 2009

Kehidupan

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah..lega rasanya bila exam dh habis.semalam merupakan hari yang terakhir aku lalui sebagai seorang student second year 1st sem monash.banyak kenangan yang aku hadapi sepanjang kehidupan aku sebagai seorang student yang baru melangkah ke second year.penuh dgn CABARAN iaitu KESIBUKAN yg xpernah aku lalui sepanjang aku bergelar seorang pelajar.dulu aku xpercaya KESIBUKAN yang dialami oleh seorang pelajar universiti.sekarang ni bila dah alami sendiri baru aku mengerti perasaan tersebut.

PERCINTAAN juga mungkin menjadi salah satu cabaran yang akan dilalui oleh seorang yang pelajar.Aku pun pernah diuji dengan PERCINTAAN, tapi aku bersyukur sangat kepada Ilahi kerana telah menyedarkan diri aku sebelum keadaan menjadi semakin parah.Pada saat itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa peritnya ujian tersebut. Bila difikirkan balik, aku rasa sangat bertuah kerana Allah masih sayang lagi pada hambaNya yang penuh dengan khilaf ini.

"Mereka yang mendapat hidayah dari tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung." (Surah al-Baqarah, ayat 5)


Aku teringat pada peristiwa yang berlaku malam tadi.gara2 kerana cinta pada si gadis, seorang lelaki yang aku kenal sebagai seorang yang kuat agama jgk sanggup melakukan sesuatu yang dianggap 'gila' oleh diriku. Mana pergi maruahnya sebagai seorang MUSLIM??aku tertanya2 dlm diriku.kenapa dia sanggup melakukan sesuatu yang boleh memalukn diri sendiri dan juga agama Islam??Entah kenapa aku diri aku berasa geram dgn tindakan yg xrasional semalam.Mungkin kerana terkejut kerana lelaki yang aku kenal ini pernah suatu ketika dahulu memberi nasihat yang penuh keinsafan kepadaku sepanjang perkenalan aku dengannya sanggup melakukan perbuatan tersebut.

Aku ada bertanya pada diriku sendiri.Perlukah aku menasihatinya??Apakah aku layak utk memberi nasihat padanya??Adakah dia akan dengar nasihat2ku nanti?? Sebelum ini, aku ada nasihatkan dia agar dia dpt betulkan diri dia blk ats kesalahan yang dia dah buat. Namun apalah dayaku. Nasihatku itu langsung xdipedulikan olehnya. Makin parah adalah. Aku memang sedih time tu. Tapi nak buat cmne, aku dh berusaha sedaya upaya yang mungkin utk menolongnya. At least, tanggungjawab aku sebagai seorang muslim terlepas.

"Setiap anak Adam (manusia) itu melakukan kesalahan, sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan (dosa) ialah mereka yang bertaubat.
(Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)


Namun, kejadian yang berlaku malam tadi langsung xdpt diterima oleh aku sebagai seorang muslim. Aku takut suatu hari nanti kejadian yang lebih 'parah' akan berlaku. Aku bukan tidak mahu menolongnya. Bila teringat balik nasihat aku yang langsung xdiambil sebagai peringatan, aku dah give up. Aku pun pernah cakap dkt sorang kawn aku ni. Dia kata "Biarlah..dia dah besar, pandai2lah dia pikir". Perlukah aku membiarkan saja apa yang berlaku di depan mata yang memang xsanggup lagi hati aku utk menerima apa yang dia lakukan. Banyak persoalan yang bermain dlam fikiran aku sekarang. Hanya kepada Allah lah aku berserah. Hanya doa saja yang mampu aku lakukan sekarang. Doa moga si hamba Allah ini dapt sedar apa yang dilakukan olehnya sekarang.

Bila nafsu dah menguasai diri, macam2 boleh terjadi.

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?. (Surah Al-Jathiyah 45: Ayat 23)"


Moga kita terhindar dari pembelengguan hawa nafsu yang mengatasi iman kita..insyaAllah..

Wassalam..

Isnin, 26 Oktober 2009

Good Luck my frenz..

Assalamualaikum w.b.t..

EXAM..EXAM..EXAM..tu je yg bermain dlm pikiran ku skrg..erm..takut,berdebar,x sabar (xsabar2 nk habis exam..pas2 leh kluar jln2..he3)..mcm2 la rasenye..hu3..dh2..xnk pikir lg bende2 yg negatif..byk lg bende yg kna pikir..he3

FOKUS..FOKUS..FOKUS..tiap kali nk study..tiap kali nk study byk tul gangguan especially facebook..hu3..sape srh wat fb..kn senang kalo xde bende 2..hurm..nk wat cmne dh trbuat dh..

Anyway..kt sini i want to wish all of u esp student kt monash university GOOD LUCK FOR da FINAL EXAM!!DO da BEST!!moga kte sama2 dpt mnjawab exam dgn sebaik mungkin n moga segala kerja kte dipermdhkn olehNya..dan semoga kte sama2 mmperolehi keputusan yg cemerlang supaya dgn kejayaan ini kte dpt sama2 mmbantu agama ISLAM kelak..AMIN..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selasa, 22 September 2009

Salam Aidilfitri..

Assalamualaikum w.b.t..

Mungkin blm trlewat lg utk sy ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat seluruh umat islam xkira di mana anda brada..di sini juga sy susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf jikalau ada salah dan silap sy yg pernah mngguris hati dan perasaan sahabat2 smua..di hari yg mulia ini elok utk kita bersama bermaaf-maafan agar hati kita sentiasa bersih dari noda2 hitam yg pernah bersarang di lubuk hati kita..insyaAllah dgn rahmatNya ikatan ukhuwah yg trjalin sesama kita akan kekal berpanjangan..AMIN..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...