Jom Click

Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Isnin, 15 Mac 2010

Yakinkah aku?


Ummi kata "Kalau orang lain boleh berjaya kenapa kita tak boleh?"
Abah pulak kata "Yakin boleh..insyaAllah berjaya"

Di antara kedua-dua statement di atas, aku lebih suka statement abah.sbb kata2 abah ni lah yang telah membuatkan aku berjaya mengatasi kelemahan aku time aku ambik lesen motor dulu.dah la xpernah bawak motor tiba2 suruh aku ambik lesen motor kata abah kalau xambik sekarang nanti rugi.aku menangis dan merayu dekat abah xnak ambik sebab takut.dekat sekolah memandu tu la aku tahu macam mana nak bawak motor.walaupun xde orang atau cikgu yang tolong ajar, tapi Alhamdulillah aku boleh berjaya mendapat lesen motor dengan sekali test jer.bukan nak membangga diri tapi cuma nak bagitau yang kata-kata abah lah yang mendorong aku untuk meneruskan hajat aku sehingga aku berjaya mengapainya.

Bukan aku xsokong kata-kata ummi.dari sekolah rendah lagi ummi bagitau aku statement yang sama.dan bila aku teringatkan kata2 ummi tu, aku tiba2 teringatkan satu persatu kegagalan yang aku telah hadapi.memang perit rasanya.dan bagiku kata2 ummi itu penuh dengan tanda tanya.bila agaknya aku akan berjaya mengatasi orang di sekelilingku.dapatkah aku?bolehkah aku?yakinkah aku?semua persoalan ini sentiasa berlegar2 di kepala otakku yang kecil ini.dan kata2 inilah juga yang sentiasa aku selitkan sebagai motivasi buat diriku tatkala diriku down.apa yang aku harapkan kata2 kedua orang tuaku ini akan menjadi semangat bagiku untuk mengukir kejayaan pada suatu hari nanti..InsyaAllah..


"Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri."(Surah Ar-Rad, Ayat 11)


Rabu, 2 September 2009

Layar keinsafan..

Assalamualaikum w.b.t.
jom same2 hayati lirik lagu ni.sesuai utk muhasabah diri kt utk lbh mndekati diri kpd Yang Maha Kuasa..moga kt same2 dpt keberkatan drNya dgn mndgr lagu2 yg mndidik jiwa di bulan Ramadhan yg mulia ni..AMIN..


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Lagu: Saiful Mestica
Lirik: Muhammad al-Adib & Sahabat PIN

Jumaat, 24 Julai 2009

ujian utk hambaNya..


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah stggi pujian kehadrat ilahi krn still memberi pluang utk diriku mnghirup udara di muka bumi ini.walaupun byk ujian yg dtg menduga tetapi itu bukan penghalang utk ak mndktkn diri kpdNya.sebenarnya ujian inilah yg merupakn suatu platform bg ak utk memuhasabah diri terhadap apa yg ak lakukn selama ini untuk ak kembali kpd fitrahNya.

“Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu(wahai Muhammad) berkenaan AKU,
sesungguhnya AKU adalah amat dekat…”
Al-Baqarah ayat 186.

ak juga bersyukur krn dilahirkn sbg seorg muslim yg mana dr kecil lg dididik dan diasuh utk mengenali Allah yg esa.kadang2 ak trfikir betapa beruntungnya diri ini diberi peluang mngenali Allah dan beriman kpdNya serta yakin bahawasanya Allah adalah satu2nya yg sentiasa bersama kt dan menolong kt walau di mana saja kt berada.cuba kt bygkn mereka yg non-muslim ape yg mrk akn buat sekiranya ditimpa musibah brganda2 sudah tentu hidup mrk xtenang.tidak hairanlah ramai diantara mereka mngambil jln mudah dgn terjun bangunan utk mmbunuh diri krn tidak tahan dengan bebanan masalah yg mrk hadapi.itulah untungnya kt bila mana kt ditimpa suatu musibah kt ad seseorang yg sudi mndgr segala rintihan dan luahan hati kt dan dialah jugak satu2nya org yg dpt mmbantu kt.

“ Dan RABB kamu berkata, berdoalah kepadaKu, nescaya akan
Kuperkenankan”
Al-Mu’minuun Ayat 60.

so,mintaklah pertolongan drNya dan janganlah kt mudah berputus asa jika dibebani dgn masalah2 krn ini menunjukkn tanda dimana Allah masih lagi sayang n mngambil berat tentang kt.

p/s:ya Allah..kuatkan diriku utk menghadapi ujian dan dugaan hidup ini..hanya pdMu tmpt ak mngadu..ya Allah ya maha mendengar lagi maha mengetahui..AMIN..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...