Jom Click

Memaparkan catatan dengan label perkongsian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perkongsian. Papar semua catatan

Rabu, 16 Januari 2013

Dia Kekasih Allah


Lirik Lagu Dia Kekasih Allah 
oleh Hijjaz
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah


Perbanyakkan selawat kepada baginda tanda cinta dan ingatan kita pada baginda S.A.W. 
Allahuma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aali sayyidina Muhammad.. 
Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (HR Ibn Mas’ud r.a)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Ahad, 18 November 2012

Kerana Allah Kita Mara!!

La ilaha illaLLah
Muhammadur RasuluLlah
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabiliLlah

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara

Hentikanlah penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Ilahi
Agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya

Lagu : Nazrey Johani   Lirik : Frizdan/Nazrey Johani

Walaupun tidak dapat bersama-sama mereka, kita mampu untuk membantu mereka dengan senjata yang paling hebat dan kuat iaitu DOA. Sama-sama kita berdoa semoga saudara kita di Palestin diberi keselamatan dan kekuatan oleh Allah. Semoga pertolongan Allah turun sebagaimana turunnya pertolonganNya ketika umat Islam berdepan dengan musuh dalam Perang Khandaq (atau Perang Ahzab) dan Perang Badar. Dan semoga tentera zionis aka tentera firaun moden ini dapat dikalahkan oleh tentera Islam sebagaimana kalahnya tentera firaun pada zaman nabi Musa. Aminn YA ALLAH..  

Selasa, 18 September 2012

ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

ANTARA ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT IALAH:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

**Tambahan: Juga beristighfarlah 25 kali setiap hari untuk seluruh muslimin dan muslimat.

9 . Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ “

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.

Source: http://1khalifah.wordpress.com/tag/malaikat/

Sabtu, 28 Julai 2012

Ramadhan 1

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau di Malaysia tiap kali masuk bulan Ramadhan, bunyi mercun boleh dikatakan tak putus2 berdentum bermula dari buka puasa sampailah ke tengah malam. Sampai kalau berterawih kat masjid kampung ni boleh sakit jantung dengan budak2 yang datang masjid bukan nak solat tapi nak main mercun. Kalau di Mekah masa bulan Ramadhan mengikut pengalaman yang lepas, ada bunyi meriam lagi gempak. Tapi bunyi meriam ni sebenarnya ada alamatnya. Kalau dah masuk waktu berbuka, kita akan dikejutkan dengan bunyi meriam. Begitu juga waktu sahur. Kalau tak salah dua kali kita akan dengar bunyi meriam. Bunyi yang pertama tanda bermulanya sahur dan bunyi yang kedua tanda masuknya waktu imsak. Hanya waktu tertentu ini sajalah yang boleh kita dengar bunyi meriam. Kalau waktu lain bunyi bising hon kenderaan je la (Macam2 jenis bunyi hon boleh kita dengar. Yang macam muzik pun ada. :) ). Di Mekah dan Madinah, kita akan dengar dua kali azan yang mana azan pertama menandakan waktu sahur dan azan kedua menandakan waktu subuh. Memang meriah berpuasa di Tanah Haram sebab semua yang ada kat situ adalah orang Islam.

Tapi ada juga segelintir yang tak berpuasa. Mereka beralasan bahawa mereka adalah musafir dan jarang mempunyai peluang untuk ke sana. Jadi, mereka tak mahu disebabkan penat berpuasa mereka tak dapat melakukan umrah. Itu pendapat mereka tapi kata Ustaz Ghani kenapa Nabi menyamakan umrah pada bulan Ramadhan sama seperti mengerjakan haji atau haji bersama2 baginda? Tentulah jika kita mahu merebut pahala haji atau haji bersama2 Nabi bukanlah suatu perkara mudah. Kita terpaksa melalui pelbagai ujian untuk sampai ke tahap itu. Dengan bahang panas mentari, puasa, keadaan yang sesak, jauh berjalan kaki dan macam2 lagi jenis ujian. Itulah yang dinamakan pengorbanan dan penghambaan seorang hamba terhadap Tuannya yang Maha Esa.

~Papan iklan Panasonic dalam Bahasa Melayu di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah yang menarik perhatianku~

Lumrah hidup ini, jika kita mahukan kejayaan semestinya pelbagai ujian terpaksa kita tempuh dan banyak benda terpaksa kita korbankan. Selepas melalui semua ujian, mohonlah pada Allah apa saja yang kita mahu berbekalkan usaha dan pengorbanan yang kita lakukan. Satu tips yang aku dapat daripada beberapa orang Ustaz, rata2 menyatakan doa seseorang mudah dimakbulkan oleh Allah adalah apabila seseorang itu menyebut apakah amalan dan pengorbanan mulia yang telah dilakukan dan dengan berkat amalan kita itu mohonlah kepada Allah apa saja yang kita mahukan. InsyaAllah..dengan limpah rahmatNya doa kita akan diperkenankanNya. Kalau ada yang pernah terbaca dan terdengar kisah beberapa orang pemuda yang terperangkap dalam gua yang mana pintu gua itu terbuka dengan izin Allah selepas mereka berdoa berbekalkan amalan2 baik yang pernah mereka lakukan. Kisah teladan ini membuktikan bahawa berdoa dengan merintih kepada Allah S.W.T. berbekalkan amalan2 baik yang pernah dilakukan mudah dimakbulkan oleh Allah. Yang paling penting kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan sentiasa berharap kepadaNya. Semoga kita sama2 dapat mengamalkan petua ini mudah-mudahan dengan berkat bulan Ramadhan yang mulia ini, doa dan amalan baik kita diterima oleh Allah. Sama2 kita meraih sebanyak mungkin pahala dalam bulan yang penuh barakah ini.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, doa tidak akan ditolak." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Maksud Hadis Nabi SAW: "Sekiranya umatku tahu kelebihan yang ada dalam bulan Ramadan, nescaya mereka inginkan semua bulan menjadi Ramadan."

Sabtu, 16 Jun 2012

Di Sebalik Kesedihan

Bismillahirrahmanirrahim

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Isra' ayat 1)

Hari Sabtu yang lepas (27 Rejab 1433 H) iaitu hari di mana umat islam mengingati kembali peristiwa luar biasa, Israk dan Mikraj, yang berlaku ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Anugerah ini adalah anugerah yang sangat istimewa yang hanya diberikan oleh Allah S.W.T. kepada kekasihNya, Muhammad S.A.W. dan tidak diberikan kepada mana2 nabi sebelumnya kecuali nabi Daud (kalau tak silap). Peristiwa ini menunjukkan betapa kasihnya Allah kepada baginda S.A.W. Peristiwa Israk dan Mikraj ini berlaku pada 27 Rejab tahun kesebelas kerasulan iaitu dua tahun sebelum peristiwa hijrah ke Yathrib (Madinah). Pada tahun tersebut, pelbagai dugaan menimpa Rasulullah S.A.W. sehingga tahun tersebut dipanggil Tahun Dukacita di mana dua orang yang sangat baginda kasihi telah pergi mengadap Ilahi iaitu isteri yang sangat dicintai baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara yang sangat baginda kasihi, Abu Talib. Siapa yang tak sedih kalau orang yang sangat kita sayang pergi meninggal kita buat selama-lamanya. Walaupun begitu, nabi dapat menempuhi ujian ini dengan tabah dan sabar serta bergantung satu2nya pada Allah. Selepas itu, nabi diuji lagi oleh Allah dengan cemuhan dan penghinaan penduduk kafir Quraish di Mekah yang semakin menjadi-jadi terhadap baginda selepas kematian bapa saudara nabi yang sebelum ini menjadi tempat nabi berlindung. Dek kerana penghinaan mereka ini, nabi berhijrah ke Taif dengan harapan orang2 Taif dapat menerima seruan baginda, namun hampa sekali seruan nabi disambut dengan balingan batu dan najis oleh penduduk Taif. Walaupun kepala nabi berdarah sekalipun, baginda tidak menyimpan dendam terhadap mereka bahkan nabi berdoa agar suatu hari nanti mereka ini diberikan hidayah oleh Allah. Allahuakbar..Betapa mulianya peribadi baginda sebagai seorang rasul.

Di sebalik kesedihan yang dialami baginda ini, ternyata Allah tidak membiarkan nabi bersedih keseorangan malah Allah telah memberikan suatu hadiah yang paling istimewa kepada baginda yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa pun. Pada malam 27 Rejab tahun kesebelas kerasulan, baginda Muhammad S.A.W. telah dijemput oleh malaikat Jibril untuk melakukan perjalanan (Israk) menaiki Buraq (kenderaan para malaikat) dari Masjidil Haram, Mekah menuju ke Masjidil Aqsa, Palestin dan dimikrajkan ke Sidratul Muntaha untuk berjumpa dengan Allah. Pada saat itu jugalah, nabi telah menerima perintah melaksanakan solat secara terus daripada Allah. Allah memerintahkan nabi agar menyeru umat baginda untuk mengerjakan solat 50 waktu sehari namun selepas merayu kepada Allah akhirnya Allah mengurangkan jumlah waktu solat kepada 5 waktu sehari. Sebanyak 9 kali nabi mengadap dan merayu kepada Allah yang mana setiap kalinya 5 waktu solat Allah kurangkan. Di sini juga dapat kita lihat bahawa baginda tidak pernah melupakan umatnya malah betapa kasihnya baginda kepada kita kerana sanggup menahan malu bertemu dengan Allah sebanyak 9 kali meminta agar dikurangkan waktu solat dengan alasan risau takut2 umatnya terbeban dengan 50 waktu solat. SubhanAllah..Lupakah kita untuk bersyukur terhadap pengorbanan yang telah dilakukan baginda ini untuk kita? Bukan ini sahaja pengorbanan baginda bahkan kalau ditelusuri kembali sirah hidup baginda begitu banyak jasa baginda yang telah baginda lakukan dan tinggalkan buat kita sebagai umat akhir zaman. Sama-samalah kita perbanyakkan mengingati baginda pada bulan2 yang mulia ini dengan berselawat kepada baginda (Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aali saidina Muhammad).


Daripada Abu Hurairah, Nabi S.A.W. bersabda, "Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, akan dicatat baginya sepuluh kebaikan. (Hadis Riwayat Ahmad)


Untuk menambah pengetahuan kita tentang peristiwa Israk dan Mikraj:

Isnin, 4 Jun 2012

Allah Maha Adil (العدل)

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah lama aku ingin berkongsi cerita ini tapi setiap kali buka blog tak terfikir pun nak menulisnya. Cerita ni berlaku sewaktu awal2 aku mula mengajar. Kelas KAFA ni berlainan sikit dengan kelas2 biasa di sekolah sebab di kelas KAFA seorang guru akan mengajar kesemua subjek agama termasuklah Al-Quran, Ibadah, Akidah, Sirah, dan Adab. Jadi, selama 3 jam murid2 akan mengadap muka guru yang sama. Biasalah kalau dah lama2 asyik dengar je guru mengajar, budak2 ni cepat la bosan. Untuk mengelakkan mereka daripada mengantuk dan bosan, aku pun mula la bercerita. Lepas satu cerita ke satu cerita, aku pulak terasa penat sebab ada yang nak dengar dan ada jugak yang nak main. Yang nak dengar cerita pulak asyik desak2 suruh aku bercerita lagi. Disebabkan ramai yang buat bising, aku pun berhentilah bercakap dan bagi peluang mereka pulak untuk bertanya dan bercerita. Dalam ramai2 tu, ada la seorang murid lelaki ni, Qayyum namanya, datang dekat aku. Dia ni bijak orangnya dan suka bertanya benda2 yang aku sendiri pun tak terfikir untuk bertanya. Lebih kurang macam ni la dialog aku dengan dia;

Qayyum: Ustazah, saya lama dah nak tanya benda ni.
Aku : Tanya ape?
Qayyum: Ustazah, kenapa yer Allah hidupkan kita di dunia ni?
(Dalam hati, hebatnya budak ni kecik2 dah terfikir benda macam ni..sambil fikir jawapan yang terbaik nak bagi dekat dia)
Aku : Allah hidupkan kita di dunia ni sebab Allah nak suruh kita beribadah pada Dia.
Qayyum : Tak adil la macam tu. Hidupkan kita pastu suruh kita sembah Dia.
Aku : Tak baik la awak cakap macam tu. Allah itu Maha Adil. Kita ni patut bersyukur pada Dia sebab hidupkan kita. Awak tahu tak sebelum awak lahir dulu, berjuta2 roh (nak kata sperma takut dia tak paham pulak) berebut-rebut untuk masuk dalam badan awak tapi dalam banyak2 awak adalah satu-satunya yang terpilih yang dipilih oleh Allah. Tengok betapa beruntungnya awak. Dan satu lagi kalau Allah tak hidupkan awak macam mana la keadaan awak sekarang. Mestilah tak wujud kan? Mesti awak tak dapat jumpa atau kenal mak dan ayah awak. Awak pun mesti tak jumpa ataupun kenal dengan saya.
Qayyum : Betul tu ustazah. Maafkan saya. Saya dah sedar dah sekarang.
Aku : Ingat Qayyum, Allah itu Maha Adil.

~Yang terpilih~

Macam2 gelagat murid2 tahun 3 ni. Bukan diorang ni tak suka belajar agama tapi kadang2 mereka tak boleh nak tafsir sendiri apa makna yang tersirat di sebalik apa yang difardhukan ke atas mereka. Ada jugak yang letak mindset kalau tak pandai agama pun tak pe asal pandai dalam akademik. Aku selalu ingatkan mereka, agama mesti kita letak paling atas sekali. Nak menarik minat mereka kepada agama bukan mudah. Masa zaman aku sekolah dulu, ustaz dan ustazah cerita pasal neraka dan hari kiamat murid2 dah mula takut. Tapi sekarang ni, bila cerita pasal azab neraka dan keadaan semasa hari kiamat mereka ni seolah-olah tak ade perasaan takut langsung. Bila cerita pasal syurga yang dijanjikan Allah dengan kemewahan yang tiada tolok bandingnya barulah ada respons. Sebab itulah masa amali solat aku cuba menarik minat mereka untuk ingat bacaan2 dalam solat dengan memberikan mereka hadiah. Berlumba-lumba mereka menghafal sampai ada yang lemah dalam pelajaran dapat markah yang tinggi dalam amali solat. Inilah keistimewaan agama Islam dan kitab sucinya, Al-Quran. Sesiapa pun hatta yang lemah sekalipun dapat memahami dan mengamalkan ajaran suci ini. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Sesungguhnya agama itu (Islam) adalah mudah." (Riwayat Imam Ahmad).

"Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah, sujudlah, dan sembahlah Tuhanmu, dan berbuatlah kebaikan, agar kamu beruntung. Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu; Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong." (Surah Al-Hajj: Ayat 77-78)

Sabtu, 26 Mei 2012

~Ku MilikMu~

Lirik Lagu Ku MilikMu- Maher Zain
Kuberdoa
Dengan jiwa dan tubuhku
Setiap hari sepanjang hidupku
Dengan napasku
Aku berjanji pada-Mu
Untuk hidup hanya untuk-Mu
O Allah!
Kau bangkitkan jiwaku
Cahaya-Mu terangi hatiku
Hidupku,
Kupersembahkan pada-Mu
Ku milik-Mu
Ku milik-Mu

Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku

O Allah!
Kubersyukur pada-Mu
Walau kata tak sanggup ungkapkan
Kau buatku,
Mampu lawan keraguan
Dan tegar hadapi tantangan
Hanya Engkau
Sanggup bangkitkan jiwaku
Cahaya-Mu terangi hatiku
Dan hidupku,
Kupersembahkan pada-Mu
Ku milik-Mu
Ku milik-Mu

Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku

Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua
untuk-Mu [x2]
Dan tiada satu pun dapat bersaing dengan-Mu di hatiku
Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua untuk-Mu

Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku

~Lirik yang menyentuh hati. Antara lagu yang terbaik dalam album Forgive Me~

Rabu, 9 Mei 2012

Selamat Hari Guru, Cikgu!!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..sudah 3 bulan lebih aku mengajar kelas KAFA. Memang mencabar menjadi seorang pendidik. Pada permulaannya agak sukar untuk aku menyesuaikan diri dengan suasana baru iaitu daripada seorang pelajar kemudian menjadi seorang pengajar. Tambahan pula aku memegang ijazah bioteknologi dan bukannya pengajian islam. Tapi bagi aku walaupun tanpa ijazah pengajian islam, sebagai seorang muslim tanggungjawab menuntut ilmu, mengamalkannya dan menyebarkannya terutama ilmu akhirat adalah wajib tidak kira apa sekalipun latar belakang kita. Jangan jadikan alasan tidak mempunyai latar belakang pengajian islam untuk kita menolak ketepi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Bagi aku setiap muslim adalah ustaz atau ustazah. Mengajak orang untuk berbuat baik dan mengajak mereka untuk meninggalkan perkara2 buruk sesuai dengan Firman Allah S.W.T.:

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Surah Ali-Imran: Ayat 110)

Nabi pun ada berpesan kepada kita "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat". Jelas di sini bahawa kita semua mempunyai tanggungjawab. Tanggungjawab untuk menyampaikan apa yang kita tahu daripada pembacaan, kuliah ataupun ceramah daripada ustaz2 ataupun ustazah2 tentang Al-quran dan As-sunnah kepada sesiapa sahaja terutama kepada adik2 yang masih baru dalam menimba ilmu agama. Mereka ini perlu diasuh dari kecil belajar dan kenal ilmu agama terutama ilmu Fardhu Ain yang merupakan kewajipan kepada setiap muslim. Kerana mereka inilah perintis masa depan. Macam manalah keadaan umat pada masa depan kalau yang muda sekarang ini tidak solat sebab tidak pandai. Baru2 ini keluar dalam akhbar tentang beberapa murid sekolah di ibu kota tidak tahu mengucap syahadah. Agak sedih sekali mendengar berita ini dan masing2 menunding jari menyalahkan pelbagai pihak. Bagi aku, daripada menyalahkan orang lain lebih baik refleksi diri kita sendiri. Kalau diri sendiri sedar tanggungjawab sebagai seorang muslim insyaAllah perkara ini tidak akan berlaku.

Apabila melihat murid2 solat berjemaah ketika amali solat di sekolah, terdetik di hati bagaimana keadaan mereka bila besar nanti. Adakah mereka dapat melakukan seperti apa yang mereka lakukan pada hari ini. Adakah mereka sentiasa ingat apa yang diajar ustaz dan ustazah di sekolah. Memikirkan keadaan ini hati rasa gusar sekali. Takut2 suatu hari nanti mereka dipengaruhi oleh anasir2 yang akhirnya memakan diri sendiri hingga lupa pada asal usul mereka. Ya Allah..semoga Engkau sentiasa melindungi mereka dari fitnah dunia ini..Aminn

Sedih juga bila memikirkan realiti umat Islam sekarang. Di mana silapnya sehingga ramai yang tergelincir dari jalan yang lurus. Pada siapa ianya harus dipersalahkan. Guru?Ibu bapa?Pihak kerajaan?Atau individu itu sendiri? Inilah yang membimbangkan Rasulullah S.A.W. terhadap umatnya di akhir zaman. Sehingga di saat2 akhir hidup baginda, baginda seolah2 tidak tenang jika tidak mendapat jaminan daripada Allah S.W.T. tentang nasib umatnya di akhirat kelak. Allahuakbar..Sungguh tulus kasihmu duhai kekasih Allah terhadap kami. Betapa beruntungnya kita mendapat seorang nabi yang sangat cintakan umatnya sehinggakan nabi Isa sendiri berharap agar beliau dapat menjadi salah seorang umat Muhammad yang mendapat pelbagai keistimewaan daripada Allah. Kalaulah kita semua sedar betapa istimewanya kita sudah tentu kita mahu membalas kasih yang nabi berikan kepada kita. Dengan cara yang bagaimana? Seperti yang telah baginda wariskan kepada kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, sudah cukup jika kita dapat berpegang dan mengamalkan kedua-dua ini.

"Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku." Hadis riwayat Imam Malik

Saham yang paling menguntungkan adalah ilmu yang bermanfaat. Ilmu ini dituntut, diamal, dan disebarkan untuk tujuan kebaikan. Bila ilmu ini digunakan oleh orang lain, maka kita juga akan memperoleh pahala. Itulah yang aku pegang sekarang ini. Diharapkan ilmu yang aku curahkan dapat dimanfaatkan dan menjadi saham yang menguntungkan untukku sewaktu di akhirat kelak. Aku juga cuba untuk ikhlas dalam bekerja. Mengikut pengalaman aku selama beberapa bulan ini, kerja yang dilakukan olehku menjadi suatu keseronokkan apabila kerja ini dilakukan dengan hati yang ikhlas kerana Allah Taala. Aku bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh seorang guru dalam akhbar sempena Hari Guru pada 16 Mei yang lalu bahawa kerja sebagai guru bukan sekadar kerjaya tapi sebaliknya kerja sebagai guru adalah lebih kepada panggilan. Panggilan atau seruan untuk mendidik dengan seikhlas hati dan tidak mengharapkan apa2 balasan. Jika hati ini ikhlas mendidik, barulah hati ini seronok dengan kerja yang kita lakukan. Agaknya inilah apa yang aku cari selama ini. Tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang pendidik tapi apabila merasai sendiri pengalaman barulah diri ini tahu apa yang menariknya menjadi seorang guru.

Kepada guru di luar sana, tidak terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Guru. Jasa kalian hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalasnya. Teruskan niat anda yang ikhlas untuk mendidik anak bangsa. Terima kasih Guru!!

p/s: Gembira dapat bekerjasama dengan guru2ku sewaktu sekolah rendah dulu.


~First time dapat present daripada my student. Terharu sangat2. Tak sangka dapat hadiah walaupun baru beberapa bulan mengajar~

Rabu, 21 Mac 2012

Wahai Kekasih Allah


"Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: (1) Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; (2) siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); (3) dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.” (Hadis riwayat Muslim)

Selasa, 3 Januari 2012

Muhasabah diri

Assalamualaikum w.b.t..

Lagu Antara Dua Cinta didendangkan oleh Raihan dan Jika Terakhir Buatku oleh Saujana.Sama2 kita berhibur sambil bermuhasabah di malam hari..:)


Sabtu, 10 Disember 2011

Gerhana bulan bukti kekuasaan Allah

Bismillahirramanirrahim..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah bukti tanda-tanda kekuasaan Allah. Sesungguhnya keduanya tidak mengalami gerhana karena kematian seseorang, dan tidak pula karena hidupnya seseorang. Oleh karena itu, bila kalian melihatnya, maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, shalat dan bersedekahlah." (Muttafaqun alaihi)

Rabu, 9 November 2011

Sheikh Maher Al-Muaiqli

Bismillahirramanirrahim


SubhanaAllah...merdu sungguh alunan tilawah Sheikh Maher Al-Muoaiqli. Sungguh mengasyikkan.teringat pengalamanku menjadi makmum beliau ketika solat terawih di Masjidil Haram. Tak terasa penat atau mengantuk mendengar bacaan Al-quran yang dialunkan oleh beliau. Malah mulutku ini boleh mengikut setiap ayat yang dibacanya walaupun diri ini bukanlah seorang hafazan. Ini kerana sebutan beliau untuk setiap makhraj huruf sangat jelas diibaratkan seperti seorang penyanyi yang mempunyai vokal yang mantop. Sebelum ini aku hanya tahu Sheikh Abdul Rahman As-Sudais dan Sheikh Said Al-Ghamidi yang mana terkenal dengan kemerduan alunan bacaan Al-quran mereka tetapi selepas mendengar bacaan Sheikh Maher ternyata beliau juga sehebat mereka. Dek kerana tidak puas mendengar kemerduan alunan bacaan Al-quran oleh Sheikh Maher, dalam perjalanan pulang sesudah solat terawih aku sanggup singgah di kedai menjual buku dan CD di sebelah hotel penginapanku semata2 untuk membeli CD beliau walhal pada masa itu aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya nama si suara merdu itu. Alhamdulillah.. syukur kerana pada ketika itu pemilik kedai berkenaan sedang memutarkan CD milik suara orang yang kucari2. Tanpa segan silu aku bertanya pada pemilik kedai tersebut suara siapa dalam CD yang sedang dia putarkan dan akhirnya dia tunjukkan kepada aku CD berkenaan yang tertulis di covernya SHEIKH MAHER AL-MUOAIQLI. Dan CD ini menjadi sourvenir dari Makkah yang paling berharga buatku.

Khamis, 3 November 2011

~I am waiting for the call~

Irfan Makki – Waiting For The Call Lyrics

Miles away, oceans apart
never in my sight always in my heart
the love is always there it will never die
only growing stronger a tears rose down my eye

I am thinking all the time
when the day will come
standing there before You
accept this Hajj of mine

standing in ihram, making my tawaf
drinking blessings from Your well
the challenge Safa and Marwa
rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall(s)
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall(s)

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
to see my muslim brothers, their purpose all the same
greeting one another, exalting One True Name
I truly hope one day everyone will get the chance
to be blessed with the greatest honor
of being called to Your Noble House

standing in ihram making my tawaf
drinking blessings from Your well
the challenge Safa and Marwa
rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall(s)
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall(s)



"HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu."

Jumaat, 20 Mei 2011

HambaMu


Assalamualaikum w.b.t

Tadi aku sempat menyaksikan official video klip lagu tema imam muda musim kedua di astro. video yang berlatar belakangkan putrajaya ini agak menarik dan yang paling best muziknya yg penuh dengan semangat. gabungan antara mawi, ust. akhil hayy dan 5 org imam muda musim pertama; imam muda Ashraf, Azhar, Nuri, Miril, dan Aran. tapi sayangnya xterjumpa lak video klip tu kat youtube.:(

Program imam muda pada musim kali ini agak berbeza daripada musim lepas kerana sepanjang penyiaran selama 4 minggu program ini tiada sebarang penyingkiran dilakukan. dan Alhamdulillah kesepuluh imam muda musim kedua ini kesemuanya berbakat dan semuanya mempunyai kebolehan untuk memimpin. SYABAS imam muda!! jom layan lagu HambaMu..^_^

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Rabu, 18 Mei 2011

Seruan


Bismillahirrahmanirrahim..

Masihku ingat lagi masa mula2 abahku membelikan komputer. masa tu umur aku sekitar 10 tahun. dalam komputer tu dah diinstallkan pelbagai jenis game. tapi game yang menjadi kegemaran aku adalah game 'percutian di mekah'. game ni akan kasi kite beberapa soalan berkaitan dengan haji dan kalau semua soalan dijawab dengan betul, kite akan dapat pergi mekah buat haji dan dapat pegi ziarah madinah sekali. memang best sebab bukan setakat teori yang diorang buat tapi ada jugak praktikal yang diorang tunjukkan. cukup bagus untuk bakal2 haji. tapi time tu aku masih kecik lagi, main game tu pun sebab senang. mula2 main banyak jugak soalan yg dijawab salah. tapi lama2 selepas teknik try and error akhirnya aku tahu jugak kesemua jawapannya iaitu semua jawapan adalah 'A'. cukup senang bukan?he3..

Setiap kali bukak game ni, aku akan dengar bacaan surah al-haj ayat 27. sampai boleh hafal la ayat ni beserta dengan lagu2nye skali..kebetulan tadi tengah2 baca surah al-haj, aku terbaca ayat 27 ni. rasa sebak tiba2. entah mengapa aku rasa aku tak layak untuk menjejakkan kakiku ke tanah suci kerana diri ini penuh dengan debu2 dosa yang akan hanya mengotori bumi yang suci itu. adakah diri ini layak untuk diseru ke sana sedangkan aku masih lagi dibaluti dengan dosa? adakah diri yang mengaku umat Muhammad ini layak ke sana sedangkan sunnahnya belum sepenuhnya diamalkan? adakah diri ini layak kiranya tiada istiqamah dalam menunaikan sunnah qiamullail, sembahyang sunat, puasa sunat?


"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan)mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis- jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."

Astaghfirullahalazim ya Allah..sungguh diri ini tidak layak untuk menjejakkan kaki ke sana. begitu banyak dosaku Ya Allah. masihkah ada keampunan untukku Ya Rabbi. adakah pada suatu hari nanti diri ini layak untuk ke sana Ya Rahman. sungguh aku mengharapkan belas kasihanMu Ya Allah moga suatu hari nanti dapatku tatap wajah kaabah di hadapanku. dan semoga aku tergolong dalam kalangan hamba2Mu yang soleh yang sentiasa mendambakan syurgaMu..Aminn..



Ahad, 1 Mei 2011

Teman Hidup Ketika Belajar


Dengan nama Allah yang menciptakan manusia itu secara berpasang-pasangan.

Selawat dan doa dipanjatkan buat Muhammad bin Abdullah insan yang kita sedang pelajari dan amalkan hadis-hadisnya.

Bergelar sebagai pelajar tahun akhir ini, ada 1 soalan yang sering kali diterjah pada saya.

Bila nak kahwin?

Kalau ada yang lamar itu , kahwin je lah. Tak payah tunggu sampai habis belajar.

Bercakap untuk berkahwin memang mudah tapi adakah diri sudah benar-benar bersedia untuk menjalankan tanggungjawab.

Untuk syabab , bersediakah untuk menjaga amanah yang Allah berikan? Untuk akhwat , bersediakah untuk menyenangkan hati suami?

Memandangkan ramai sangat yang bertanya mengenai isu yang sentiasa panas zaman berzaman ini, dengan rendah hatinya ingin saya kongsikan sesuatu.

Isu perkahwinan sentiasa mendapat tempat dalam list cerita-cerita untuk dibualkan oleh para pelajar. Tidak terkecuali lelaki mahupun wanita.

Teringatkan saya reaksi teman-teman yang pelbagai apabila isu ini dibincangkan. Memang fitrah insan normal begitu saya kira, semoga semua tidak leka dan sentiasa berhati-hati agar tidak termasuk ke kawasan larangan yang tidak sepatutnya.

Pembinaan masjid yang utuh pastinya menjadi idaman semua. Sekadar sedikit muhasabah untuk kita semua sebelum berangan-angan lebih jauh ke hadapan. Salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan musleh juga. InsyaAllah! Memperbanyak umat nabi yang benar-benar bertaqwa dan melahirkan lebih ramai individu muslim yang menerima tarbiyah islami sejak kecil lagi.

Jika kalian menyingkap kisah isteri Imran yang disebut di dalam Al-Quran, itulah contoh isteri dan ibu yang terbaik dari Al-Quran. Semangat isteri Imran yang disebutkan didalam Al-Quran itu wajar dijadikan idola, panduan dan ikutan semua wanita akhir zaman.

Berdasarkan ayat 35-36 surah al-imran.

"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata "Ya tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepada-Mu, apa (janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi kepadamu, maka terimalah nazar dariku. Sungguh engkaulah maha mendengar, maha mengetahui"

Maka ketika melahirkannya, dia berkata, "Ya tuhanku, aku telah melahirkan anak perempuan" Padahal Allah lebih tau apa yang dia lahirkan, dan laki-laki tidak sama dengan perempuan. "Dan aku memberinya nama Maryam, dan aku mohon perlindunganMu untuknya dan anak cucunya dari syaitan yang terkutuk"

Lihatlah bagaimana hebatnya isteri Imran, seorang wanita yang sangat suci sengaja diceritakan di dalam al-Quran telah bernazar kepada Allah untuk mengorbankan atau menginfaqkan anaknya yang masih dalam kandungannya di jalan Allah. Dia dengan tulus sucinya benar-benar menyerahkan masa hadapan anaknya supaya berjihad mengabdikan diri padaNya.

Secara fitrahnya, pastilah ibu yang telah bersusah payah mengandungkan anaknya ke hulu hilir selama 9 bulan mengharapkan anaknya kelak berbakti kepada dirinya sekurang-kurangnya.

Namun ibu Maryam ikhlas, beliau berniat melahirkan anak untuk dikorbankan sebagai seorang syahid di jalanNya. Benar-benar hebat dan suci, inilah semangat yang kita inginkan.

Dari isteri Imran lahirlah Maryam, antara wanita paling hebat dalam sejarah. Darinya pula lahirlah nabi Isa a.s, utusan Allah yang suci, seorang hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata2.

Kita mengharapkan anak yang soleh dan musleh hasil perkahwinan yang dibina. Persoalannya adakah kita sudah bersedia menjadi ibu seperti isteri Imran dan Maryam?

Wahai teman-teman [untuk diri sendiri khasnya] sekiranya kau mengimpikan anak seperti imam syafie... ibunya perlu hebat lagi

Dirimu perlulah dilengkapi dengan sekurangkurangnya 30 juzuk Al-Quran didada. Apatah lagi ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu tajwid untuk diajarkan kepada anak-anak nanti. Ibadah malam yang terjaga sebagai bekalan kekuatan dan hati yang penuh kasih sayang serta sifat sanggup berkorban.

Macamana ingin berkahwin kalau membaca Al-Quran masih merangkak-rangkak lagi?

Macamana ingin berkahwin kalau tak sanggup berkorban lagi?

Macamana ingin berkahwin kalau masih kurang menjaga ibadah lagi?

Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak umat nabi Muhammad yang terbaik. Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak yang berjihad mengabdikan diri di jalanNya.

"Ya Allah, kurniakanlah kami anak dan keturunan yang soleh sebagai penyejuk mata"

Pra Perkahwinan

Buat teman-teman, anggaplah kehidupan harian kita bersama teman-teman serumah kini sebagai pra-perkahwinan, latihan sebelum benar-benar memikul tanggungjawab yang asli.

Latih diri untuk sentiasa bermanis muka dengan teman-teman walau sepenat mana kita.

Latih diri untuk menjaga rahsia dan cerita teman-teman dan cuba menyelesaikan masalah sesama sendiri.

Latih diri untuk sanggup berkorban, banyak bersabar dan tidak banyak berkira sesama teman-teman.

Dan latihlah diri dengan macam-macam lagi.

Untuk syabab, sekiranya kalian telah benar-benar mampu dan bersedia, bernikahlah. Pilihlah jodoh yang terbaik yang diberikan Allah untuk kalian. Terima seadanya. Utamakan diri kalian dalam soal memilih jodoh yang terbaik.

Untuk akhwat sekalian, dan sekiranya telah sampai masanya , kalian dilamar, dan telah dibukakan laluannya untuk kalian bernikah, silalah bernikah. Allah sentiasa bersamamu.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Dan semoga teman-teman akan memperoleh teman untuk ke syurga yang terbaik untuk kalian.

"Dari Allah, Kepada Allah"

- Artikel iluvislam.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...