Jom Click

Memaparkan catatan dengan label nukilanku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nukilanku. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Disember 2012

Umrah-->Ihram-->Takwa

Kata Ustaz Don umrah itu mengajar kita erti takwa.  Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?". Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa". Dalam melakukan ibadat umrah, seseorang itu wajib berada dalam keadaan ihram. Ihram umpama kita melalui jalan berduri kerna berada dalam ihram bermakna kita berada dalam keadaan berpantang atau berhati2. Banyak pantang larang yang harus kita jaga semasa berihram. Inilah yang dinamakan takwa. Allahuakbar..begitu indah Allah susunkan peraturan buat kita. Peraturan yang membentuk diri kita supaya berdisiplin dalam hidup. Kalau kita teliti dan muhasabah diri, kita pernah solat dan banyak pantang larang ketika solat kita kena jaga begitu juga puasa. Alangkah bertambah indahnya lagi jika kita dapat melengkapkan rukun islam yang kelima iaitu menunaikan haji atau umrah. Bagi yang pernah menunaikan haji dan umrah, bersyukurlah kerana anda telah melengkapi kelima2 rukun islam. Bagi yang belum berkemampuan, cuba kita renung sejenak adakah kita tidak merasa teruja ingin berada dalam ihram?Menjaga pantang larang ketika dalam ihram sambil menunaikan rukun umrah atau haji dapat menguji sejauh mana ketakwaan kita kepadaNya. Subhanallah.. Ayuh para syabab kita berusaha mengumpul duit dan juga ilmu untuk menunaikan umrah atau haji. Dengan keinginan yang mengalir dalam diri kita ini, insyaAllah Allah pasti akan menjemput kita menjadi tetamu di rumah suciNya suatu hari nanti. Jangan lupa untuk sentiasa bertalbiyah semoga Allah dengar suara hati kita untuk menjadi tetamuNya. Aminn..

(Ingin buat tabungan umrah? Klik di sini.)

Ahad, 18 November 2012

Palestin..Rahmat Di Sebalik Ujian

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebelum ni kalau tengok berita pasal Palestin yang tak pernah aman, hati aku terdetik kenapa rakyat Palestin tak keluar je dari tempat diorang yang tak selamat tu ke tempat yang lebih selamat? Padahal ada je yang nak bagi pelindungan. Tengok dalam TV kanak-kanak Palestin bermain dekat runtuhan rumah-rumah dan bangunan-bangunan hati sekali lagi mengomel kalaulah diorang dapat dibawa keluar dari tempat tu dan dibawa ke Malaysia tentu diorang seronok dapat main tanpa fikirkan hujan peluru. Tapi semua tu dulu. Sekarang ni bila aku fikir balik kalau diorang fikir macam aku fikir, aku rasa dari dulu lagi diorang akan buat. Sebab bukan setahun dua mereka hidup dalam keadaan sebegitu, malahan sudah hampir separuh abad lebih mereka dicengkam oleh Israel. Baru aku faham kenapa mereka tak pernah berputus asa melawan zionis walaupun dengan hanya lontaran batu. Sejak 64 tahun mereka diganyang oleh Israel, sudah pasti antibodi iman mereka semakin hari semakin kuat. Mereka percaya Allah lah yang membantu mereka untuk kekal berada di tanah air mereka. Dengan berbekalkan iman inilah mereka walaupun secara fizikal nampak serba kekurangan tapi dalaman ataupun rohani mereka tidak pernah berkurang sedikitpun. Aku percaya mereka ini lebih kental Imannya daripada kita. Kerana mereka hanya bergantung satu-satunya kepada Allah. Dunia mungkin hanya mimpi buat mereka dan Akhirat yang pasti inilah realiti buat mereka. Biar tergadai nyawa di dunia tapi kemenangan sudah pasti mereka perolehi di akhirat kelak iaitu berada di tempat yang semua orang dambakan, syurga Allah. Tak cemburukah kita pada mereka? Kemanisan iman yang mereka perolehi membuatkan mereka melupakan syurga dunia yang mana pada ketika ini manusia sedang menikmati keindahannya. Alangkah indahnya kemanisan iman yang mereka nikmati. Semoga kita dapat menumpang kemanisan iman mereka agar kelak kita sendiri dapat merasainya.    

        

Sabtu, 25 Februari 2012

Dia Maha Mendangar Dan Maha Pemurah

Bismillahirrahmanirrahim

Pernah tak terjadi dalam hidup anda di mana anda begitu percaya dan yakin pada sesuatu perkara namun orang lain menganggap anda meletakkan kepercayaan dan keyakinan anda di tempat yang salah. Tapi dengan keyakinan yang ada dalam diri, anda terus mengharap bahawa suatu hari nanti Allah pasti akan mengakbulkan doa anda. Anda juga pasti bahawa tindakan yang anda buat adalah betul dan niat anda berlandaskan Lillahitaala iaitu tindakan yang anda buat itu semata-mata kerana inginkan keredhaan Allah. Di saat anda hampir berputus asa dengan pegharapan anda tadi, tiba2 dengan kuasa Allah anda dianugerahkan olehNya bukan sahaja apa yang telah anda pinta tapi lebih daripada itu. Itulah kuasa Allah Taala yang tidak mampu untuk dibaca oleh makhlukNya. Kun faya kun. Dan dialah Yang Maha Mendengar dan Dia jugalah Yang Maha Pemurah. Jika apa yang kita pinta belum dimakbulkan oleh Allah, bersabarlah dan terus berharap kerana di situ Allah mahu menguji sejauh mana kepercayaan dan cinta kita kepadaNya.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sedangkan Kami telah menguji orang- orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah Mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia Mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut:2-3)

Husnu Zon, bersangka baiklah dengan Allah Taala kerana dengan limpah kurniaNya kita wujud dan berpeluang hidup di muka bumi ini..^_^

Sabtu, 21 Januari 2012

Rahsia Allah


Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam meniti usia awal dewasa ini, banyak sudah undangan perkahwinan yang aku terima daripada kawan2 yang seusia denganku. Tahun lepas kawan baikku masa sekolah dulu telah selamat mendirikan rumah tangga. Terkejut juga kerna tidak menyangka jodohnya terlalu awal. Sebut pasal jodoh pasti ramai di antara kita terutamanya mereka yang seusia denganku begitu teruja mendengarnya. Rasa lucu pun ada bila bercakap pasal jodoh ni. Teringat kenanganku bersama rakan2 di Monash dulu. Bila ada je kawan2 kami bakal mendirikan baitul muslim, mula la kecoh mulut bercerita: 'Bestnye dah nak kawin!!' 'Awalnye die kawin!' 'Beruntungnya kawin awal!' dan yang paling aku tak dapat lupa ada di antara kami dengan nada sayu meluahkan perasaan: 'Bila la aku nak kawin?Semua orang dah ada pasangan masing2.Kita ni tak laku ke?' Hahaha..aku mampu ketawa dan tersenyum. Memang selalu saja ayat ini meniti di mulut kawan2 aku. Sengaja mencipta suasana yang mengujakan bila terdengar ada sahabat2 yang bakal atau telah melangkah ke alam rumah tangga. Walaupun kami sedar bukan kami tak laku tapi kami sendiri yang tidak mahu. Tidak mahu mengambil risiko untuk bercinta sebelum kahwin yang selalunya memakan diri. Walaupun kami tiada pengalaman bercinta tapi cukup bagi kami yang mempunyai banyak pengalaman berhadapan dengan kawan2 yang pernah bercinta dan akhirnya putus di tengah jalan.

Aku bersyukur kerana mempunyai kawan yang sefahaman denganku yang menganggap cinta selepas kahwin itu adalah cinta yang dapat berkekalan hingga ke syurga dengan izinNya. Bagi kami jodoh pertemuan di tangan Allah. Ini adalah rahsiaNya. Rahsia yang hanya Dia saja yang tahu bila dan dimana. Rahsia inilah yang menjadi nikmat bagi mereka yang percaya bahawa jodoh mereka sudah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Tidak hairanlah ramai di antara mereka yang berkahwin pada mulanya tanpa rasa cinta dan akhirnya hidup bahagia bersama pasangan mereka dengan rasa cinta yang mekar dari hari ke hari. Percayalah kepada qada' dan qadarnya bahawa jodoh kita akan tiba jua tepat pada waktunya. Usah dipersoal bila dan dimana. Yang paling penting berdoa kepadaNya agar dipertemukan dengan jodoh yang terbaik buat kita. Yang dapat melengkapi antara satu sama lain dalam meraih cinta dan redhaNya. Serta penting juga bagi kita untuk mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik supaya Allah mengakbulkan doa kita yang mendambakan pasangan hidup yang terbaik buat kita.
"(Lazimnya) perempuan2 yang jahat adalah untuk lelaki2 yang jahat, dan lelaki2 yang jahat untuk perempuan2 yang jahat dan (sebaliknya) perempuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik, dan lelaki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang2 (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." (Surah An-Nur ayat 26).

Aku bersetuju dengan kata2 seorang sahabatku soal jodoh: "Jangan risau jika kita belum berpunya kerana diri kita ini mahal". YA, betul!! Maruah seorang wanita begitu mahal sehingga tak terbayar dengan wang ringgit. Maruah seorang wanita harus dijaga khusus buat suaminya. Dan maruah ini bukan untuk dipamer2 dan dilelong2 kepada lelaki2 yang tidak mempunyai sebarang ikatan dengan kita atau dikenali sebagai lelaki ajnabi. Janganlah kita mudah menyerahkan maruah kita kepada golongan ini sebelum mempunyai ikatan yang sah sebagai suami isteri.
Sabda Rasulullah S.A.W.: "Dunia adalah perhiasan, dan sebaik2 perhiasan dunia adalah wanita yang solehah" (Hadis riwayat Muslim).
Akhir kalam, ingatlah wahai gadis2 sunti di luar sana dan juga diriku sendiri;
Ber'couple' hanyalah merendahkan martabat atau maruah kita yang sememangnya tinggi dan hanya boleh dicapai oleh tangan yang mempunyai niat yang tulus untuk memiliki dengan ikatan yang sah. Bertunang hanya untuk menanda bahawa kita bakal menjadi isteri kepada si dia tetapi belum tentu dia jodoh kita sebelum terjadinya akad pernikahan. Maka, percepatkanlah pernikahan sebagaimana yang tersebut dalam hadis Rasulullah S.A.W.:
"Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi" (Hadis riwayat Termidzi dan Ahmad).
Memang benar perkahwinan bukan satu perkara yang mudah kerana tanggungjawab yang terpaksa dipikul semakin bertambah dan berat. Tapi percayalah sunnah Rasulullah S.A.W. ini bukan disuruh kepada kita untuk menyusahkan diri kita bahkan untuk menyenangkan lagi. Menyenangkan kita dalam beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah.
Sabda Rasulullah S.A.W.: "Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka bertakwalah ia pada separuh yang lain" (Hadis riwayat Al-Tabrani Fil-Ausath).
Sumber rujukan: Rakan Masjid

Selasa, 15 November 2011

wahai diriku..

Bismillahirrahmanirrahim...


Wahai diriku..

Janganlah berhenti berzikir

Janganlah berhenti berharap

Janganlah berhenti berusaha

Janganlah berhenti bersyukur


Janganlah kita berputus asa jika sesuatu yang kita hajati masih belum dikabulkan oleh Allah. Kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Maha Mendengar rintihan hambaNya. Mungkin masanya belum tiba lagi atau mungkin yang kita hajatkan itu belum tentu baik untuk kita.

Kan Dia pernah berfirman:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah Al-Baqarah:186)
"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu." (Surah Al-Mu'min: 60)
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Surah Al-Baqarah : 216)
Allah S.W.T berfirman: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Az-Zumar :53)
Oleh itu, wahai diriku..

Sentiasalah berzikir mengingatiNya

Sentiasalah berharap kepadaNya

Sentiasalah berusaha untuk mencapai RedhaNya

Sentiasalah bersyukur atas segala pemberianNya

Ahad, 2 Januari 2011

Tahun Baru 2011


Alhamdulillah..hari ni dh msk hari kedua kita melangkah ke tahun baru.mcm2 kenangan yang kita tinggalkan sepanjang tahun 2010 dan tahun2 lepas.pahit manis smua cukup lengkap.kalo dlm masakan orang kata cukup rasa.xgitu?he3..dugaan dan cubaan dalam hidup seseorang manusia memang xdapat dinafikan.inilah yang dinamakan asam garam kehidupan.cuba kita renung seketika kalau dalam hidup kita hanya ada manis je tanpa ada masam.rasa2 best ke x ek?hurm..ibarat hidup tanpa pasangan.cewah..ke situ lak fikirnye kn.he3..tapi kalau kita fikir logiknya la kan, hidup tanpa pasangan ni memang xlengkap.kenapa begitu ek?cuba kita teliti maksud firman Allah di bawah ni:

(Quran 51:49) => Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah.

(Quran 36:36) => Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.

Nah..terbukti segala perkara yang berlaku di dunia ini semuanya telah ditetapkan oleh Allah subhanawataala.malam pasangannya siang.cerah pasangannya gelap.tinggi pasangannya rendah.n so on..pendek kata hidup kita ni saling melengkapi.kadang2 ada sesetengah perkara yg berlaku bukan kehendak kita.contohnya, kita mintak benda lain tapi benda lain yang kita dapat.

(Ayat 216 : Surah al-Baqarah )=> Dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya.

Macam ayat2 yang pernah kita dapat tiap kali dilanda perasaan 'down' bilamana apa yang kita hajati xkesampaian;

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...


Begitulah hidup ini, sekejap kita di atas dan kemudian turun balik ke bawah.dan jangan sesekali kita lupa kepada pencipta kita, Allah, tak kiralah kita berada kat mna sekalipun atas ke bawah ke kiri ke kanan ke kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat kita..^_^


Rabu, 31 Mac 2010

aku adalah "manusia"

sudah lama aku berjalan di muka bumi Allah ini
banyak dah batu yang aku sepak, rumput yang aku pijak, tanah yang aku jejak,
dan juga sudah banyak hati aku remuk, luka, kembang, kecut,
sudah berkali2 jugak lah aku memilih jalan yang xseharusnya aku pilih,
dan banyak kali jugak lah aku tersasar dari jalan yang lurus,
sampai aku sendiri pun dah xtahu siapa diriku yang sebenar, di jalan mana aku sekarang, apa yang sedang aku buat, bagaimana dengan nasib diriku nanti jikalau ditakdirkan aku dijemput oleh Ilahi nanti...

sering kali aku dengar dan baca "Kembalilah kepada fitrah asalmu"
mungkin ini jawapan kepada setiap persoalan aku
ya..kembali kepada fitrah..fitrah kejadianku adalah sebagai seorang hamba
seorang hamba tugasnya adalah mengabdikan diri kepada tuannya
dan tuanku adalah Allah
Dialah yang menciptakanku
dan Dia xpernah lekang memerhatikanku tanda ingatNya dia padaku
tapi aku?

Ya Allah..sungguh..hambaMu ini penuh dengan khilaf..selalu melupakanMu..Moga Engkau memaafkan diri yang penuh kehinaan ini..Moga pintu taubatMu untuk hamba sepertiku ini xpernah tertutup ya Rahman..


"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri Akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?" (Surah Al-An'am, ayat 32).

** "Manusia" adalah perkataan bahasa arab dan berasal daripada "Nasiya" yang bermaksud lupa.

Isnin, 15 Mac 2010

Yakinkah aku?


Ummi kata "Kalau orang lain boleh berjaya kenapa kita tak boleh?"
Abah pulak kata "Yakin boleh..insyaAllah berjaya"

Di antara kedua-dua statement di atas, aku lebih suka statement abah.sbb kata2 abah ni lah yang telah membuatkan aku berjaya mengatasi kelemahan aku time aku ambik lesen motor dulu.dah la xpernah bawak motor tiba2 suruh aku ambik lesen motor kata abah kalau xambik sekarang nanti rugi.aku menangis dan merayu dekat abah xnak ambik sebab takut.dekat sekolah memandu tu la aku tahu macam mana nak bawak motor.walaupun xde orang atau cikgu yang tolong ajar, tapi Alhamdulillah aku boleh berjaya mendapat lesen motor dengan sekali test jer.bukan nak membangga diri tapi cuma nak bagitau yang kata-kata abah lah yang mendorong aku untuk meneruskan hajat aku sehingga aku berjaya mengapainya.

Bukan aku xsokong kata-kata ummi.dari sekolah rendah lagi ummi bagitau aku statement yang sama.dan bila aku teringatkan kata2 ummi tu, aku tiba2 teringatkan satu persatu kegagalan yang aku telah hadapi.memang perit rasanya.dan bagiku kata2 ummi itu penuh dengan tanda tanya.bila agaknya aku akan berjaya mengatasi orang di sekelilingku.dapatkah aku?bolehkah aku?yakinkah aku?semua persoalan ini sentiasa berlegar2 di kepala otakku yang kecil ini.dan kata2 inilah juga yang sentiasa aku selitkan sebagai motivasi buat diriku tatkala diriku down.apa yang aku harapkan kata2 kedua orang tuaku ini akan menjadi semangat bagiku untuk mengukir kejayaan pada suatu hari nanti..InsyaAllah..


"Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri."(Surah Ar-Rad, Ayat 11)


Ahad, 17 Januari 2010

Sudah terhantuk baru terngadah..

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji hanya bagiMu tuhan sekalian alam kerana telah mengurniakan aku hidayah yang teramat bernilai dalam hidupku sebagai seorang hambaMu.Betul kata orang hidayah memang susah untuk diperoleh tapi amat mudah untuknya pergi sekiranya tidak dijagai dan dibajai dengan iman dan taqwa.Iman kita amat mudah berkurang sekiranya kita hidup di persekitaran yang penuh dengan kemewahan dan keselesaan duniawi.Bila kita dikaburi oleh nikmat dunia,amat mudah untuk kita melupakan Allah.Sedangkan Dialah yang memberi kita peluang untuk hidup di muka bumi ini dan melimpahi kita dengan segala kemewahan dunia ini.Alangkah sombongnya kita terhadapNya dan dengan kata lain kita termasuk dalam golongan org yang tidak mengenal budi.

Bila suatu saat kita diuji dengan sedikit kesulitan, barulah kita ingat padaNya, pada rahmat yang dikurniakanNya kepada kita.Alangkah ruginya kita.Bak kata pepatah Sudah terhantuk baru terngadah.Sudah terjatuh baru kita tau yang kita tak selamanya berada di atas.Begitulah adat dunia ini.Jika kita tak pernah diuji,kita tidak akan tahu betapa berharganya menghargai segala kesenangan dan rahmat yang dikurniakan olehNya.

Oleh itu, setiap saat yang kita lalui, selagi hayat dikandung badan, selagi kita diberi kesempatan utk terus bernyawa dan beribadah kepadaNya, gunakanlah kesempatan yang ada ini utk menghargai apa yang dikurniakan olehNya kepada kita dan sentiasalah bersyukur kepadaNya walau macam mana keadaan kita sekalipun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...