Jom Click

Memaparkan catatan dengan label kembaraku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kembaraku. Papar semua catatan

Rabu, 4 November 2015

Syukur Atas Nikmat Yang Diberi

Assalamualaikum w.b.t

Pelangi Senja
Pemadangan dari atas Jeddah, Saudi.
Agak lama sebenarnya tidak menaip entri untuk blog ini. Rindu sebenarnya. Alhamdulillah banyak sungguh nikmat yang Allah berikan tanpa disangka2. Sungguh Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Walaupun hati ini berkata tak mungkin Allah nak beri sedangkan aku tak punya apa2 untuk dapatkan apa yang aku mahu. Tapi perancangan Allah siapa yang menyangka. Alhamdulillah aku telah diizinkan buat kali keduanya menjadi tetamu Allah di Tanah Suci yang menjadi idaman setiap muslim sejati. Tanggal 7 Julai 2015 aku bertolak ke Jeddah bersama2 ahli keluargaku seramai 7 orang termasuk aku. Memang tak disangka hasrat ibu bapaku hanya ingin membawa adik-adikku 3 orang sahaja tetapi entah bagaimana perancangan Allah yang cukup sempurna telah mengabulkan permintaanku untuk bersama2 adik-beradik yang lain untuk melakukan ibadah umrah. Amat benar janji Allah. "Berdoalah kepadaKu nescaya akan kuperkenankan bagimu"(Surah AL-Mukmin;Ayat 60). Doaku di depan Kaabah tahun 2011 pada umrah pertamaku untuk datang bersama2 keluargaku diperkenankan Allah dengan begitu cepat. Cerita ini bukan untuk kubangga2kan kerna setiap daripada kita punya cerita hebat belaka. Mungkin kita rasa apa yang ada pada orang lain itu lagi hebat tapi percayalah jika kita bersyukur dengan apa yang kita ada, kita akan rasa cerita kita lebih hebat daripada orang lain. Kerna Allah tak pernah menyia2kan hambaNya yang bersyukur.

Pelangi Senja
Last minute dapat visa. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

Cerita-cerita Menarik di Tanah Haram Madinah & Mekah (07072015-19072015)

Setibanya di Jeddah, aku rasakan seolah2 bermimpi berada ditempat yang sama suatu ketika dulu. Kupejam mata dan cuba mengenangkan masa yang pernah kulalui sebelum ini di tempat tersebut. Sungguh syahdu. Sampai di sempadan Tanah Haram Madinah, air mataku bercucuran tak mampu untuk kubendung betapa rindu yang teramat pada tanah suci tempat jasad Nabi Muhammad S.A.W. bersemayam. Tak sabar rasa hati ingin 'bertemu' junjungan besar Muhammad S.A.W. Aku ingin menyampaikan salam dan ingin saja beritahu aku datang menemuimu buat kesekian kalinya. Syukur bila mana dapat melihat dari jarak jauh Masjidi Nabawi. Alhamdulillah kali ini aku dapat menginap di hotel (Mubarak Silver Hotel) yang berjarak 100M agak dekat dengan pintu masuk ke tempat solat muslimah. Pintu 25. Pagi keesokkannya aku berhajat ingin memasuki raudhah bersama ummi dan adik2ku. Alhamdulillah, walaupun tidak ada membantu untuk tunjukkan cara tapi Allah sediakan pembantu untuk kami. Sedang beriktikaf di dalam masjid, kami terdengar panggilan Instructor daripada orang Indonesia memanggil2 untuk berkumpul sebelum masuk ke raudhah. Peluang ini langsung kami ambil. Disebabkan jemaah yang terlalu ramai, kami dapat memasuki raudhah pada jam 9 pagi selepas menunggu sejak jam 6 lagi. Raudhah kali ini sama juga seperti yang lalu sesak dengan ramai jemaah. Terpaksa berhimpit untuk masuk tapi syukur ada jemaah Indonesia yang sudi membantu kami untuk membuat 'pagar' sementara kami solat. Ini pengalaman terbaru bagi adik2ku. Tapi aku sudah menjangka ini semua akan berlaku dan peringatan awal sudah kuberikan pada mereka.

Pelangi Senja
Sekotak kurma dan makanan2 yang bakal diagihkan berhampiran dengan tiang besar Masjidi Nabawi. 
Pelangi Senja
Penuh peti ais dengan makanan sedekah.
Kami berbuka puasa di Masjidi Nabawi. Kebetulan kami tidak tahu menahu bahawa setiap tiang di dalam masjid akan ada dermawan yang menyedekahkan makanan. Tiga malam berturut2 kami berbuka puasa berhampiran tiang2 besar dalam masjid dan tiap kali berbuka puasa kami diberi sejumlah roti, kurma dan yogurt yang tak mampu kami habiskan. Bila habis ditambahnya lagi dan kami tidak mampu untuk menolak kerana mereka ingin menghabiskan makanan yang ada. Sehinggakan penuh peti ais kami diisi dengan yogurt dan makanan. Ada yang kami sempat sedekahkan dan ada yang kami hanya mampu tinggalkan dalam peti sejuk di hotel selepas checkout untuk ke Mekah dengan hasrat untuk sedekahkan kepada janitor2 hotel. Malam yang keempat kami beralih di saf yang jauh daripada tiang dan ternyata hanya separuh roti dan 1 bekas yogurt saja yang kami dapat. Rupa-rupanya sebelum ini kami duduk 'berjiran' dengan orang kaya dan dermawan di Madinah. Mereka nampak biasa berjubah hitam dan berniqab hitam tapi siapa yang sangka disebalik pakaian itu ada handbag LV dan gelang emas yang bertatahkan berlian menghiasi lengan mereka. Sungguh membuatkan aku teruja melihat mereka. Siapa kata mereka ini tidak pandai bergaya dan mundur dari segi berfesyen? Dalam Masjidi Nabawi, wanita2 Arab yang biasanya memakai niqab dan berjubah hitam akan menanggalkan niqab mereka dan membiarkan jubah mereka terbuka hingga menampakkan gelang2 emas yang mereka pakai.  Disebabkan itu, pihak berkuasa Masjidi Nabawi melarang jemaah wanita mengambil gambar dan video di dalam masjid dikhuatiri akan terambil gambar yang menampakkan aurat para jemaah. Beg diperiksa satu persatu di pintu masuk bahagian Muslimat untuk memastikan kamera tidak dibawa masuk. Bagi aku untuk melepasi pemeriksaan mereka, aku sembunyikan beg sandang ke belakang dalam kain telekungku. Masuk cepat2 masa mereka tengah sibuk check beg jemaah lain. Tapi kalau mereka tengah aim kita dari jauh kita terpaksa buka beg cepat2 supaya kita tidak dimarahi. Aku lari dari mereka bukan sebab bawa kamera tetapi disebabkan malas untuk membuka zip beg satu persatu.

Pelangi Senja
Antara roti, yogurt yang kami dapat sebelum berbuka. Selepas berbuka dapat lagi.
Berbuka puasa di Masjidi Nabawi sangat mewah berbanding dengan Masjidil Haram. Walaupun begitu, satu contoh yang dapat diambil daripada orang Arab ini walaupun mereka ini bersifat kasar tapi dalam bab menderma dan bersedekah merekalah yang mendahului walaupun hanya dengan sehelai tisu atau sebiji tamar atau segelas air zamzam. Mereka tidak malu untuk bersedekah dengan sekecil2 perkara. Inilah hasil ajaran nabi Muhammad S.A.W. Anak-anak orang Arab ini didik dari kecil lagi untuk bersedekah. Hari keempat berbuka puasa di Masjidi Nabawi, aku duduk berhampiran seorang wanita arab dan dua orang anaknya perempuan yang berusia sekitar 7 dan 8 tahun. Di hadapanku ada seorang wanita Indonesia dan seorang anaknya lelaki. Semasa menunggu masuk waktu berbuka ada seorang gadis arab mengagihkan gula2 kepada dua orang budak perempuan tersebut dan terlepas pandang untuk memberikannya kepada budak lelaki Indonesia itu. Budak lelaki itu melihat gula2 yang dipegang oleh budak2 perempuan arab seolah-olah mahukan gula2 tersebut. Secara serentak kedua2 budak perempuan itu menghulurkan gula2 masing2 kepada budak laki2 itu. Sangat tersentuh melihat saat itu. Sungguh mulia hati mereka walaupun mereka masih kanak2.

Pelangi Senja
Ziarah wada' - Ucapan salam selamat tinggal kepada baginda diiringi dengan doa sebelum berangkat ke Mekah.

Berpuasa di Tanah Suci yang suhunya mencecah 50 darjah celsius amat mencabar. Ini pengalaman kedua aku berpuasa di sana. Air untuk mandi sudah seperti air panas yang sesuai untuk melarutkan kopi dan gula untuk diminum. Itulah antara dugaan yang terpaksa ditempuh. Aku terlupa untuk membawa krim muka dan kesilapan aku menyapu bam yang disangka krim muka membuatkan mukaku mengelupas dan luka. Sakit,pedih dan malu sebenarnya untuk berdepan dengan muka yang agak tidak selesa dipandang. Tapi Allah itu Maha Mendengar lebih2 lagi ketika berada di tanah suci yang mana ianya tempat mustajab doa. Doaku untuk mukaku kembali seperti biasa dimakbulkan oleh Allah sehari sebelum bertolak pulang ke Malaysia. Aku dapat rasakan yang sebenarnya Allah sedang menguji aku. Menitis air mata mengenangkan dosa2 yang lalu. Banyak noda yang telah aku lakukan sepanjang hayatku ini. Dapat aku rasakan yang sakit yang ditanggungku adalah asbab Allah nak hapuskan dosa2ku. Alhamdulillah, bila aku sedar ini adalah cara Allah nak hapuskan dosa2ku aku bertambah redha dan seketika itu Allah hadirkan penawar dan menghilangkan rasa sakit itu perlahan-lahan. 

Pelangi Senja
Berpakaian ihram. Bergambar di depan hotel sebelum bertolak ke Mekah.
Selepas 5 hari di Madinah, kami bertolak ke Mekah dengan berpakaian ihram bertelekung dan berjubah putih untuk mengambil pahala sunnah. Dalam perjalanan, kami singgah di miqat, Masjid Dzul Hulaifah atau nama lainnya Bir Ali untuk berniat ihram sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Haram Mekah. 5 jam perjalanan tidak terasa kerana jalannya yang luas dan lurus tanpa tol dan pemandangan padang pasir yang diselang seli dengan kehadiran unta2 yang mengingatkan kembali akan sirah penghijrahan nabi Muhammad S.A.W. dari Mekah ke Madinah melalui padang pasir yang tandus tiada pokok2 hijau yang rendang menghiasi dengan keadaan panas terik. Kami bertalbiah bersama2 dengan diketuai laungannya oleh Mutawwif yang amat menyentuh jiwa. Sungguh hati ini tidak sabar untuk melihat Kaabah di depan mata. Rindu tidak dapat dibendung. Masih teringat harum baunya tatkala mendekati Kaabah ketika bertawaf. Kami sampai di hotel sebelum waktu Asar. Kami bernasib baik. Hampir2 saja bas kami disekat untuk masuk menghampiri hotel disebabkan jalan terpaksa ditutup untuk memberi laluan jemaah berjalan kaki ke Masjidil Haram dan di jalan tersebut juga jemaah membina sof solat. Bayangkan betapa ramainya jemaah sehingga dari jarak 700M diluar masjid, jalan2 penuh dengan jemaah untuk solat. Kami check in ke Hotel Hera dan diberi taklimat oleh Mutawwif yang bertugas di hotel tersebut. Kami diberi pilihan untuk terus melakukan umrah atau untuk menunggu selepas isya. Pada permulaannya ramai yang ingin terus melakukan umrah disebabkan tidak mahu berada lama dalam pantang-larang ihram. Tapi selepas ustaz menceritakan ada seorang jemaah wanita dari kumpulan lain jatuh pengsan ketika tawaf dalam keadaan cuaca panas, semua ahli kumpulan kami bersetuju untuk melakukan umrah selepas waktu isya kerana pada waktu itu kami telah kenyang berbuka dan cuaca pun agak sejuk sedikit. 
Pelangi Senja
Bergambar di Masjid Quba' di Madinah. Masjid yang pertama dibina oleh nabi.
Pelangi Senja
Selesai tawaf sunat tahiyatul bait. Kalau di masjid2 yg lain perkara pertama kita buat apabila masuk masjid adalah solat sunat tahiyyatul masjid tapi di Masjidil Haram kita disunatkan untuk tawaf tahiyyatul bait, tawaf keliling kaabah 7 kali pusingan.
Alhamdulillah umrah pertama kami selesai walaupun pada awalnya kami terpaksa melalui sekatan polis yang menjaga kawasan Masjidil Haram. Mereka melarang jemaah untuk masuk ke masjid kerana jemaah di dalam masjid terlalu ramai dan mereka hanya membenarkan jemaah yang hendak melakukan umrah sahaja masuk ke dalam. Dalam keadaan tersebut, terasa diri ini hina di sisi Allah dan dapat bayangkan diri berada di Padang Mahsyar. Ramainya hambaNya yang berebut untuk mendekatkan diri kepadaNya. Layakkah kita memasuki syurgaNya kalau memasuki rumahNya yakni Baitullah pun kita tak layak. Selepas selesai tawaf, saie dan bertahalul kami sekeluarga berkumpul dan ketika itu aku sempat melihat kelibat kucing Al-haram yang menjadi viral di fb dan ig. Alhamdulillah itu juga menjadi satu hasratku dan adikku yang sememangnya peminat setia si comel. Dalam kekalutan dengan ramainya jemaah, abangku memberitahu yang kasut dan selipar kami telah 'selamat' disapu oleh tukang sapu masjid. Kami terus mencari tempat di mana beg berisi kasut dan selipar kami tinggalkan. Selepas beberapa minit cuba mencari pintu yang kami masuk, akhirnya kami sampai di tempat kasut dan selipar kami tinggalkan. Ternyata betul kata abangku, kasut dan selipar kami sudah tiada di situ dan ahli kumpulan kami yang lain pun turut mengalami nasib yang sama. Tapi kami redha kerana menganggapnya sebagai ujian dan hanya mampu tersenyum kerana perkara ini terjadi kepada kami yang sebelum ini hanya kami dengar saja ceritanya daripada orang lain. Kata Mutawwif kami sebelum terjadinya kejadian ini, "Anggap saja kita sedekahkan kasut dan selipar kita yang hilang itu. Keluar masjid beli yang baru dekat kedai yang terdekat." Nasib kami sekali lagi baik, keluar saja Masjid, ada seorang perempuan Arab berkulit hitam (Habsyah) menghampiri dan mengajak kami membeli selipar yang dijualnya dengan harga SR5. Alhamdulillah kami semua selamat kembali ke hotel dengan berselipar jepun. Tak mengapalah asal kaki kami terjaga daripada benda2 yang mampu melukakan kaki kami.

Pelangi Senja
Pesta Ibadah Malam 27 Ramadhan. Credit to my younger brother for this mesmerizing photo.
Masuk malam yang ke-27 Ramadhan seolah2 Masjidil Haram sedang meraikan pesta ibadah apabila jutaan dhuyufurrahman memasuki masjid sehinggakan polis mengadakan sekatan terlalu awal iaitu pada waktu Asar lagi dan tidak dibuka sekatan itu sehingga subuh keesokkannya. Disebabkan terlalu ramai jemaah membanjiri Masjidil Haram pada malam tersebut, tingkat 2 mataf sementara terpaksa ditutup pada keesokkannya untuk diperiksa binaannya. Ekoran penutupan mataf itu, Masjidil Haram menjadi semakin sesak sehinggalah ke pagi Syawal. Kami sempat beraya di sana selama 2 hari dan hari raya ke-3 kami bertolak pulang. Sayu meninggalkan kota Mekah tak tergambar dengan kata2. Entah bila kita bakal bersua kembali. Jauh disudut hati aku berazam ingin kembali lagi. Walaupun berpanas dan berdebu suasana di sana tapi keberkatan yang ada di Tanah Suci ini yang menyebabkan hati tidak mahu berpisah. Ingin saja kutinggal di sana. Tapi diri harus kembali kepada realiti kehidupan. Sepanjang kembara ibadah ini, aku tinggalkan dunia yang selalu aku asyik terhadapnya. Aku mengagumi hamba2 Allah yang datang dari segenap pelusuk dunia untuk beribadah hanya kepadaNya walaupun terpaksa tidur di masjid dan kaki lima kedai. Aku merasa sangat kerdil jika dibandingkan dengan mereka yang mampu menghidupkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. walaupun dengan sekecil-kecil perkara. Aku pernah ditegur oleh wanita Arab kerana tersilap minum dengan tangan kiri. Walaupun kita anggap benda ini kecil tapi bila dah terbiasa ianya menjadi satu kesalahan jika tidak diperbetulkan. Sampai sekarang aku masih teringat pesanan beliau apabila ingin meneguk minuman. Mulakan dengan tangan kanan (yamin-dalam bahasa Arab). Hidupkan yang sunnah agar ianya menjadi bekalan pahala kita kelak. Pengalaman yang terindah dalam hidup yang takkan pernah kulupakan. Sama2 kita pasang niat untuk ke sana dengan yakin Allah pasti akan kabulkan impian kita suatu hari nanti. InsyaAllah.. Aku tak sempurna tapi Tuan aku Maha Sempurna yang hanya padaNya aku memohon agar dicukupkan segala yang terbaik untukku untuk aku bertemu denganNya kelak.

Wassalam  

P/s: Sekadar perkongsian pengalaman untuk manfaat bersama dan untuk diingati kembali moment2 sewaktu berada di sana. Jika ianya baik jadikanlah pengajaran dan jika ianya buruk jadikanlah sempadan. Wallahua'lam..

Selasa, 24 Julai 2012

Rindu Sangat-Sangat

Assalamualaikum w.b.t..

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..Terima kasih Ya Allah kerana memberi kesempatan kepada hambaMu yang daif ini untuk merasai dan beribadah pada bulan yang mulia ini. Ramadhan kali ini mengingatkanku pada Tanah SuciMu ya Allah iaitu Mekah dan Madinah yang pernah aku lawati tahun lepas pada bulan yang penuh barakah ini juga. Rindu sangat2 tak dapat nak diungkap dengan kata2. Rindu suasana berpuasa di sana dan rindu suasana berterawih di kedua-dua rumahMu yang agung, Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi. Ya Allah..izinkan aku untuk ke sana lagi Ya Allah untuk mengutip sebanyak mungkin pahala yang Engkau janjikan pada umatMu yang beribadah di Tanah SuciMu.

Kisah perjalanan ke Tanah Suci ada aku ceritakan dalam blog ini. Buat sesiapa yang belum membacanya bolehlah ikuti kisah yang telah aku ringkaskan untuk dikongsi bersama agar rinduku pada Tanah Suci dapat dirasai oleh kalian juga.


Dua hari lepas, semasa aku dan ummi solat terawih berjemaah di masjid kami ditegur oleh Kak Nu yang bersama2 menunaikan umrah tahun lepas (ada gambarnya dalam entri Perjalanan ke tanah suci 2). Memang tak disangka2 dapat berjumpa dengannya kerana selepas pulang dari mrngerjakan umrah tahun lepas inilah kali pertama kami bertemu kembali. Rasa terharu sangat2 sebab Allah kalbulkan doa aku untuk berjumpa dengan salah seorang daripada mereka. Kami pun terkejut sebab masing2 baru tahu yang sebenarnya kami tinggal di mukim yang sama. Semasa di Tanah Suci dulu kami tak sempat berbual panjang. Berjumpa dengan Kak Nu menjadikan rinduku pada Masjidil Haram membuak-buak rasanya. Teringat pada Kaabah. Teringat solat terawih dengan bacaan lunak imam2 di sana dan solat sambil melihat kaabah di depan mata. Ya Allah..semoga ibadah yang aku lakukan semasa aku di Tanah Suci dulu dapat aku lakukan di sini juga Ya Allah. Semoga aku sentiasa istiqomah dengan apa yang aku lakukan dan semoga amal ibadahku sepanjang hidupku diterima olehMu Ya Rabbi..Aminn..

Kat bawah ni ada beberapa gambar aku selitkan yang belum diupload dalam entri sebelum ini. Gambar tahun lepas tapi rasa macam baru jer. Saja2 berkongsi moga ada yang terdetik hati mahu pergi ke sana. Kalau niat tu ada insyaAllah Allah akan permudahkan kita untuk ke sana. Yang paling penting sebelum pergi ke sana ialah persiapan dari segi ibadah (rohani) dan akhlak kita. Persiapan yang mantap akan memudahkan lagi kerja ibadah kita di sana kelak. InsyaAllah..


~Bergambar depan Kaabah~

~Di perkarangan Masjidi Nabawi~

~Jabal Rahmah~
(Doa untuk kawan2 dan diri sendiri..:) )

(First time minum susu unta)

Rabu, 26 Oktober 2011

Perjalanan ke Tanah Suci (2)

Bismillahirrahmanirrahim..

Sabda Rasulullah S.A.W: Umrah pada bulan Ramadhan sama dengan mengerjakan haji atau haji bersamaku. Maka tidak hairanlah ujian mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan sangat berat. Terpaksa mengharung panas terik matahari yang hampir mencecah 48 darjah celcius dengan menahan lapar dan dahaga serta berhimpit dengan lautan manusia yang datang dari serata pelusuk dunia dan sama2 melakukan ibadah umrah (dikhabarkan bilangannya lebih ramai daripada bilangan ketika musim haji). Sebagai insan yang kerdil yang penuh dengan dosa sejujurnya aku tidak dapat bertahan untuk berdepan dengan ujian tersebut namun apabila melihat kesungguhan si tua, si tempang, si bapa dengan memikul anak kecilnya, dan si kecil yang memegang erat tangan orang tuanya ketika tawaf dan saie tiba2 rasa lemah itu hilang dengan sendirinya. Waktu itu terdetik dihatiku: Mereka semua lemah pada zahirnya tapi tetap dapat bertahan dan berusaha untuk menyempurnakan umrah mereka. Aku ni sihat tubuh badan dan tiada cacat celanya takkanlah cepat nak mengalah. Allah dah bagi sampai sini pun dah kira bagus dan aku patut bersyukur. Ada di antara mereka yang datang ke sini hanya tidur berlapikkan kertas beratapkan langit dan ada yang tinggal saja di masjid kerana tidak mempunyai wang untuk menyewa hotel dimana hotel yang mungkin di Malaysia dianggap budget hotel tapi harga satu bilik di sana ada yang mencecah ribuan ringgit untuk satu malam dek kerana bilangan jemaah yang terlampau ramai. Betapa ramainya umat Islam sampai aku terfikir siapalah aku yang hina ini di sisi Allah. Mereka semua berlumba2 untuk beribadah sehinggakan bagiku hari2 di sana ibarat siang yang panjang tanpa malam. Tidak pernah sunyi Masjidil Haram dengan umat Muhammad. Silih berganti datangnya mereka.

-Pemandangan sebahagian drpd Masjidi Nabawi dari tingkat 10 hotel-
-Pintu masuk ke Babul Fatah di Masjidi Nabawi-

Ingin aku berkongsi pengalamanku di Masjidi Nabawi yang mungkin menjadi pengalaman yang tidak dapat aku lupakan seumur hidupku. Sudah menjadi kebiasaan imam2 di Masjdi Nabawi dan Masjidil Haram membacakan doa qunut yang panjang dalam rakaat terakhir solat sunat witir. Doa qunut yang agak panjang yang dibaca oleh imam di Masji Nabawi mungkin hanya doa yang biasa tetapi disebabkan mendayu2nya suaranya merintih menyebabkan para jemaah turut sama menangis sambil mengaminkan doa. Dan yang menjadi luar biasanya adalah mereka yang memahami doa dalam bahasa arab ini menangis dengan teresak2 dan menjadikan masjid ini bergema kuatnya dengan esak tangis mereka yang mengadu pada Sang PenciptaNya. Allahuakbar..hati ini kagum kerana dapat diperlihatkan oleh Allah sebahagian daripada kehebatanNya. Kehebatan Allah mengurniakan seorang Rasul iaitu Muhammad S.A.W yang dapat memimpin jutaan umat manusia untuk menyembah Yang Maha Esa yang mana ajaran itu menjadi ikutan oleh manusia dari segenap penjuru dunia sehinggalah ke hari ini. Walaupun hari ini ramai di antara kita yang tergelincir dari landasan jalan yang lurus ini tapi Allah tetap mempunyai orang2 yang sentiasa berpegang teguh dengan taliNya. Teringat aku pada sepotong ayat di dalam Al-quran yang bermaksud: ‘Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), niscaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan meggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun. Dan Allah Mahakuasa atas segala sesuatu.’ (Surah At-Taubah Ayat 39). Ayat ini bermaksud Allah tidak merasakan satu kehilangan sekiranya ada di antara hambaNya yang tidak mahu menurut perintahNya kerana disisiNya ada hamba2Nya yang soleh dan sentiasa patuh dan taat padaNya. Hatiku ketika itu tersentuh dan sebak kerana aku tidak mampu menjadi seperti mereka yang dapat memahami sepenuhnya doa yang dibaca oleh imam.

Dipertemukan oleh Allah dengan mereka yang berlainan bangsa juga merupakan satu ujian. Mereka ini datang dengan adab dan budaya yang berbeza. Mungkin bercakap kasar dan tidak menghormati hak2 orang lain menjadi satu kebiasaan bagi mereka tapi tidak bagi aku, seorang Melayu yang sudah terbiasa dengan adab sopan dan rasa hormat menghormati. Bagi aku yang tidak terbiasa dengan cara hidup mereka tentu saja berasa geram dengan kerenah mereka. Setiap kali ke masjid samada Masjid Nabawi atau Masjidil Haram akan ada saja kerenah mereka yang menjadi tontonanku. Mula2 timbul rasa marah dengan sikap mereka yang kurang sopan itu namun setelah difikirkan kembali kenapa ada saja telatah mereka yang kurang menyenangkan setiap kali aku ke sana, akhirnya terlintas di fikiranku bahawa inilah ujian Allah kerana Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia2. Dan lama kelamaan rasa marah dan geramku bertukar menjadi sesuatu perasaan yang menyeronokkan. Setiap kali melihat telatah mereka aku selalu tersenyum seorang diri. Namun begitu aku tidak terlepas diuji olehNya.

Aku diuji oleh Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran aku terhadap mereka. Peristiwa itu terjadi di Masjidil Haram dan aku ketika itu baru sahaja selesai mengisi botol airku dengan air zam2 dan kuletakkan ditengah2 antara ummi dan aku. Waktu itu azan isya’ baru sahaja selesai berkumandang dan aku bangun untuk menunaikan solat sunat qabliah. Baru saja aku mengangkat takbir 2 org makcik Arab melintas di atas sejadahku dan tersepak botol air zam2 yang kuisi tadi. Seperti air sungai yang mengalir derasnya air dari botol itu keluar dan membasahi sejadahku. Ummi yang berada disebelah kiriku ketika itu turut sama solat dan makcik Arab disebelah kananku hanya mampu melihat dan langsung tidak membantu untuk mengangkat botol tersebut. Pada ketika itu hatiku berdebar2 dan hanya mampu berdoa agar ada yang sudi mengangkat botol tersebut sebelum tempatku itu dianggap banjir. Dengan serta merta seorang makcik berjubah hitam yang juga berbangsa Arab yang berada di sebelah kiri ummi membantu mengangkat botol tersebut. Aku bersyukur sangat2 pada Allah yang serta merta memberikan pertolonganNya kepadaku. Selesai solat aku mengelap2 tempat sujudku yang dibasahi air tadi dan terdetik di hati ini bagaimana air dalam botol itu boleh keluar padahal tudungnya sudah ketat aku pulas. Kalau botol ini dipijak sudah tentu nampak kesan kemeknya tapi ini tidak. Lalu aku menyedapkan hati ini bahawa ini adalah ujian Allah dan hikmahnya Dia telah menyejukkan tempat sujudku yang mana keadaan di dalam masjid ketika itu agak hangat. Hikmahnya juga Allah mahu mengajarku agar jangan hanya memberi kepada orang yang terpilih saja. Ini kerana sebelum ini aku hanya memberi minum secawan air kepada makcik Arab di sebelah kananku saja dan ketika itu kulihat makcik berjubah hitam (orang yang membantu mengangkat botolku tadi) memandangku seolah2 dia juga mahu diberikan secawan air tapi tidak dilayan olehku. Selepas kejadian itu baru kusedar, air yang tumpah tadi ibarat hak yang perlu aku beri kepada makcik berjubah hitam tadi. Betul kata orang2 yang pernah menziarahi Tanah Suci ini: Setiap kesilapan yang kita buat akan dibayar ‘cash’ atau terus oleh Allah. Oleh itu, aku selalu diingatkan oleh ummi agar menjaga segala percakapan dan tingkah laku aku sepanjang berada di sana kerana jika terdapat sebarang kesilapan yang kita buat walaupun sikit akan dibalas secara terus oleh Allah. Allah S.W.T seolah2 tidak mahu bumi suciNya itu dicemari oleh dosa dan maksiat hamba2Nya.

‘Dan (ingatlah), ketika Kami tempatkan Ibrahim di tempat Baitullah (dengan mengatakan), “Janganlah engkau mempersekutukan Aku dengan apa pun dan sucikanlah rumah-Ku bagi orang2 yang tawaf, dan orang yang beribadah dan orang yang rukuk dan sujud.’ (Surah Al-Hajj ayat 26)

Bila melihat kembali gambar2 yang diambil di Makkah dan Madinah terasa sayu dan rindu untuk kembali ke sana. Dulu aku pernah juga tertanya2 kenapa orang yang balik dari menunaikan haji rasa rindu untuk pergi balik ke sana. Namun selepas merasai sendiri barulah diri ini faham. Maka tidak hairanlah ada di antara jemaah yang bersama2 dalam rombonganku ke sana sudah hampir berbelas kali datang menziarahi Makkah untuk mengerjakan umrah. Mengikut tafsiranku, rindu ini terjadi mungkin kerana hati ini telah mengikat rasa abid dan takwa terhadap Allah ketika tawaf mengelilingi Baitullahil Haram. Disebabkan itu rindu yang teramat pada Tanah Suci sukar untuk diceritakan. Mungkin juga rinduku ini adalah kerana perjanjianku untuk kembali ke sana jika diberi peluang dan jemputan buat kali kedua olehNya..InsyaAllah.

‘Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.’ (Surah Al-Hajj ayat 27)

-Bersama Kak Nu, Abah, dan Ummi di dataran berhampiran Masjidil Haram-

Selasa, 25 Oktober 2011

Perjalanan ke Tanah Suci (1)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
-Gambar yg sempat kuambil selepas selesai tawaf wida'-
(kelihatan semakin ramai jemaah memenuhi masjid ketika memasuki fasa terakhir Ramadhan)

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang memberikan aku peluang untuk berkongsi cerita dan pengalamanku di Tanah Suci Makkah dan Madinah di laman blog ini yang sudah lama kutunggu2 saat dan detik ini.bukan mahu menunjuk2.tetapi sekadar bercerita mengenai keistimewaan bumi suci kurniaan Allah kepada umatNya yang tiada tolok bandingnya.menjejakkan kaki di bumi Makkah dan Madinah sudah semestinya menjadi idaman kalbu setiap umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya. Sudah tentu timbul perasaan rindu terhadap sesuatu yang belum pernah ditatap oleh mata tetapi di hati tetap merasa kehadirannya. Perasaan rindu itu ialah rindu untuk melihat kaabah yang selama ini menjadi kiblat setiap kali solat dan juga rindu untuk menziarahi Rasulullah yang telah meninggalkan harta pusaka yang sangat bernilai iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan hidup kita. Sudah pasti ramai di antara kita yang ingin merebut untuk solat di Masjidil Haram yang ganjaran pahalanya menyamai 100, 000 pahala juga tidak ketinggalan untuk solat di Masjidi Nabawi yang ganjarannya menyamai 1000 pahala. SubhanAllah..amatlah rugi jika kita mempunyai rezeki untuk ke sana tetapi menolaknya.

Alhamdulillah..syukur kepada Allah S.W.T yang telah memurahkan rezeki aku dan kedua ibubapaku untuk melaksanakan umrah dan ziarah di Tanah Suci Makkah dan Madinah pada pertengahan bulan puasa yang lepas (9/8-20/8/2011).bila diri ini dipanggil oleh Allah untuk ke sana rasa rindu di hati ini memang xtertahan.persiapan dari segi material langsung tidak dipedulikan kerana bagiku yang penting adalah persiapan dari segi rohani iaitu pengisian ilmu di dada yang harus ada untuk menjadi bekalan semasa melakukan ibadah di sana.apa yang dibawa olehku hanyalah sehelai telekung dan sehelai jubah untuk persalinan di sana nanti.cukup berbeza jika dibandingkan dengan pengalamanku ke Scotland dua tahun lepas yang dimana pakaian saja hampir 15kg.berbekalkan kursus umrah selama sehari dan buku panduan umrah dapat mengukuhkan sedikit pemahaman aku yang agak blur tentang ibadah tersebut walaupun pernah mempelajarinya secara basic di maahad dulu.

Penerbanganku tiba di Jeddah pada waktu malam dan suhu ketika itu adalah 32 darjah celcius.bahang panas kering menerjahku sebaik keluar dari pintu kapal terbang MAS.disebabkan rasa teruja aku abaikan bahang panas tersebut.dan demi rasa terujaku itu terdetik dihatiku untuk mencari ataupun 'spot' sesuatu perbezaan yang mungkin tiada di tempat lain.dan apa yang dapat aku 'spot' adalah terdapat beberapa orang pekerja di kawasan airport tersebut sedang solat bersejadahkan kain di atas jalan disebalik bangunan.SubhanaAllah..walaupun sibuk menguruskan beribu2 jemaah yang tiba dengan penerbangan masing2 ketika itu para pekerja ini tidak melupakan tanggungjawab mereka sebagai hambaNya. dan buat pertama kalinya juga aku berpeluang untuk solat di kaki lima terminal yang mungkin menjadi suatu benda yang dipandang pelik dan aneh jika dipraktikkan di Malaysia sendiri.

Pengalaman berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah memang cukup berbeza sekali dan boleh dikatakan bezanya 360 darjah jika dibandingkan dengan tempat lain seperti di Eropah dan juga Malaysia. Bezanya adalah mereka yang ke sana datang dengan niat yang satu iaitu untuk beribadah kepada Allah. Panas, lapar, dan dahaga langsung tidak menghalang niat positif mereka ini. Maka tidak hairanlah Masjidil Haram dan Masjdi Nabawi tidak pernah sunyi dengan solat jenazah pada setiap kali selepas solat fardhu. Aku dikhabarkan seramai 5 juta orang jemaah di Makkah semasa aku berada di sana. Begitu ramainya jemaah bagai aku berada dalam lautan manusia ketika mahu mencari ruang untuk solat dan berhimpit untuk keluar dari masjid.

Betul kata Ustaz Ghani (pengarah urusan Batuta Travels and Tours yang menjadi pembimbing kumpulan kami) sebelum kami berangkat ke Tanah Suci: setiap jemaah haji dan umrah memang xdapat lari daripada ujian Allah. apa yang penting katanya adalah perbanyakkan bersabar.ketika mendengar nasihat beliau ini terdetik dibenakku jenis ujian yang bagaimanakah yang dimaksudkan oleh beliau.pertanyaanku ini terjawab apabila merasai sendiri ujian tersebut..(akan disambung..InsyaAllah)

Khamis, 30 Jun 2011

Kamek sayang kitak orang semua

Assalamualaikum w.b.t..

Lame benar rasanye xupdate blog ni.time study week busy ngn study.time exam week busy ngn study n exam.time hbs exam busy ngn bercuti same kawan2.maklum la dah final sem.insyaAllah.harap2 sem ini adalah sem trakhir buatku n kawan2 (Aminn..). Alhamdulillah percutian yang dah lama dirancang akhirnya terlaksana jua dan berakhir semalam.gembira dan sedih bercampur baur di hati ini.gembira sebab dapat spend masa enjoy bercuti bersama2 kwn2 ke sarawak dan sedih kerana percutian ini merupakan percutian yang terakhir dgn kwn2.rasa sedih sangat2 nak berpisah ngn kwn2.daripada MUFY lagi kita study sama2 sampai la ke degree kita share suka dan duka kita di Monash.tak terhitung rasanya saat2 bahagia kita bersama.moga Allah memberkati ukhuwah persahabatan yang terjalin di antara kita.dan moga ukhuwah ini tidak luntur ditelan masa.dan aku harapkan juga dengan perpisahan ini tidak bererti kita berpisah buat selama-lamanya kerana kita ditakdirkan bertemu bukan untuk berpisah.

Sarawak adalah saksi ikatan persahabatan kita.moga ianya kekal menjadi kenangan buat kita semua.
"Kamek sayang kitak orang semua"


Rabu, 10 November 2010

Yeay!!I'm free now!!

Alhamdulillah...akhirnya berjaya jugak aku menamatkan pengajian 3rd year 1st sem aku.lagi satu sem jer lagi yang tinggal sebelum aku melangkah keluar daripada monash.hurm..xsabarnye nk tggu hari tersebut.banyak sudah pengalaman yang aku lalui sebagai seorang mahasiswi di institut pengajian tinggi swasta.memang tak dapat dinafikan menjadi pelajar monash sememangnya mencabar fizikal dan mental.yang paling berkesan di hati adalah penyeksaan mental sebenarnya.kalau diri ini tak cukup kuat untuk hadapi keadaan ini silap hari bulan boleh jadi gila.tak hairan la ada jer pelajar monash yang ambik course science ambil jalan singkat dengan 'commit suicide'.Alhamdulillah kami pelajar melayu dan islam masih mampu bertahan walaupun kami sebenarnya banyak makan hati.makan hati dgn lecturer, lab demo, dan coursemate sendiri.istilah 'racist' memang sentiasa wujud dan menjadi satu trend sebenarnya di monash.malas sebenarnya nak cerita.tapi itulah hakikatnya.hanya kami saja yang tahu dan rasainya.susah untuk diceritakan pada orang lain. Walaubagaimanapun, aku tetap berbangga menjadi student monash.monash universiti tersenarai dalam QS World University Rankings dan kini berada di tempat yang ke-61.no wonder la kenapa susah sangat belajar kat sini.

Kita tinggalkan cerita monash aku di sini.kalau diteruskan banyak pulak benda yang aku nak crita pasal monash ni.hurm..kisah seterusnya adalah berkenaan dengan aktiviti aku selepas exam.hari ni dah masuk hari kedua dah aku terlepas dari bebanan exam.banyak jugak rupanya benda yang aku dan kawan2 aku nak buat.tapi memandangkan raya korban dah nak dekat terpaksa la aku cancle mana2 benda yang xpenting utk dibuat.tambahan pulak ummi ngn abah aku pun awal2 lagi dah tanya nak blk bila.kenapa tak boleh balik awal.lepas tolak2 yang mana tak patut, hari ni aku dengan kawan2 biotek yg lain bersepakat mendaki Broga Hill yang terletak dkt semenyih.mula2 nak naik bukit ni memang excited.mana taknya first time nak hike.dah terbayang diri kat puncak bukit.tapi malangnya, panas disangka ke petang hujan pulak di tengah hari.bila dah dekat berapa percent lagi nak sampai kat puncak pertama, hujan lebat tak berenti2 turun.kabus pulak menebal.memang trasa sejuk sampai ke tulang.mengiggil kat atas tu.ujian buat kami yang baru first time hiking.

Disebabkan hujan, ramai pendaki2 yang dah berada kat atas lebih awal utk menyaksikan matahari terbit berpusu2 turun.dalam kekalutan nak meneruni cerun Broga yang mengerunkan tu, ada antara pendaki yang bernasib malang jatuh bergolek2 ke bawah.memang mengerikan.disebabkan kejadian itu, kitorang mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pendakian ke puncak bukit dan untuk mengelakkan daripada ada yang tercedera, kami berusaha meneruni cerun dengan strategi kami sendiri.arahan dari kawan yang dah selamat turun kepada kawan yang sedang turun memang sangat membantu.Alhamdulillah..dari situlah aku nampak semangat setiakawan dan kerjasama antara kami sememangnya tinggi.terima kasih yang tak terhingga buat kawan2ku untuk pengalaman yang cukup bermakna ini.walaupun jari ini masih sakit untuk menaip, tapi aku gagahkan jua jari ini untuk mengukir satu catatan pengalaman yang sangat indah untuk dikenang bersama suatu hari nanti..


-Broga Hill..Here we are!!-
-Kawan2 cuba membantu-

Ahad, 29 November 2009

Dari Malaysia ke Edinburgh..

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang telah menyempurnakan hajat diri ini utk menjejakkan kaki ke negara asing..


25/11/2009- Memulakan perjalanan dari kelantan dengan menaiki kereta yang dipandu oleh abahku ke AU 3,KL (rmh mak spupu) selama hampir 8 jam dan bermalam di sana.

26/11/2009- Bertolak ke LCCT-KLIA utk berlepas ke Stansted,London yang dijangka berlepas kul 3.50ptg.bersamaku,abah,umi n adik.semasa bertolak dari sini, tiada sebarang masalah yg timbul.pada mulanya aku agak keberatan nak bertolak dari LCCT maklum la sblm ini perkhidmatan yg diterima oleh aku oleh staf AirAsia agak buruk. tapi alhamdulillah, pada hari berkenaan aku dan keluarga menerima layanan yg mesra skali drpd mrk.hanya pihak imigresen yg kurang sopan skit dgn pelanggannya. kami bertolak pada kul 4 ptg dgn menaiki pesawat AirAsia X, D7 2008.penerbangan yg agak selesa bagi abahku tapi tak bagi aku sbb tidurku sentiasa diganggu oleh pramugari2 AirAsia.jual cenderahati la mknn la..huh..perjalanan ke Stansted yang mengambil masa 13 jam 40 minit ini telah mnyebabkan kepalaku pusing, kakiku cramp, pinggangku sakit dan mcm2 lagi..hu3.. setibanya di Stansted, London kul 10 mlm (waktu London)..kami terpaksa melalui tmpt imigresen skali lagi utk check our passports..memang kecut la perut aku 1st time kna explain dgn diorang nape aku dtg sini.klakar pn ada kalo pikir balik sbb om putih tu kena tipu bulat2 ngn aku..hik3..syukur la aku lepas gak dari sekatan mrk..

27/11/2009-lps jmp ngn abe long kt airport kul 12am..kami bergegas bertolak dari sna ke Edinburgh, Scotland (rmh abe long) yg mngambil masa 7 jam plk..huh..terkejut gak aku mula2 dgr abg aku ckp..dgn kakiku yg cramp lps hampir 14 jam dlm flight plus ngn 7 jam lg..huh..mmg memenatkan..kluar je dr bgnn airport, udara London yg mencecah 6 darjah celcius menyambutku dan cukup utk membuatkan wap yg kluar dari hidung dan mulutku berasap..mcm berada dlm freezer..
dalam perjalanan kami ke Edinburgh, kami sempat singgah ke satu stesen minyak, Taxaco.kami bertuah krn dapat berjumpa dgn rakyat Malaysia yg kebetulan bekerja di stesen minyak tersebut. dlm kul 7am, kami sampai kt rmh abe long.ingtkan kat London yg plg sejuk rupa2nya kt Edinburgh lagi sejuk.tp Alhamdulillah perjalanan yang lancar tanpa sebarang masalah (jln yg straight, xbyk liku2 cm jln dari kelantan ke KL) telah membuatkan aku redeem blk aku punya tidur..hik3.. raya korban kat sini xrasa lansung..tp ramai gak kwn2 abg aku buat open house..berkumpul ramai2 rase seperti berada di mlaysia..mereka kebanyakannya sudah berkeluarga,bekerja n menetap di sana..

28/11/2009- 1st time merasa malam yang panjang..maghrib kul 4, isyak kul 6, subuh kul 6 pagi, zohor kul 12, asar kul 2..kna sentiasa alert ngn time sembahyang...


----------catatan ini pd asalnya to be continued.tapi kerana terlalu lama nak tunggu masa yang sesuai akhirnya tak dapat jugak untuk aku sudahkan.untuk mempercepatkan masa mengepost catatan aku ini, dengan ini aku summarizekan..

Pengalaman masa pergi ke Scotland ini memang tersangat indah dan ianya tak pernah dapat aku bayangkan sebelum ini.rasa sejuknya, suasana dan pemandangan di sana, membeli-belah kat sana (1 paun = RM 5.80..barang tersangat mahal.beli apa yang patut jer.sori wat kawan2 coz xdapat beli sourvenir untuk semua.xcukup duit..hu3), menaiki flight selama 20 jam lebih, menjadi 'tour guide' dan 'translator' kepada umi dan abahku, speaking english walaupun tahu diri ini tak lah pandai sangat, bawak beg yang tersangat berat sorang2 tanpa dibantu dan nasib baik time nak angkat beg letak kat ruang baggage atas flight tu ada yang sudi menolong tanpa disuruh dan time nak bawak turun pun sama..dan banyak lagi kenangan yang memang tak dapat aku lupakan.terutama sekali bila dapat dukung my cute little nephew, Asyraf Fikry B. Zool Hilmi..^_^..gembira tak terkata..dan tatkala aku dapat mengembirakan kedua ibu bapaku yang mana memberikan aku pengajaran bahawa tak sia2 mereka hantar aku belajar tinggi2 kerana dapat jugak aku membantu mereka sampai ke London dan Scotland..
SYUKUR PADAMU YA ALLAH KERANA TELAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN KAMI..ALHAMDULILLAH..

~Edinburgh Castle, Scotland..suhu mencecah -2 degree celcius..tersangat sejuk~


~Edinburgh city, Scotland..jalan2 jer.tak beli pun.barang mahal + makanan tak halal~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...