Jom Click

Sabtu, 20 Oktober 2012

Semangatnya!!

Assalamualaikum w.b.t..

Sebut je pasal BOLA. Tak payah panjang2 cukup satu patah je, berpatah2 keluar cerita pasal bola. Tu baru sebut tak tanya lagi tu. Kalau tanya memang sah satu buku boleh buat ceritanya. Sebelum ni ada la jugak niat nak tulis pasal gelagat anak2 kelantan pasal bola. TRW aka The Red Warriors. Sejak aku bermaustautin di Kelantan ni (macam la baru je duk kelantan) maksud aku selepas tamat belajar dan back for good banyak benda yang aku dapat tahu pasal orang kelantan. Salah satunya adalah fanatik tentang bola sepak. Mana2 je kalau aku keluar mesti ada yang pakai baju merah tertulis The Red Warrior dari sekecik2 budak sampai la sebesar2 dewasa. Yang paling senang jumpa dekat sekolah la. Disebabkan kelas fardhu ain murid2 diberi kelonggaran untuk menukar uniform sekolah, jadi kebanyakan mereka memilih memakai jersi. Tak kira la yang TRW ke MU ke macam2 lagi la kelab2 bola sepak. 

~Asyraf with his TRW jersy~

Betapa fanatiknya budak2 ni dengan bola. Semua pasal bola diorang tahu. Nama2 pemain siap dengan nombor pemain tu sendiri dapat diorang ingat. Suatu hari masa aku mengajar kelas tuisyen, aku ada tersebut pasal bola. Jadi budak2 ni apa lagi bukan main syoknya diorang bercerita pasal bola sampai aku tanya soalan 'Farid, nombor 9 ape jawapannya?' dengan konfidennya dia boleh jawab nama pemain yang pakai jersi nombor 9. Memang kelakar. Minggu lepas aku masuk kelas 4 Mawar (kelas yang ketiga) untuk jaga periksa akhir tahun Bahasa Inggeris. Masa menjawab 50 minit tapi belum sampai 15 minit dah siap. Tembak katanya sebab tak reti nak jawab. Aku cakap BI ni penting. Orang main bola pun guna BI. Disebabkan aku tersebut pasal BOLA tanpa ditanya terus bercerita pasal TRW yang disayangi. Sebut je depan mereka xpayah tanya dengan senang hati je mereka bercerita pasal bola.

Malam tadi Final Piala Malaysia antara TRW dan ATM. Rasa2 berapa kerat je orang kelantan yang tak tengok perlawanan malam tadi. Walaupun perlawanan dekat Shah Alam tapi dapat rasa keghairahan penyokong2 kelantan yang ada di kelantan malam tadi. Mana taknya, tiap kali masuk gol berdentum bunyi mercun macam time malam2 raya. Ni baru duk kat rumah. Kalau duk kat stadium tak tahu la macam mana. Dan kalau malam tadi Kelantan kalah rasa2 boleh runtuh Stadium Shah Alam (ni ummi yang cakap). Tengok sajalah suasana dalam stadium penuh dengan warna merah. Bak kata najib 'Gelombang Merah'. Nasib malam tadi tak jadi tsunami merah. 

~Peyokong Kelantan di Stadium Shah Alam semalam~

Satu kebaikan yang dapat diambil dari bola ni adalah semangat ukhuwah sesama peminat bola. Dengan bola semua bersatu. Tak kira dari fahaman politik yang berbeza sama2 bersatu. Itu yang aku suka. Dengan bola hubungan keluarga dan adik beradik jadi mantap. Sama2 minat bola sama2 sokong pasukan yang sama. Walaupun aku ni tak minat tengok bola tapi disebabkan kebaikan ini aku duduk sekali dengan diorang sebab masa inilah kita sekeluarga dapat bersama. Cuma nak diingatkan janganlah fanatik sangat dengan bola sampai kita lupa masa kita dengan Allah iaitu solat. Amalkan Wasotiyah (kesederhanaan) dalam setiap perkara yang kita buat agar Allah sentiasa dihati kita setiap detik.          

~Long, Lee, Ngoh bergambar di stadium. Minat menyatukan mereka~

Selasa, 18 September 2012

ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

ANTARA ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT IALAH:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

**Tambahan: Juga beristighfarlah 25 kali setiap hari untuk seluruh muslimin dan muslimat.

9 . Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ “

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.

Source: http://1khalifah.wordpress.com/tag/malaikat/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...