Jom Click

Selasa, 25 Oktober 2011

Perjalanan ke Tanah Suci (1)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
-Gambar yg sempat kuambil selepas selesai tawaf wida'-
(kelihatan semakin ramai jemaah memenuhi masjid ketika memasuki fasa terakhir Ramadhan)

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang memberikan aku peluang untuk berkongsi cerita dan pengalamanku di Tanah Suci Makkah dan Madinah di laman blog ini yang sudah lama kutunggu2 saat dan detik ini.bukan mahu menunjuk2.tetapi sekadar bercerita mengenai keistimewaan bumi suci kurniaan Allah kepada umatNya yang tiada tolok bandingnya.menjejakkan kaki di bumi Makkah dan Madinah sudah semestinya menjadi idaman kalbu setiap umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya. Sudah tentu timbul perasaan rindu terhadap sesuatu yang belum pernah ditatap oleh mata tetapi di hati tetap merasa kehadirannya. Perasaan rindu itu ialah rindu untuk melihat kaabah yang selama ini menjadi kiblat setiap kali solat dan juga rindu untuk menziarahi Rasulullah yang telah meninggalkan harta pusaka yang sangat bernilai iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan hidup kita. Sudah pasti ramai di antara kita yang ingin merebut untuk solat di Masjidil Haram yang ganjaran pahalanya menyamai 100, 000 pahala juga tidak ketinggalan untuk solat di Masjidi Nabawi yang ganjarannya menyamai 1000 pahala. SubhanAllah..amatlah rugi jika kita mempunyai rezeki untuk ke sana tetapi menolaknya.

Alhamdulillah..syukur kepada Allah S.W.T yang telah memurahkan rezeki aku dan kedua ibubapaku untuk melaksanakan umrah dan ziarah di Tanah Suci Makkah dan Madinah pada pertengahan bulan puasa yang lepas (9/8-20/8/2011).bila diri ini dipanggil oleh Allah untuk ke sana rasa rindu di hati ini memang xtertahan.persiapan dari segi material langsung tidak dipedulikan kerana bagiku yang penting adalah persiapan dari segi rohani iaitu pengisian ilmu di dada yang harus ada untuk menjadi bekalan semasa melakukan ibadah di sana.apa yang dibawa olehku hanyalah sehelai telekung dan sehelai jubah untuk persalinan di sana nanti.cukup berbeza jika dibandingkan dengan pengalamanku ke Scotland dua tahun lepas yang dimana pakaian saja hampir 15kg.berbekalkan kursus umrah selama sehari dan buku panduan umrah dapat mengukuhkan sedikit pemahaman aku yang agak blur tentang ibadah tersebut walaupun pernah mempelajarinya secara basic di maahad dulu.

Penerbanganku tiba di Jeddah pada waktu malam dan suhu ketika itu adalah 32 darjah celcius.bahang panas kering menerjahku sebaik keluar dari pintu kapal terbang MAS.disebabkan rasa teruja aku abaikan bahang panas tersebut.dan demi rasa terujaku itu terdetik dihatiku untuk mencari ataupun 'spot' sesuatu perbezaan yang mungkin tiada di tempat lain.dan apa yang dapat aku 'spot' adalah terdapat beberapa orang pekerja di kawasan airport tersebut sedang solat bersejadahkan kain di atas jalan disebalik bangunan.SubhanaAllah..walaupun sibuk menguruskan beribu2 jemaah yang tiba dengan penerbangan masing2 ketika itu para pekerja ini tidak melupakan tanggungjawab mereka sebagai hambaNya. dan buat pertama kalinya juga aku berpeluang untuk solat di kaki lima terminal yang mungkin menjadi suatu benda yang dipandang pelik dan aneh jika dipraktikkan di Malaysia sendiri.

Pengalaman berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah memang cukup berbeza sekali dan boleh dikatakan bezanya 360 darjah jika dibandingkan dengan tempat lain seperti di Eropah dan juga Malaysia. Bezanya adalah mereka yang ke sana datang dengan niat yang satu iaitu untuk beribadah kepada Allah. Panas, lapar, dan dahaga langsung tidak menghalang niat positif mereka ini. Maka tidak hairanlah Masjidil Haram dan Masjdi Nabawi tidak pernah sunyi dengan solat jenazah pada setiap kali selepas solat fardhu. Aku dikhabarkan seramai 5 juta orang jemaah di Makkah semasa aku berada di sana. Begitu ramainya jemaah bagai aku berada dalam lautan manusia ketika mahu mencari ruang untuk solat dan berhimpit untuk keluar dari masjid.

Betul kata Ustaz Ghani (pengarah urusan Batuta Travels and Tours yang menjadi pembimbing kumpulan kami) sebelum kami berangkat ke Tanah Suci: setiap jemaah haji dan umrah memang xdapat lari daripada ujian Allah. apa yang penting katanya adalah perbanyakkan bersabar.ketika mendengar nasihat beliau ini terdetik dibenakku jenis ujian yang bagaimanakah yang dimaksudkan oleh beliau.pertanyaanku ini terjawab apabila merasai sendiri ujian tersebut..(akan disambung..InsyaAllah)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...