Jom Click

Isnin, 30 Disember 2013

Bawal Korean Chiffon

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni aku nak promote skit produk terbaru dari Muslim In House iaitu Tudung Bawal Korean Chiffon Bidang 45. Kepada peminat2 bawal sekalian, anda mesti terpikat dengan tudung ini. Ada yang suka bawal tapi risau nak pakai sebab jarang (macam saya.. ;) ).. JANGAN risau lagi, Tudung Bawal Korean Chiffon ini walaupun tak tebal tapi kainnya tak jarang. Ok! Ini adalah salah satu kelebihan tudung ini.

Kelebihan2 Tudung Bawal Korean Chiffon adalah:


1) Kain yang lembut, sejuk dan flowy bila pakai (High Quality Korean Chiffon).
2) Tidak jarang.
3) Senang bentuk.
4) Tidak mudah tertarik jika terkena benda tajam seperti pin.
5) Tidak mudah berkedut.
6) Sesuai digayakan dengan pakaian casual (santai) ataupun rasmi.


 Price: 1 pc RM23 exclude Postage + RM6 (sm)/ RM10 (ss)




~Antara Warna Yang Masih Available~ 



BERMINAT?? PM kami @ Muslim In House ^_^


Selasa, 22 Oktober 2013

Kisah Sekarang

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah..syukur masih lagi diberi kesihatan yang baik oleh Allah.dah lama rasenya xupdate blog.rindu nk berceloteh tp xtau nk bercerita psl apa.tengok kat stats blog Pelangi Senja ni, ramai gak yang search pasal soalan temuduga KAFA.agaknya ramai yang apply jadi guru KAFA.terus terang aku katakan pengalaman menjadi guru KAFA agak menarik dan sangat2 best.boleh dikatakan hati rasa tenang walaupun kena berdepan dengan karenah murid2 yg pelbagai. mungkin disebabkan aku minat mengajar. kawan2 sekerja pulak sangat2 low profile dan senang utk bergaul. senang cerita memang seronoklah. Bagi yang apply utk menjadi guru KAFA aku ucapkan selamat menduduki temuduga dan semoga berjaya. InsyaAllah kalau niat kita kerana Allah, Allah akan permudahkan urusan kita. Menjadi guru bukan senang sebab bermacam dugaan yang harus ditempuh termasuklah menghadapi karenah budak2 zaman sekarang..ok tamat pasal KAFA..

Ramai jugak yang search pasal bedak Arab walaupun sekarang ni bedak Arab tak sepopular awal kemunculannya tapi aku percaya masih ramai lagi yang belum try bedak ni. lagi satu, bagi pernah memakai dan merasai hasilnya, aku percaya mereka pasti tercari-cari bedak Arab untuk repeat order. Bagi yang nak order boleh PM di page Muslim In House. Sekarang ni Promosi Penghabisan stok sedang berlangsung. Hanya tone Russet (untuk kulit sederhana/natural) saja yang tinggal. Harga bedak Arab utk 1pc sekarang RM39 Free Postage (untuk Sabah dan Sarawak tambah RM3). Harga asal 1pc RM55. Sekarang ni bedak Arab dah ramai yang tak jual sebab stok bedak Arab dari Mesir agak susah utk lepas. Tambahan plk dengan keadaan di sana yang masih tak aman. Semoga keadaan di Mesir akan kembali aman seperti sedia kala. Semoga Allah memelihara ilmu serta memberi keselamatan kepada para ulamak dan ilmuan di sana..Aminn..

Hobi atau minat terbaru aku? Bela kucing! Memang susah nak percaya. Mana taknya dulu aku tak suka dengan kucing sebab bulu dia dan disebabkan kucing aku pernah kena demam sampai 2 minggu. Tp sekarang ni banyak masa aku spend dengan 4 ekor anak kucing dan 1 ekor ibu kucing. Rutin harian pun berubah. Terasa macam ade anak sendiri plk. Kena bagi makan, kena layan karenah dia, kena selalu belai. Dan sekarang ni plk, ade sekor yang demam kena cacing. Kena bagi perhatian lebih. Sampaikan kalau pergi mana2 mesti tak blh lame sbb teringtkan dia. Risau betul sebab dah 2 hari xmakan. Hari ni nampak ok skit, banyak berjalan dan minum. Nasib baik aritu sempat beli ubat cacing dapatlah suap kt dia. Punya la susah nak bagi dia minum. Kadang2 kesian jugak tengok dia meronta2 tapi nak wat macam mana. Terpaksa bagi jugak. Macam aku dan ummi paksa Asyraf time kecik2 dulu makan ubat. Punya lah susah. Kena pegang kaki tangan dan paksa buka mulut. Tapi last2 dia sembur balik ubat kat kita. Hahaha.. Betul2 menguji kesabaran kita.

~Puteh, Lala , Kiko. Bubu xde lak time ni. Ni gambar baru lps bangun tido. Tertido atas kayu sebab tak dapat turun. Comel jer.. Ya Allah..berilah kesembuhan kepada Lala. Semoga dia kembali aktif seperti sedia kala.Aminn..~ 

Orang yang ada anak mesti banyak pengalaman berdepan dengan 1001 gelagat dan telatah mereka. Kawan sekerja aku ada berpesan, masa bujang2 la kena banyak buat amal ibadat seperti ibadat sunat sebab nanti dah kawin dan ade anak agak susah untuk cari masa utk beramal. Ada betulnya jugak kata2 dia. Allah pun ada berfirman yang harta dan anak2 adalah fitnah ataupun cubaan. Maksudnya, harta dan anak2 jika salah cara pengurusannya Allah akan jadikan kita sibuk sampai lupa pada Dia. Inilah fitnah akhir zaman yang sangat ditakuti. Moga Allah jauhkan kita daripada fitnah akhir zaman ini.      

Rabu, 20 Februari 2013

Bedak Arab Kokuryu

Assalamualaikum w.b.t

~BEDAK ARAB KOKURYU~

Sebelum ni, aku tak pernah terdengar lak kewujudan bedak Arab Kokuryu. Orang yang pertama kenalkan adalah sepupu aku sendiri yang pernah pakai bedak ni. Dia cakap bedak ni lain daripada yang lain. Bedak ni 3 dalam 1 iaitu dengan bedak ni kita dapat 3 benda iaitu foundation, moisturizer, dan jugak powder. Cara guna bedak arab, yang pertama skali kena basahkan span dan baru sapu kat bedak. Dia cakap bedak ni boleh hilangkan jerawat. Mula-mula aku macam tak berapa nak percaya sangat bedak ni. Tapi lepas balik google baru tahu yang bedak arab ni memang sangat famous dan dah ramai yang pakai. Aku apa lagi terus order. Lepas pakai baru rasa memang bedak ni lain daripada yang lain. Lain yang macam mana tu?

1) Bedak ni adalah water-based (macam bedak sejuk). Jadi, bila pakai muka kita tidak nampak berminyak.

2) Bedak ni cepat meresap ke dalam kulit sebab particle bedak ni yang halus dan kecil. Kalau kita tak basahkan span, bedak ni tak akan melekat pada span.

3) Lepas 1 hari try, jerawat kecil kat muka aku terus menghilang tanpa dikesan. Lagi satu, lepas bebarapa hari pakai liang pori muka semakin mengecil dan muka terasa licin seolah2 bedak tu masih lagi melekat kat situ walaupun tak pakai. Part ni memang best!!^_^

4) Dalam 2 minit je pakai bedak ni, muka macam baru lepas di make-up oleh professional. Nampak natural dan tak nampak macam pelakon opera sebab warna bedak ni cepat blend dengan kulit kita.

5) Bedak ni sangat wangi. Bukak je bedak ni depan kawan, dia cakap, "Bau wangi la. Bukan bedak ni kan yang wangi?", aku jawab, "Bedak ni la yang wangi." Sampai tak percaya kawan aku yang bedak arab ni wangi.

6) Bila berpeluh, muka kita nampak lagi cantik sebab peluh kita meratakan lagi warna bedak. Aku kerja petang jadi memang kuat berpeluh, bila pakai bedak ni nampak steady je muka sampai la balik.

Bila pergi sekolah hari tu dengan pakai bedak ni, semua kawan2 pandang dan ada yang terus nak beli. Dan ada yang tak sempat nak beli call aku malam2 tanya pasal bedak arab ni. Dia nak jugak pakai sebab tak tahan tengok aku pakai nampak elok. Boleh lak camtu ye kak. Tak pe la sebab memang bedak ni special dan banyak kelebihan. Ini adalah pandangan peribadi aku si pemakai terhadap bedak arab Kokuryu. Dan sapa2 berminat nak dapatkan bedak ni dengan harga special boleh la email ke musliminhouse@yahoo.com. Sekarang ni Muslim In House ada wat promosi beli 1 bedak dapat free sarung kaki sandy dan free postage.

~LIKE kami di FB http://www.facebook.com/nuramtc

Rabu, 16 Januari 2013

Dia Kekasih Allah


Lirik Lagu Dia Kekasih Allah 
oleh Hijjaz
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah


Perbanyakkan selawat kepada baginda tanda cinta dan ingatan kita pada baginda S.A.W. 
Allahuma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aali sayyidina Muhammad.. 
Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (HR Ibn Mas’ud r.a)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...