Jom Click

Jumaat, 21 Disember 2012

Umrah-->Ihram-->Takwa

Kata Ustaz Don umrah itu mengajar kita erti takwa.  Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?". Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa". Dalam melakukan ibadat umrah, seseorang itu wajib berada dalam keadaan ihram. Ihram umpama kita melalui jalan berduri kerna berada dalam ihram bermakna kita berada dalam keadaan berpantang atau berhati2. Banyak pantang larang yang harus kita jaga semasa berihram. Inilah yang dinamakan takwa. Allahuakbar..begitu indah Allah susunkan peraturan buat kita. Peraturan yang membentuk diri kita supaya berdisiplin dalam hidup. Kalau kita teliti dan muhasabah diri, kita pernah solat dan banyak pantang larang ketika solat kita kena jaga begitu juga puasa. Alangkah bertambah indahnya lagi jika kita dapat melengkapkan rukun islam yang kelima iaitu menunaikan haji atau umrah. Bagi yang pernah menunaikan haji dan umrah, bersyukurlah kerana anda telah melengkapi kelima2 rukun islam. Bagi yang belum berkemampuan, cuba kita renung sejenak adakah kita tidak merasa teruja ingin berada dalam ihram?Menjaga pantang larang ketika dalam ihram sambil menunaikan rukun umrah atau haji dapat menguji sejauh mana ketakwaan kita kepadaNya. Subhanallah.. Ayuh para syabab kita berusaha mengumpul duit dan juga ilmu untuk menunaikan umrah atau haji. Dengan keinginan yang mengalir dalam diri kita ini, insyaAllah Allah pasti akan menjemput kita menjadi tetamu di rumah suciNya suatu hari nanti. Jangan lupa untuk sentiasa bertalbiyah semoga Allah dengar suara hati kita untuk menjadi tetamuNya. Aminn..

(Ingin buat tabungan umrah? Klik di sini.)

Rabu, 19 Disember 2012

Permohonanku PadaMu

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah kerana dengan izin dan limpah rahmatMu hari ini aku berjumpa lagi dengan tarikh keramat 19 hari bulan 12 kalendar masihi. Bermakna genap 23 tahun sudah aku bernafas dan hidup di muka bumiMu Ya Allah. Entah berjumpa lagi atau tidak dengan tarikh ini pada tahun hadapan. Kerna aku tahu ajal dan maut di tanganMu. Bertambahnya umur bermakna semakin dekatlah aku dengan kematian. Janganlah kau jadikan aku cinta pada dunia dan takut pada mati. Sekiranya ajalku datang maka Kau akhirilah hidupku dengan pengakhiran yang baik. Alangkah indahnya jika kalimah terakhir yang keluar dari bibirku adalah kalimah 'La Ilahaillallah' dan aku tenang kembali padaMu. Jika umurku masih panjang, berilah daku petunjuk dan rahmatMu yang tidak putus2 agar aku sentiasa berada di jalan lurusMu iaitu jalan mencari cinta dan redhaMu. Ya Allah, aku tahu bukan senang untuk mendapatkan cintaMu jika hanya mempunyai iman senipis kulit bawang dan dengan amal ibadah yang tak seberapa. Tapi Ya Allah biarkanlah aku terus mendamba untuk meraih cintaMu kerna aku tahu cinta ini Halal lagi Suci dan cinta ini juga yang dapat membawaku ke syurga. Malu aku padaMu ya Allah untuk berangan-angan menjejakkan kaki ke syurgaMu sedangkan aku tahu syurgaMu lebih mahal dari segala2nya yang ada di bumi ini dan aku juga tahu yang amalanku walaupun bertahun-tahun belum tentu dapat menempah tempat di syurgaMu. 

Ya Allah.. jika sepanjang hidupku di dunia ini banyak dosa yang telah aku lakukan, aku pohon agar dosa2ku ini diampunkan olehMu. Ya Allah.. jika sebelum ini aku jauh dariMu maka aku pohon agar hari2 yang mendatang aku lebih dekat denganMu. Ya Allah.. jika sebelum ini aku sentiasa lalai dalam mengingatiMu maka aku pohon agar hari2 yang mendatang setiap hela nafasku aku sentiasa mengingatiMu. Ya Allah..jika sebelum ini aku telah memilih jalan yang salah maka aku pohon agar aku dapat kembali dan tetap di jalan lurusMu. Ya Allah... jika sebelum ini aku kurang mengasihi orang lain maka aku pohon agar aku dapat berubah menjadi seorang yang penuh dengan kasih sayang dan mengasihi saudara2ku melebihi kasihku pada diriku sendiri. Ya Allah.. jika sebelum ini amal ibadahku tidak seberapa maka aku pohon agar hari2 mendatang aku sentiasa istiqamah dalam memperbaiki amalan2 wajib dan meningkatkan amalan2 sunat. Ya Allah kerana Engkau Maha Kaya dan sudi memperkenankan doa hamba2Mu maka aku pohon agar permintaanku ini dapat dikabulkan olehMu. Kerana aku mahu bercinta denganMu ya Allah dan kerana syurgaMu yang mahal izinkan aku menjadi hambaMu yang solehah yang sentiasa taat akan segala perintah dan syariatMu.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut ayat 64)    

Bersabda Nabi S.A.W., "Ya Allah jadikan hidupku penambahan kebaikan, dan jadikan matiku dalam kerehatan." 

Ahad, 9 Disember 2012

Sempurnakan Iman Kita

Assalamualaikum w.b.t..



Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.”-Riwayat Bukhari dan Muslim. 

  
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...