Jom Click

Ahad, 16 Januari 2011

Dia.. Perempuan Melayu Terakhir..


Bismillahirrahmanirrahim..

Tak pernah ku jumpa orang yang seramah dia. Walaupun kami tak pernah kenal sebelum ini, disebabkan keramahannya menyapa aku, rasa kekok untuk berbual dengannya terus hilang. Senyuman selalu terukir di bibirnya dan tak pernah pudar tatkala berjumpa denganku. Ucapan yang keluar dari mulutnya elok tersusun dan sedap didengar. Alangkah beruntungnya ibu dan kakaknya. Mempunyai anak dan adik yang cantik budi bahasanya. Dengan wajah yang cantik jelita, badan yang tinggi lampai dan kurus cukup untuk aku katakan dia seorang gadis rupawan dan mempunyai ciri2 perempuan melayu terakhir. Tapi di sebalik keelokan yang ada pada gadis ini, terselit satu kesilapan besar yang dilakukannya. Dari segi pemakaiannya, sukar untuk aku tafsirkan. Dari apa yang diceritakannya cukup bagiku untuk membuktikan yang dia seorang yang baik budinya dan akhlaknya. Tapi kenapa terjadinya hal yang sedemikian? Adakah sudah menjadi kebiasaannya memakai 'dress' ataupun 'skirt' yang hanya menutupi separuh pahanya? Mungkin juga dia sangat mengagumi orang2 barat sehinggakan dia sanggup meniru pemakaian dan cara hidup mereka? Sukar untuk aku membaca apa yang ada dalam hatinya. Cuma satu perkara yang terdetik di hatiku. Perkara sebegini hanya boleh berlaku sekiranya ilmu agama tiada dalam diri. Ilmu agama yang diamalkan akan membuahkan iman. Bila iman tiada dalam diri banyak benda2 yang tak elok dan tak terjangka wujud dalam diri manusia itu. Moga kita sama2 muhasabah diri. Sempurnanya iman seseorang terletak pada kesempurnaan diri dan hatinya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

” Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakanyang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.”

-Riwayat Bukhari dan Muslim-

Dan doaku agar si gadis ini berubah menjadi seorang mukminah yang solehah yang mengekalkan ciri2 keperibadian yang indah. Moga diri ini juga dapat menjadi mukminah yang solehah dan mempunyai keperibadiaan yang unggul seperti unggulnya iman dan peribadi Siti Khadijah RA..Aminn..

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...