Jom Click

Ahad, 9 Disember 2012

Sempurnakan Iman Kita

Assalamualaikum w.b.t..



Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.”-Riwayat Bukhari dan Muslim. 

  
  

2 ulasan:

Mohd. Hasrizal Hasim berkata...

Assalamualaikum..

Baru-baru ini saya menghadiri seminar usahawan AMTC. Sebelum hadir saya sangat berminat. Setelah hadir saya rasa macam seolah-oleh sahabat mutawif ini sepertimana agen-agen pelancongan yang lain.

Belum apa-apa hal dah nak kena bayar $2490.00 untuk jadi sahabat mutawif. Selain business travel agent yang membawa jemaah, AMTC juga nampaknya buat business untuk kursus mutawif dan seminar usahawan.

Saya berminat tapi tak jelas modus operandi syarikat. Khuatir nanti selepas invest $2490.00, nak dapat 'return' pun tak pasti. Betul, yang penting ilmu yang diperolehi. Tetapi....adalah berbaloi dengan jumlah tersebut. Mungkin ada organisasi lain yang anjurkan kursus sama yang lebih menjimatkan...

nursempurna berkata...

Waalaikummussalam

Saya sepatutnya delete entry ni sebab dah lama saya tak berurusan dengan AMTC. Betul apa yang saudara rasa. Saya pun rasa agak terkilan dengan cara pengurusan mereka yang hanya ingin mengaut keuntungan semata2 tanpa menjaga prinsip utama seperti yang dijanjikan oleh pihak mereka sebelum ini. Saya terkejut dengan nilai bayaran yang saudara nyatakan. Sebelum ini saya hanya membayar RM1800 (kalau tak salah) untuk menjadi Konsultan AMTC. Tapi hingga ke saat ini saya masih belum dapat gunakan baucer yang diberi untuk ke Tanah Suci. Disebabkan harga pakej umrah yang ditawarkan AMTC jauh lagi mahal daripada agen2 umrah yang lain. Namun, Alhamdulillah Allah kabulkan hasrat saya untuk ke Tanah Suci sendiri (bersama keluarga) tanpa melalui AMTC. Dalam hati hanya Allah yang tahu perasaan membuak2 untuk ke Tanah Suci tapi kesempatan ini seolah2 'dicuri' ketika itu.

Sebenarnya ramai yang email dan berjumpa dengan saya untuk menyertai sebagai wakil atau konsultan AMTC. Tapi saya tolak dan tidak memberikan respons sebab saya takut mereka akan jadi seperti saya. Bayangkan ada yang tiada duit sanggup untuk pinjam duit semata2 nak jadi wakil AMTC. Sedih sangat bila orang gunakan nama agama untuk kepentingan peribadi. Berapa ramai konsultan AMTC yang bersama2 saya gulung tikar bila objektif yang sebenar tidak menampakkan hasil.

Terima kasih saudara sudi ziarah ke blog saya dan tinggalkan pendapat saudara di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...