Jom Click

Jumaat, 7 Mei 2010

Tak kenal maka tak cinta..

Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi hidayah pada diri ini untuk menghadiri ceramah "Tears of Palestine" yg diadakan semalam di Sunway College. Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr. Abdullah Ma'rof (kalo xsilap..lupa nk catat nama die smlm..he3) telah membuka mata para hadirin tentang tempat yang diberi nama Masjidil Aqsa yg juga merupakan kiblat pertama umat islam. Dr. Abdullah berasal dari Jerusalem dan juga pernah berkhidmat di Masjidil Aqsa. Dalam ceramah ni, beliau ada bertanya "Kenapa anda sayang sangat Palestin?Kenapa anda sayang pada Masjidil Aqsa? sedangkan anda xpernah menjejakkan kaki di bumi Palestin apatah lagi melawat Masjidil Aqsa". Soalan yang xpernah terlintas dalam benak fikiran aku selama ni. Hurm..kenapa ek? aku sendiri pun xpernah tahu di mana lokasi sebenar Masjidil Aqsa. Pernah jugak terdengar nama the Dome of the Rock. tapi betul ke itu Masjidil Aqsa?

betulkah ini Masjidil Aqsa??

Daripada penceritaan Dr. Abdullah, the Dome of the Rock merupakan sebahagian daripada Masjidil Aqsa dan ia dinamakan sedemikian kerana ia telah dibina di atas batu. Dengan keluasan 3000 meter persegi, masjid ini dikenali sebagai masjid tercantik kerana kubahnya dibuat daripada emas dan dalamnya juga diselaputi oleh emas dan dihiasi dengan ukiran dan batuan yang sangat cantik (xde gmbr lak nk tunjuk kt sini). Tempat ini juga menjadi saksi peristiwa nabi diangkat ke langit iaitu peristiwa Israk Mikraj.

Mesti ramai yang tertanya2 dimanakah lokasi sebenar Masjidil Aqsa..




Kalau anda dpt lihat daripada gmbr ni,yang berwarna merah itu adalah kawasan sebenar Masjidil Aqsa. Luaskan? Masjidil Aqsa ini terletak dalam kawasan Jerusalem dengan keluasan 144, 000 meter persegi. Dalam Masjidil Aqsa ini terdapat the Dome of the Rock (dalam bulatan kuning), Al-Jamiul Qalbi (dalam bulatan biru), dan Al-Musolla Al-Marwani (xberapa ingt tempatnya dalam gmbr ni). Al-Jamiul Qalbi terletak betul2 mengahala ke arah kiblat dan sangat besar yang boleh memuatkan 5, 500 org pada suatu masa. Mengikut apa yang diceritakan oleh Dr. Abdullah, mimbar asal masjid ini telah dimusnahkan oleh seorang warganegara Australia yg bernama Dennis Michael Rohan yang datang ke Palestin semata2 nk musnahkan mimbar ini. Mimbar asal masjid ini diberi nama Norruddin sempena nama pencipta mimbar ini dan ianya telah dibina 800 tahun yang lalu. Serpihan mimbar yg dimusnahkn ini ada dipamerkan di muzium bawah tanah Masjidil Aqsa.

Bercerita tentang bawah tanah, Al-Musolla Al-Marwani yang merupakan sebahagian Masjidil Aqsa terletak betul2 bwh satu dataran luas dlm Masjdil Aqsa. Musolla ini juga terhias cantik seperti the Dome of Rock dan Al-Jamiul Qalbi. Sayangnya gambar2 dalam masjid2 ini xada lak utk sy tunjukkan. Memang xdpt digambarkan betapa indahnya senibina masjid2 berkenaan. Bayangkan 7 tahun masa yang telah diambil utk membaiki lubang2 kecil kesan peluru tentera Israel semasa menyerang masuk the Dome of the Rock pada suatu ketika dulu. Padahal masa yg diambil utk menyiapkan seluruh bangunan ini hanyalah 6 tahun. Subhanallah..sungguh hebat umat Islam suatu ketika dulu. Ini xtermasuk lagi lampu2 hiasan yang besar yang mereka bina dlm masjid tersebut. Lampu2 hiasan yang kalau dinilai dengan harga pasaran sekarang ini mungkin mencecah ribuan ringgit dan hanya mampu dipakai oleh golongan yang berada sahaja.

Sungguh kagum sy apabila mengetahui rahsia sebenar Masjidil Aqsa. Dari luar kelihatan seperti bangunan yang xsiap, tapi dari dalam..Subhanallah..tiada kata yg dapat diungkap utk keindahan tempat ibadah yang pernah menjadi saksi bagi peristiwa2 bersejarah berlaku pada zaman kegemilangan Islam suatu ketika dahulu..sekarang baru saya tahu kenapa saya harus cinta pada Masjidil Aqsa.untuk mencintainya saya harus membelanya.bagaimana utk membelanya?bantulah rakyat Palestin yang berada di sana berjuang bagi pihak kita. InsyaAllah moga suatu hari nanti kita diizinkan oleh Allah utk menjejakkan kaki ke tanah suci Masjidil Aqsa..

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...