Jom Click

Rabu, 26 Januari 2011

Az-ziarah

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah untuk segala nikmat yang dikurniakan baginya kepada diri ini. Nikmat sihat, rezeki, masa lapang dan berbagai lagi nikmat yang diberikan kepadaku yang tidak dapat dihitung nilainya. Ya Allah..sesungguhnya diri ini tersangat kerdil untuk meminta2 sesuatu daripadaMu. Namun kutahu hanya dengan cara aku berdoa merayu sesuatu daripadaMu adalah cara yang terbaik dan paling mudah untuk aku selalu ingat padaMu. Dan Engkau sendiri menggalakkan umatMu untuk berdoa dan memohon hanya padaMu dalam Surah Al-Mukmin ayat 60 :

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."

Ya Allah..aku memohon kepadaMu..murahkanlah rezekiku agar aku berpeluang menziarahi bumiMu yang penuh barakah, Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawwarah. Hatiku ini sungguh tidak sabar untuk melihat dengan mata kepalaku sendiri Kaabah yang menjadi kiblat solatku selama ini dan hati ini tidak sabar untuk menjejakkan kakiku ke Masjidi Nabawi untuk menziarahi makam baginda Rasulullah S.A.W. Dan jika diizinkan aku juga ingin menziarahi jejak2 rasul2Mu di tanah arab seperti Mesir untuk aku melihat sendiri kawasan yang pernah menjadi saksi tersungkurnya keangkuhan firaun dan para pengikutnya kepada kehebatan rasulMu, Musa Alaihissalam, dengan izinMu ya Rabbi..Sungguh aku kagum dengan kekuasaanMu ya Allah.. Moga diri ini diizinkan untuk membuat suatu ziarah yang sangat bermakna dalam hidupku sementara aku masih lagi berada dalam nikmat sihatMu ya Allah..





~Gambar diambil oleh abangku, iji. tiba2 perasaan nak melawat ke sana membuak2..hu3~

Isnin, 17 Januari 2011

Anok Sapo la ni?

Like this picture..time scroll down kt fb tadi.aku tertarik dgn gmbr ni.tgk2 abang aku yg kt mesir upload gmbr ni.aku ingtkan budak dlm gmbr ni anak kwn dia.bile tgk gmbr ni btl2 rupa2nya anak buah aku sendiri.yg tgh meriba dia tu abah aku.nmpk muda lak dia.ingtkan abg aku td.he3..makin bertmbh2 geram dan rindu aku tgk gmbr dia ni..Asyraf Fikry cepat la blk..miss u so much!!

Ahad, 16 Januari 2011

Dia.. Perempuan Melayu Terakhir..


Bismillahirrahmanirrahim..

Tak pernah ku jumpa orang yang seramah dia. Walaupun kami tak pernah kenal sebelum ini, disebabkan keramahannya menyapa aku, rasa kekok untuk berbual dengannya terus hilang. Senyuman selalu terukir di bibirnya dan tak pernah pudar tatkala berjumpa denganku. Ucapan yang keluar dari mulutnya elok tersusun dan sedap didengar. Alangkah beruntungnya ibu dan kakaknya. Mempunyai anak dan adik yang cantik budi bahasanya. Dengan wajah yang cantik jelita, badan yang tinggi lampai dan kurus cukup untuk aku katakan dia seorang gadis rupawan dan mempunyai ciri2 perempuan melayu terakhir. Tapi di sebalik keelokan yang ada pada gadis ini, terselit satu kesilapan besar yang dilakukannya. Dari segi pemakaiannya, sukar untuk aku tafsirkan. Dari apa yang diceritakannya cukup bagiku untuk membuktikan yang dia seorang yang baik budinya dan akhlaknya. Tapi kenapa terjadinya hal yang sedemikian? Adakah sudah menjadi kebiasaannya memakai 'dress' ataupun 'skirt' yang hanya menutupi separuh pahanya? Mungkin juga dia sangat mengagumi orang2 barat sehinggakan dia sanggup meniru pemakaian dan cara hidup mereka? Sukar untuk aku membaca apa yang ada dalam hatinya. Cuma satu perkara yang terdetik di hatiku. Perkara sebegini hanya boleh berlaku sekiranya ilmu agama tiada dalam diri. Ilmu agama yang diamalkan akan membuahkan iman. Bila iman tiada dalam diri banyak benda2 yang tak elok dan tak terjangka wujud dalam diri manusia itu. Moga kita sama2 muhasabah diri. Sempurnanya iman seseorang terletak pada kesempurnaan diri dan hatinya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

” Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakanyang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.”

-Riwayat Bukhari dan Muslim-

Dan doaku agar si gadis ini berubah menjadi seorang mukminah yang solehah yang mengekalkan ciri2 keperibadian yang indah. Moga diri ini juga dapat menjadi mukminah yang solehah dan mempunyai keperibadiaan yang unggul seperti unggulnya iman dan peribadi Siti Khadijah RA..Aminn..

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Khamis, 13 Januari 2011

Dimana Subuh Kita?


Pagi yang ditiup angin saat menunaikan solat Subuh,

Sejuk sungguh angin pagi,

Enaknya jika nafsu dilayan untuk tidur,

Alhamdulillah kekuatan iman melepasi nafsu,

Saat tiba rumah Allah, senyuman terukir melihat warga emas,

Pagi-pagi bersemangat,suara yang lantang dan jelas...

Membincangkan hal-hal dan bicara khabar disaat menunggu azan.

Namun terdetik dihatiku...

Ke manakah pemuda-pemuda Islam?

Ke mana mereka pergi?

Di manakah mereka bersolat?

Tidak kira mana-mana masjid pun kebanyakannya bilangan jemaah pemuda yang hadir dapat dikira dengan jari...

Malah "tahi cicak" lagi banyak jika dibilang.

Tepuk dada tanyalah hati, adakah aku termasuk orang yang selalu menghadirkan diri ke masjid ketika solat Subuh?

Hati sayu mula merasai, adakah menunggu saat uban dikepala? Kenapa tidak gunakan usia mudamu?!

Sesungguhnya dugaan subuh lebih ringan daripada dugaan maghrib atau isyak untuk berjemaah... tiada gangguan hiburan, manusia, tapi hanya gangguan syaitan naknatullah.

Lawan dan lawanlah dia agar dirimu terlepas daripada rantai syaitan di pagi hari.

Antara kelebihan solat subuh berjemaah

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :

1) dibebaskan daripada api neraka

2) dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"

Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)

- Artikel iluvislam.com

Rabu, 12 Januari 2011

Sniffy da virtual rat

Assalamualaikum w.b.t.

Minggu ni aktiviti aku dipenuhi dengan assignment interlearns.task aku kali ni adalah melatih tikus supaya dia boleh tekan sendiri bar untuk dapatkan makanan.sehari suntuk gak aku latih tikus ni kat dalam lab computer.dan kat bwh ini adalah video di mana tikus yg bernama Sniffy ni berjaya dilatih oleh tuannya.he3..

~Fully-trained rat~

video

Isnin, 10 Januari 2011

No good

Assalamualaikum w.b.t.

What categorised as a 'good life' as suggested by Aristotle?aduh..dari tadi lagi duk baca journal psl happiness ni tp still xpaham konsep 'good life' yg Aristotle proposed ni .mna satu la point yg dia nak ni..oOOohhhhh..belakang aku sudah sakit, mata aku sudah xberdaya lagi menatap laptop ni, perut aku pn sudah resah gelisah dah mula get ready nak berdikir..haih..nmpk gaya xdpt siap jgk keje ni mlm ni..

Ya Allah..moga kau permudahkan kerjaku pada esok hari..Amin..


Jumaat, 7 Januari 2011

Fear??Takut??

Assalamualaikum w.b.t

Percaya atau tidak takut sebenarnya boleh dicipta dan boleh dihapuskan?hurm..persoalan inilah yang bakal aku kupas sebentar lagi.pertama sekali, cuba anda tanya diri anda sendiri perkara apa yang membuatkan anda rasa takut atau apa yang anda takut dalam dunia ni.sebagai contoh la kan.ada sesetengah orang tu takut pada lipas.pada dasarnya kalau kita fikir, bagaimana perasaan takut dalam diri seseorang tu boleh hadir sedangkan lipas hanyalah seekor binatang kecik yang hanya sebesar ibu jari dan tidak mempunyai bisa yang boleh membunuh kita.di sini kita boleh lihat takut itu sebenarnya dicipta oleh kita sendiri.mungkin takut ini ada bersangkut paut dengan pengalaman anda masa zaman kanak2 dulu.let say la kan, masa kecik2 dulu anda suka sangat memburu si lipas ni.sedangkan anda tidak tahu yang lipas ni suka je buat kejutan.nak dijadikan cerita, sedang anda tengah syok n khusyuknye main susun2 blok @ lego sorang2 tiba2 keluarlah seekor bapak lipas dari celah2 lego tu.ape lagi terkejuz sakan la si budak ni dan terus trauma tengok lipas sampai sekarang. crite ni contoh je K..rekaan semata2 dan mengarut semata2 tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah mati..kalau ada tu sori la ek.kebetulan je tu..he3

Takut pada sesuatu benda boleh dicipta dan dihapuskan menurut apa yang saya belajar dalam subjek psycology.Counterconditioning atau dalam erti kata lain hapuskan ketakutan.dan bagaimana takut boleh dihapuskan?ada banyak cara sebenarnya.antara yang selalu dipraktikkan oleh para psychologist dalam menghapuskan perasaan takut seperti takut seseorang pada lipas adalah melalui 'systematic desensitisation'.melalui terapi ini, perasaan takut diatasi secara berperingkat dengan mewajibkan 'pesakit' datang berjumpa psychologist untuk beberapa sesi.terapi ni biasa2 je xde la ganas sgt.ada satu lagi terapi yang pada pendapat saya akan mengubah terus hidup pesakit mungkin berubah ke arah positif dan mungkin jugak berubah ke arah negatif.terapi yang dikenali sebagai 'Flooding' which is applied by total immersion in the fear evoking stimulus.dalam terapi ini, pesakit ataupun si pulan yang takut pada lipas akan diletakkan dalam satu tempat yang dipenuhi dengan banyak lipas.xdapat aku bayangkan perasaan si pesakit ni.agaknya meraung, melalak, n seangkatan dengannya kat tempat tu.kalau ada yang sakit jantung memang parah la.tapi kalau yang xde apa2 penyakit rasa2 terus hilang rasa takut ataupun lagi worst takutnya tu??hurm..macam yang aku cakap tadi samada dia berubah ke arah positif ataupun negatif.rasa2 ke arah mana kecenderungan dia tu??rasa2 menjadi tak terapi 'Flooding' ni??aku sendiri pun xdapat nak bagi jawapan.kalau nak tau cubalah..

p/s: apa yg disampaikan kat ats ni hanyalah perkongsian ilmu sahaja dan kalau terdetik nak cuba buat terapi yg diterangkn diats kat diri sendiri ataupn kawan, saya nasihatkan mintaklah pendapat daripada yang pakar.he3..

Ada banyak lagi sebenarnya pasal takut ni.tapi takat tu la dulu saya kongsikan.banyak2 nantikan pening lak orang nak membaca.he3..

Rabu, 5 Januari 2011

Psycho..logy!!

Assalamualaikum w.b.t..

Actually xde benda sangat pun nak bercerita.saja jer gatal tangan nak menaip.hee..lagi 2 hari due date assignment interlearns psychology aku ni.dah berapa hari dah mengadap benda ni.xjugak2 siap.mlm td sempat siapkan part 1.tinggal part 2 lak.adoi..bila speed nk dtg ni.selagi xdekat dgn due date selagi tu la duk postpone.padahal xde la byk sgt kejenye.merewang je kejenye.haish.bila dah postpone tu tau2 je la.bertimbun2 la nanti assignment..OK..thats it..pi smbg blk keje..
nite frenz..selamat malam..^_^

Ahad, 2 Januari 2011

Tahun Baru 2011


Alhamdulillah..hari ni dh msk hari kedua kita melangkah ke tahun baru.mcm2 kenangan yang kita tinggalkan sepanjang tahun 2010 dan tahun2 lepas.pahit manis smua cukup lengkap.kalo dlm masakan orang kata cukup rasa.xgitu?he3..dugaan dan cubaan dalam hidup seseorang manusia memang xdapat dinafikan.inilah yang dinamakan asam garam kehidupan.cuba kita renung seketika kalau dalam hidup kita hanya ada manis je tanpa ada masam.rasa2 best ke x ek?hurm..ibarat hidup tanpa pasangan.cewah..ke situ lak fikirnye kn.he3..tapi kalau kita fikir logiknya la kan, hidup tanpa pasangan ni memang xlengkap.kenapa begitu ek?cuba kita teliti maksud firman Allah di bawah ni:

(Quran 51:49) => Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah.

(Quran 36:36) => Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.

Nah..terbukti segala perkara yang berlaku di dunia ini semuanya telah ditetapkan oleh Allah subhanawataala.malam pasangannya siang.cerah pasangannya gelap.tinggi pasangannya rendah.n so on..pendek kata hidup kita ni saling melengkapi.kadang2 ada sesetengah perkara yg berlaku bukan kehendak kita.contohnya, kita mintak benda lain tapi benda lain yang kita dapat.

(Ayat 216 : Surah al-Baqarah )=> Dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya.

Macam ayat2 yang pernah kita dapat tiap kali dilanda perasaan 'down' bilamana apa yang kita hajati xkesampaian;

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...


Begitulah hidup ini, sekejap kita di atas dan kemudian turun balik ke bawah.dan jangan sesekali kita lupa kepada pencipta kita, Allah, tak kiralah kita berada kat mna sekalipun atas ke bawah ke kiri ke kanan ke kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat kita..^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...