Assalamualaikum w.b.t..
Belajar untuk menjadi seorang yang 'garang' bukanlah sesuatu yang mudah. 'Garang' dengan erti kata tegas, serius, dan mampu untuk membuat orang lain takut dengan kita. Itulah yang cuba aku lakukan pada waktu ini. Menjadi seorang pendidik bukannya senang seperti yang aku gambarkan sebelum ini. Bukan setakat menyampaikan ilmu tetapi juga mampu untuk membentuk anak didik supaya berdisiplin semasa menuntut ilmu. Jika tidak sia2 saja penyampaian ilmu kita kepada mereka. Pada mulanya aku cuba untuk mendidik dengan cara lemah lembut dengan harapan mereka suka dengan penyampaian aku. Tapi percubaan aku ini meleset kerana mereka menganggap perbuatan aku ini seolah2 memberi kelonggaran kepada mereka untuk tidak mendengar apa yang disampaikan olehku. Minggu ini aku bertindak lebih 'agresif' terhadap mereka kerana bagiku ilmu agama ini bukannya sesuatu yang boleh diperlekeh dan diambil dengan cara sambil lewa sahaja. Tambah lagi jika melibatkan pendidikan Al-Quran. Semalam hati ini tidak tertahan melihat Al-Quran tidak diberi hak yang sepatutnya sehinggakan pembaris meter yang keras boleh pecah terbelah. Bukan sebab memukul murid tapi cuba untuk menarik perhatian mereka dengan memukul meja. Memang cara ini berkesan. Tapi hanya waktu pendidikan Al-Quran sahajalah sifat 'garang' itu datang. Dan sekarang ini aku cuba belajar menjadi garang dan tegas dalam mendidik murid2 ini.
Jika diimbau zaman sekolah rendah yang lalu, aku hanya akan ingat ilmu yang diajar oleh guru2ku yang garang dan tegas. Dan ada di antara ilmu itu dapat aku ingat sampai sekarang. Betapa hebatnya impak yang diberikan oleh guru2 ini. Disebabkan aku baru saja dalam bidang pendidikan ini dan tiada pengalaman mengajar, aku meminta tunjuk ajar daripada ummi yang memang pakar dalam bidang ini dengan 40 tahun pengalaman mengajar. Selepas pulang daripada mengajar, aku akan menceritakan kepadanya apa yang dilakukan olehku pada hari tersebut. Jika ada kekurangan dan kesilapan yang aku lakukan ummi akan memberi nasihat kepadaku. Abahku yang juga mempunyai pengalaman yang sama turut memberi input2 yang berguna. Aku masih teringat kata2nya beberapa hari yang lepas: "Menjadi seorang guru perlu ada sifat sabar dan penyayang". Bagi abah sayang murid bukan dengan cara ditimang2 dan dimanja2 tetapi sayang dalam konteks tidak mahu melihat mereka gagal dalam hidup. Dalam merealisaikan perasaan sayang ini, garang diperlukan. Garang kata ummi dan abah biarlah bertempat. InsyaAllah aku akan cuba mempraktikkan apa yang dikatakan oleh ummi dan abah.
~Cerita Upin dan Ipin episod "Garang Ke Sayang?" cerita 'feberet' anak saudara dan anak sepupu~
Orang kata guru adalah orang yang paling gembira jika anak muridnya berjaya dalam hidup. Sebenarnya menjadi kepuasan buatku berkongsi ilmu yang aku ada dengan anak2 muridku. Tapi hati ini kadang2 berbelah bagi dalam membuat pilihan samada untuk meneruskan karier ini atau kembali mencari pekerjaan dalam bidang bioteknologi, bidang yang sepatutnya aku ceburi. Sayang jika bidang yang aku belajar dulu ini terkubur begitu saja. Moga Allah membantuku dalam mencari profesyen yang sesuai buatku untuk kebaikanku pada masa depan..Aminn..
~Rasa tak percaya jadi ustazah..^_^~
2 ulasan:
ustazah kamilah!!!
selamat mengajar beb..
i'm very proud of u..:)
nanti senang2 datang la kl..
Hu3..thanks yan..mmg mncabar jd guru.dlu ingatkan senang je jadi cikgu.stakat mengajar je.tp bile dh lalui sendiri baru tahu bukan stakat mengajar je tapi kena pandai baca psikologi budak2.hurm.byk benda lagi sebenarnya kena belajar..insyaAllah kalo ade rezeki nanti ak pi jmp korg.rindu sgt2 nk jmp.tp income xbrp nk ade lg.hu3..
Catat Ulasan