Jom Click

Isnin, 19 Julai 2010

Cabutan bertuah Power Root??

Akhirnya dapat gak aku mengupdate blogku ini...3 minggu bercuti kt kampung sungguh singkat ku rasakan.rase baru semalam aku bercuti dan sekarang kembali meneruskan perjuangan aku di monash university.hurm..tp bukan kisah percutian yang ingin aku ceritakan tapi pasal panggilan 'hangus' yang baru aku dapat dalam perjalanan aku ke monash.mungkin kisah ini dapat memberikan sedikit input yang berguna kepada kita agar berjaga2 dengan panggilan 'hangus' ini.berikut adalah perbualan telefon antara aku dan 'mamat'(bukan nama sebenar).

Mamat: Hello..assalamualaikum..
Aku: Hello..
Mamat: Maaf kalau saya mengganggu encik (kejap cik n kejap encik..yg ni aku prasan).boleh saya ambil masa cik sekejap?
Aku: Ye..ada hal ape sebenarnya?
Mamat: Cik tahu tak Power Root sekarang ni mengadakan peraduan yang membolehkan encik memenangi sejumlah wang?
Aku: Ye..saya tau
Mamat: Sebenarnya..sim kad cik telah terpilih memenangi cabutan bertuah Power Rootyang bernilai RM3000..bla..bla..
Aku: Eh..tapi sy xpernah pakai atau beli product power root ni.macam mana pulak saya boleh menang?
Mamat: Sebenarnya nombor sim kad cik telah terpilih dalam komputer kami untuk menang peraduan cabutan bertuah ni..bla2..bla..betulkah encik xpernah guna Power Root sebelum ini?
Aku: Ye..xpernah..
Mamat: Walaubagaimanapun sim kad cik telah terpilih untuk memenangi cabutan bertuah..bla..bla..betul ke ini nombor sim kad cik?019-XXXXXXX?
Aku: Ye..betul..
Mamat: Tahniah..kerana cik dan sekeluarga telah memenangi cabutan bertuah Power Root yang bernilai RM3000..bla..bla..boleh saya tahu nombor akaun encik?
Aku: Xpe la..saya xpercaya benda2 macam ni..(belum sempat aku habis cakap si mamat ni terus meletakkan phonenya)
-nombor mamat ni agak pelik..kalo xsalah aku bermula dengan +8

Itulah beberapa kerat perbualan yang aku ingat.sebenarnya panjang lagi time part si mamat ni bercakap.malas aku nak dengar.ingat nk letak je phone tapi disebabkan nak tahu cmne helah si kaki penipu ni aku terus melayan.he3..kalau ikutkan hati nk je pegi balai polis kasi kat abang polis dengar si penipu ni berceloteh panjang menipu orang.nasib baik aku xterpedaya dengan duit express ni.dalam dunia ni mana ada duit senang2 datang pada kita tanpa kita berusaha mendapatkannya..hurm..sama2 la kita mengambil iktibar dari kisah ni.jangan senang2 bagi nombor akaun kita pada orang yang kita xkenali.sebab kawan aku pernah kena sebelum ni.duit dlm akaun die lesap sejurus selepas panggilan 'hangus' ini dibuat..AWAS!!

2 ulasan:

azian azman berkata...

panggilan 'hangus' ye..
seb bek x rentung lagi duitnye..
syabas beb..da ramai da mangsa yg diragutnye..

nursempurna berkata...

he3..tu la..syok gak dengar cerita yang dia reka2 tu.mula2 tu aku ingt ada urusan penting sbb cara dia ckp xde pelat langsung.bila dia start tny ak psl power root baru aku sedar.setahu aku mna ada power root senang2 je bagi duit cm2 tanpa beli product diorg..nk menipu tgk org dlu ar.ni main redah je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...