Jom Click

Ahad, 17 April 2011

Luahan

Bismillahirrahmanirrahim...

Dulu sebelum buat blog ni ak dh tanam hasrat xnak jadikan blog tmpt luahan perasaan.hurm..tapi lama2 blog inilah yg menjadi tempat curahan semua isi hati aku.bila sedih jer rasa nak taip.bila hepi yg amat pn nk taip gak.sejujurnya blog ini ibarat buku yang mencatit semua kenangan indah dan pahit selama aku bergelar seorang pelajar universiti.tatkala meluahkan semua hasrat hati di sini, hati aku berasa tenang.ibarat meluah perasaan pada seseorang.dan blog ini kuharap dapat menjadi teman yang setia kepadaku.biarlah aku tidak punya sahabat sejati kerana diri ini tidak layak dan tidak dapat menjadi seseorang yang sesempurna,seikhlas, dan sebaik nabi Muhammad SAW.biarlah diri ini terus melayar bahtera hidup yang hina ini ditemani oleh Yang Maha Agung.biarlah setiap penderitaan yang dilalui olehku hanya Dia saja yang tahu.moga hati ini sentiasa ikhlas dengan cubaan dan dugaan hidup yang diberikan olehNya.kerana hanya Dia saja yang tahu apa yang terbaik untukku..

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286)


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...