Jom Click

Rabu, 26 Oktober 2011

Perjalanan ke Tanah Suci (2)

Bismillahirrahmanirrahim..

Sabda Rasulullah S.A.W: Umrah pada bulan Ramadhan sama dengan mengerjakan haji atau haji bersamaku. Maka tidak hairanlah ujian mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan sangat berat. Terpaksa mengharung panas terik matahari yang hampir mencecah 48 darjah celcius dengan menahan lapar dan dahaga serta berhimpit dengan lautan manusia yang datang dari serata pelusuk dunia dan sama2 melakukan ibadah umrah (dikhabarkan bilangannya lebih ramai daripada bilangan ketika musim haji). Sebagai insan yang kerdil yang penuh dengan dosa sejujurnya aku tidak dapat bertahan untuk berdepan dengan ujian tersebut namun apabila melihat kesungguhan si tua, si tempang, si bapa dengan memikul anak kecilnya, dan si kecil yang memegang erat tangan orang tuanya ketika tawaf dan saie tiba2 rasa lemah itu hilang dengan sendirinya. Waktu itu terdetik dihatiku: Mereka semua lemah pada zahirnya tapi tetap dapat bertahan dan berusaha untuk menyempurnakan umrah mereka. Aku ni sihat tubuh badan dan tiada cacat celanya takkanlah cepat nak mengalah. Allah dah bagi sampai sini pun dah kira bagus dan aku patut bersyukur. Ada di antara mereka yang datang ke sini hanya tidur berlapikkan kertas beratapkan langit dan ada yang tinggal saja di masjid kerana tidak mempunyai wang untuk menyewa hotel dimana hotel yang mungkin di Malaysia dianggap budget hotel tapi harga satu bilik di sana ada yang mencecah ribuan ringgit untuk satu malam dek kerana bilangan jemaah yang terlampau ramai. Betapa ramainya umat Islam sampai aku terfikir siapalah aku yang hina ini di sisi Allah. Mereka semua berlumba2 untuk beribadah sehinggakan bagiku hari2 di sana ibarat siang yang panjang tanpa malam. Tidak pernah sunyi Masjidil Haram dengan umat Muhammad. Silih berganti datangnya mereka.

-Pemandangan sebahagian drpd Masjidi Nabawi dari tingkat 10 hotel-
-Pintu masuk ke Babul Fatah di Masjidi Nabawi-

Ingin aku berkongsi pengalamanku di Masjidi Nabawi yang mungkin menjadi pengalaman yang tidak dapat aku lupakan seumur hidupku. Sudah menjadi kebiasaan imam2 di Masjdi Nabawi dan Masjidil Haram membacakan doa qunut yang panjang dalam rakaat terakhir solat sunat witir. Doa qunut yang agak panjang yang dibaca oleh imam di Masji Nabawi mungkin hanya doa yang biasa tetapi disebabkan mendayu2nya suaranya merintih menyebabkan para jemaah turut sama menangis sambil mengaminkan doa. Dan yang menjadi luar biasanya adalah mereka yang memahami doa dalam bahasa arab ini menangis dengan teresak2 dan menjadikan masjid ini bergema kuatnya dengan esak tangis mereka yang mengadu pada Sang PenciptaNya. Allahuakbar..hati ini kagum kerana dapat diperlihatkan oleh Allah sebahagian daripada kehebatanNya. Kehebatan Allah mengurniakan seorang Rasul iaitu Muhammad S.A.W yang dapat memimpin jutaan umat manusia untuk menyembah Yang Maha Esa yang mana ajaran itu menjadi ikutan oleh manusia dari segenap penjuru dunia sehinggalah ke hari ini. Walaupun hari ini ramai di antara kita yang tergelincir dari landasan jalan yang lurus ini tapi Allah tetap mempunyai orang2 yang sentiasa berpegang teguh dengan taliNya. Teringat aku pada sepotong ayat di dalam Al-quran yang bermaksud: ‘Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), niscaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan meggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun. Dan Allah Mahakuasa atas segala sesuatu.’ (Surah At-Taubah Ayat 39). Ayat ini bermaksud Allah tidak merasakan satu kehilangan sekiranya ada di antara hambaNya yang tidak mahu menurut perintahNya kerana disisiNya ada hamba2Nya yang soleh dan sentiasa patuh dan taat padaNya. Hatiku ketika itu tersentuh dan sebak kerana aku tidak mampu menjadi seperti mereka yang dapat memahami sepenuhnya doa yang dibaca oleh imam.

Dipertemukan oleh Allah dengan mereka yang berlainan bangsa juga merupakan satu ujian. Mereka ini datang dengan adab dan budaya yang berbeza. Mungkin bercakap kasar dan tidak menghormati hak2 orang lain menjadi satu kebiasaan bagi mereka tapi tidak bagi aku, seorang Melayu yang sudah terbiasa dengan adab sopan dan rasa hormat menghormati. Bagi aku yang tidak terbiasa dengan cara hidup mereka tentu saja berasa geram dengan kerenah mereka. Setiap kali ke masjid samada Masjid Nabawi atau Masjidil Haram akan ada saja kerenah mereka yang menjadi tontonanku. Mula2 timbul rasa marah dengan sikap mereka yang kurang sopan itu namun setelah difikirkan kembali kenapa ada saja telatah mereka yang kurang menyenangkan setiap kali aku ke sana, akhirnya terlintas di fikiranku bahawa inilah ujian Allah kerana Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia2. Dan lama kelamaan rasa marah dan geramku bertukar menjadi sesuatu perasaan yang menyeronokkan. Setiap kali melihat telatah mereka aku selalu tersenyum seorang diri. Namun begitu aku tidak terlepas diuji olehNya.

Aku diuji oleh Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran aku terhadap mereka. Peristiwa itu terjadi di Masjidil Haram dan aku ketika itu baru sahaja selesai mengisi botol airku dengan air zam2 dan kuletakkan ditengah2 antara ummi dan aku. Waktu itu azan isya’ baru sahaja selesai berkumandang dan aku bangun untuk menunaikan solat sunat qabliah. Baru saja aku mengangkat takbir 2 org makcik Arab melintas di atas sejadahku dan tersepak botol air zam2 yang kuisi tadi. Seperti air sungai yang mengalir derasnya air dari botol itu keluar dan membasahi sejadahku. Ummi yang berada disebelah kiriku ketika itu turut sama solat dan makcik Arab disebelah kananku hanya mampu melihat dan langsung tidak membantu untuk mengangkat botol tersebut. Pada ketika itu hatiku berdebar2 dan hanya mampu berdoa agar ada yang sudi mengangkat botol tersebut sebelum tempatku itu dianggap banjir. Dengan serta merta seorang makcik berjubah hitam yang juga berbangsa Arab yang berada di sebelah kiri ummi membantu mengangkat botol tersebut. Aku bersyukur sangat2 pada Allah yang serta merta memberikan pertolonganNya kepadaku. Selesai solat aku mengelap2 tempat sujudku yang dibasahi air tadi dan terdetik di hati ini bagaimana air dalam botol itu boleh keluar padahal tudungnya sudah ketat aku pulas. Kalau botol ini dipijak sudah tentu nampak kesan kemeknya tapi ini tidak. Lalu aku menyedapkan hati ini bahawa ini adalah ujian Allah dan hikmahnya Dia telah menyejukkan tempat sujudku yang mana keadaan di dalam masjid ketika itu agak hangat. Hikmahnya juga Allah mahu mengajarku agar jangan hanya memberi kepada orang yang terpilih saja. Ini kerana sebelum ini aku hanya memberi minum secawan air kepada makcik Arab di sebelah kananku saja dan ketika itu kulihat makcik berjubah hitam (orang yang membantu mengangkat botolku tadi) memandangku seolah2 dia juga mahu diberikan secawan air tapi tidak dilayan olehku. Selepas kejadian itu baru kusedar, air yang tumpah tadi ibarat hak yang perlu aku beri kepada makcik berjubah hitam tadi. Betul kata orang2 yang pernah menziarahi Tanah Suci ini: Setiap kesilapan yang kita buat akan dibayar ‘cash’ atau terus oleh Allah. Oleh itu, aku selalu diingatkan oleh ummi agar menjaga segala percakapan dan tingkah laku aku sepanjang berada di sana kerana jika terdapat sebarang kesilapan yang kita buat walaupun sikit akan dibalas secara terus oleh Allah. Allah S.W.T seolah2 tidak mahu bumi suciNya itu dicemari oleh dosa dan maksiat hamba2Nya.

‘Dan (ingatlah), ketika Kami tempatkan Ibrahim di tempat Baitullah (dengan mengatakan), “Janganlah engkau mempersekutukan Aku dengan apa pun dan sucikanlah rumah-Ku bagi orang2 yang tawaf, dan orang yang beribadah dan orang yang rukuk dan sujud.’ (Surah Al-Hajj ayat 26)

Bila melihat kembali gambar2 yang diambil di Makkah dan Madinah terasa sayu dan rindu untuk kembali ke sana. Dulu aku pernah juga tertanya2 kenapa orang yang balik dari menunaikan haji rasa rindu untuk pergi balik ke sana. Namun selepas merasai sendiri barulah diri ini faham. Maka tidak hairanlah ada di antara jemaah yang bersama2 dalam rombonganku ke sana sudah hampir berbelas kali datang menziarahi Makkah untuk mengerjakan umrah. Mengikut tafsiranku, rindu ini terjadi mungkin kerana hati ini telah mengikat rasa abid dan takwa terhadap Allah ketika tawaf mengelilingi Baitullahil Haram. Disebabkan itu rindu yang teramat pada Tanah Suci sukar untuk diceritakan. Mungkin juga rinduku ini adalah kerana perjanjianku untuk kembali ke sana jika diberi peluang dan jemputan buat kali kedua olehNya..InsyaAllah.

‘Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.’ (Surah Al-Hajj ayat 27)

-Bersama Kak Nu, Abah, dan Ummi di dataran berhampiran Masjidil Haram-

Selasa, 25 Oktober 2011

Perjalanan ke Tanah Suci (1)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
-Gambar yg sempat kuambil selepas selesai tawaf wida'-
(kelihatan semakin ramai jemaah memenuhi masjid ketika memasuki fasa terakhir Ramadhan)

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang memberikan aku peluang untuk berkongsi cerita dan pengalamanku di Tanah Suci Makkah dan Madinah di laman blog ini yang sudah lama kutunggu2 saat dan detik ini.bukan mahu menunjuk2.tetapi sekadar bercerita mengenai keistimewaan bumi suci kurniaan Allah kepada umatNya yang tiada tolok bandingnya.menjejakkan kaki di bumi Makkah dan Madinah sudah semestinya menjadi idaman kalbu setiap umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya. Sudah tentu timbul perasaan rindu terhadap sesuatu yang belum pernah ditatap oleh mata tetapi di hati tetap merasa kehadirannya. Perasaan rindu itu ialah rindu untuk melihat kaabah yang selama ini menjadi kiblat setiap kali solat dan juga rindu untuk menziarahi Rasulullah yang telah meninggalkan harta pusaka yang sangat bernilai iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan hidup kita. Sudah pasti ramai di antara kita yang ingin merebut untuk solat di Masjidil Haram yang ganjaran pahalanya menyamai 100, 000 pahala juga tidak ketinggalan untuk solat di Masjidi Nabawi yang ganjarannya menyamai 1000 pahala. SubhanAllah..amatlah rugi jika kita mempunyai rezeki untuk ke sana tetapi menolaknya.

Alhamdulillah..syukur kepada Allah S.W.T yang telah memurahkan rezeki aku dan kedua ibubapaku untuk melaksanakan umrah dan ziarah di Tanah Suci Makkah dan Madinah pada pertengahan bulan puasa yang lepas (9/8-20/8/2011).bila diri ini dipanggil oleh Allah untuk ke sana rasa rindu di hati ini memang xtertahan.persiapan dari segi material langsung tidak dipedulikan kerana bagiku yang penting adalah persiapan dari segi rohani iaitu pengisian ilmu di dada yang harus ada untuk menjadi bekalan semasa melakukan ibadah di sana.apa yang dibawa olehku hanyalah sehelai telekung dan sehelai jubah untuk persalinan di sana nanti.cukup berbeza jika dibandingkan dengan pengalamanku ke Scotland dua tahun lepas yang dimana pakaian saja hampir 15kg.berbekalkan kursus umrah selama sehari dan buku panduan umrah dapat mengukuhkan sedikit pemahaman aku yang agak blur tentang ibadah tersebut walaupun pernah mempelajarinya secara basic di maahad dulu.

Penerbanganku tiba di Jeddah pada waktu malam dan suhu ketika itu adalah 32 darjah celcius.bahang panas kering menerjahku sebaik keluar dari pintu kapal terbang MAS.disebabkan rasa teruja aku abaikan bahang panas tersebut.dan demi rasa terujaku itu terdetik dihatiku untuk mencari ataupun 'spot' sesuatu perbezaan yang mungkin tiada di tempat lain.dan apa yang dapat aku 'spot' adalah terdapat beberapa orang pekerja di kawasan airport tersebut sedang solat bersejadahkan kain di atas jalan disebalik bangunan.SubhanaAllah..walaupun sibuk menguruskan beribu2 jemaah yang tiba dengan penerbangan masing2 ketika itu para pekerja ini tidak melupakan tanggungjawab mereka sebagai hambaNya. dan buat pertama kalinya juga aku berpeluang untuk solat di kaki lima terminal yang mungkin menjadi suatu benda yang dipandang pelik dan aneh jika dipraktikkan di Malaysia sendiri.

Pengalaman berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah memang cukup berbeza sekali dan boleh dikatakan bezanya 360 darjah jika dibandingkan dengan tempat lain seperti di Eropah dan juga Malaysia. Bezanya adalah mereka yang ke sana datang dengan niat yang satu iaitu untuk beribadah kepada Allah. Panas, lapar, dan dahaga langsung tidak menghalang niat positif mereka ini. Maka tidak hairanlah Masjidil Haram dan Masjdi Nabawi tidak pernah sunyi dengan solat jenazah pada setiap kali selepas solat fardhu. Aku dikhabarkan seramai 5 juta orang jemaah di Makkah semasa aku berada di sana. Begitu ramainya jemaah bagai aku berada dalam lautan manusia ketika mahu mencari ruang untuk solat dan berhimpit untuk keluar dari masjid.

Betul kata Ustaz Ghani (pengarah urusan Batuta Travels and Tours yang menjadi pembimbing kumpulan kami) sebelum kami berangkat ke Tanah Suci: setiap jemaah haji dan umrah memang xdapat lari daripada ujian Allah. apa yang penting katanya adalah perbanyakkan bersabar.ketika mendengar nasihat beliau ini terdetik dibenakku jenis ujian yang bagaimanakah yang dimaksudkan oleh beliau.pertanyaanku ini terjawab apabila merasai sendiri ujian tersebut..(akan disambung..InsyaAllah)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...