Jom Click

Sabtu, 25 Februari 2012

Dia Maha Mendangar Dan Maha Pemurah

Bismillahirrahmanirrahim

Pernah tak terjadi dalam hidup anda di mana anda begitu percaya dan yakin pada sesuatu perkara namun orang lain menganggap anda meletakkan kepercayaan dan keyakinan anda di tempat yang salah. Tapi dengan keyakinan yang ada dalam diri, anda terus mengharap bahawa suatu hari nanti Allah pasti akan mengakbulkan doa anda. Anda juga pasti bahawa tindakan yang anda buat adalah betul dan niat anda berlandaskan Lillahitaala iaitu tindakan yang anda buat itu semata-mata kerana inginkan keredhaan Allah. Di saat anda hampir berputus asa dengan pegharapan anda tadi, tiba2 dengan kuasa Allah anda dianugerahkan olehNya bukan sahaja apa yang telah anda pinta tapi lebih daripada itu. Itulah kuasa Allah Taala yang tidak mampu untuk dibaca oleh makhlukNya. Kun faya kun. Dan dialah Yang Maha Mendengar dan Dia jugalah Yang Maha Pemurah. Jika apa yang kita pinta belum dimakbulkan oleh Allah, bersabarlah dan terus berharap kerana di situ Allah mahu menguji sejauh mana kepercayaan dan cinta kita kepadaNya.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sedangkan Kami telah menguji orang- orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah Mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia Mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut:2-3)

Husnu Zon, bersangka baiklah dengan Allah Taala kerana dengan limpah kurniaNya kita wujud dan berpeluang hidup di muka bumi ini..^_^

Khamis, 23 Februari 2012

Bila diberi pilihan


Bismillahirrahmanirrahim..

Selalu saja dalam hidup ini kita diberi peluang oleh Allah untuk memilih. Dan yang selalu menjadi sesuatu yang memeningkan apabila kita diberi 2 pilihan. Dua pilihan yang mana kedua-duanya ini mempunyai daya penarik masing2 sehinggakan kita tidak mampu dan mahu untuk menolak salah satu daripadanya. Dua-dua mempunyai keistimewaan dan kononnya bakal timbul penyesalan satu hari nanti jika pilihan yang salah dibuat. Pilihan yang pertama: 50% dan pilihan yang kedua pun 50%. Apa-apa pun pilihan yang akan dibuat bakal menentukan masa depan.

Pilihan yang pertama:
1) Sudah lama ditunggu-tunggu
2) Peluang yang bukan selalu ada
3) Ramai yang setuju jika pilihan ini dipilih
4) Bakal menyenangkan hidup
5) Belum tentu bahagia jika pilihan ini dipilih
6) Jika ditolak, mungkin sukar untuk mendapat peluang ini lagi

Pilihan yang kedua:
1) Sudah dalam genggaman
2) Sukar untuk dilepaskan
3) Sudah bahagia dengan pilihan ini
4) Belum tentu menjamin masa depan yang cerah
5) Ada yang sudah meletakkan kepercayaan
6) Jika ditolak, sukar untuk kembali kepada yang sedia ada

Ya Allah..tunjukkanlah kepadaku pilihan yang terbaik buatku kerana hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku.

Tibanya masa untuk mencari lebih banyak kebaikan dan keburukan untuk kedua-dua pilihan. Moga petunjukMu selalu disisiku Ya Robb..

Selasa, 14 Februari 2012

Belajar Jadi Garang?

Assalamualaikum w.b.t..

Belajar untuk menjadi seorang yang 'garang' bukanlah sesuatu yang mudah. 'Garang' dengan erti kata tegas, serius, dan mampu untuk membuat orang lain takut dengan kita. Itulah yang cuba aku lakukan pada waktu ini. Menjadi seorang pendidik bukannya senang seperti yang aku gambarkan sebelum ini. Bukan setakat menyampaikan ilmu tetapi juga mampu untuk membentuk anak didik supaya berdisiplin semasa menuntut ilmu. Jika tidak sia2 saja penyampaian ilmu kita kepada mereka. Pada mulanya aku cuba untuk mendidik dengan cara lemah lembut dengan harapan mereka suka dengan penyampaian aku. Tapi percubaan aku ini meleset kerana mereka menganggap perbuatan aku ini seolah2 memberi kelonggaran kepada mereka untuk tidak mendengar apa yang disampaikan olehku. Minggu ini aku bertindak lebih 'agresif' terhadap mereka kerana bagiku ilmu agama ini bukannya sesuatu yang boleh diperlekeh dan diambil dengan cara sambil lewa sahaja. Tambah lagi jika melibatkan pendidikan Al-Quran. Semalam hati ini tidak tertahan melihat Al-Quran tidak diberi hak yang sepatutnya sehinggakan pembaris meter yang keras boleh pecah terbelah. Bukan sebab memukul murid tapi cuba untuk menarik perhatian mereka dengan memukul meja. Memang cara ini berkesan. Tapi hanya waktu pendidikan Al-Quran sahajalah sifat 'garang' itu datang. Dan sekarang ini aku cuba belajar menjadi garang dan tegas dalam mendidik murid2 ini.

Jika diimbau zaman sekolah rendah yang lalu, aku hanya akan ingat ilmu yang diajar oleh guru2ku yang garang dan tegas. Dan ada di antara ilmu itu dapat aku ingat sampai sekarang. Betapa hebatnya impak yang diberikan oleh guru2 ini. Disebabkan aku baru saja dalam bidang pendidikan ini dan tiada pengalaman mengajar, aku meminta tunjuk ajar daripada ummi yang memang pakar dalam bidang ini dengan 40 tahun pengalaman mengajar. Selepas pulang daripada mengajar, aku akan menceritakan kepadanya apa yang dilakukan olehku pada hari tersebut. Jika ada kekurangan dan kesilapan yang aku lakukan ummi akan memberi nasihat kepadaku. Abahku yang juga mempunyai pengalaman yang sama turut memberi input2 yang berguna. Aku masih teringat kata2nya beberapa hari yang lepas: "Menjadi seorang guru perlu ada sifat sabar dan penyayang". Bagi abah sayang murid bukan dengan cara ditimang2 dan dimanja2 tetapi sayang dalam konteks tidak mahu melihat mereka gagal dalam hidup. Dalam merealisaikan perasaan sayang ini, garang diperlukan. Garang kata ummi dan abah biarlah bertempat. InsyaAllah aku akan cuba mempraktikkan apa yang dikatakan oleh ummi dan abah.


~Cerita Upin dan Ipin episod "Garang Ke Sayang?" cerita 'feberet' anak saudara dan anak sepupu~

Orang kata guru adalah orang yang paling gembira jika anak muridnya berjaya dalam hidup. Sebenarnya menjadi kepuasan buatku berkongsi ilmu yang aku ada dengan anak2 muridku. Tapi hati ini kadang2 berbelah bagi dalam membuat pilihan samada untuk meneruskan karier ini atau kembali mencari pekerjaan dalam bidang bioteknologi, bidang yang sepatutnya aku ceburi. Sayang jika bidang yang aku belajar dulu ini terkubur begitu saja. Moga Allah membantuku dalam mencari profesyen yang sesuai buatku untuk kebaikanku pada masa depan..Aminn..

~Rasa tak percaya jadi ustazah..^_^~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...