Jom Click

Khamis, 23 Februari 2012

Bila diberi pilihan


Bismillahirrahmanirrahim..

Selalu saja dalam hidup ini kita diberi peluang oleh Allah untuk memilih. Dan yang selalu menjadi sesuatu yang memeningkan apabila kita diberi 2 pilihan. Dua pilihan yang mana kedua-duanya ini mempunyai daya penarik masing2 sehinggakan kita tidak mampu dan mahu untuk menolak salah satu daripadanya. Dua-dua mempunyai keistimewaan dan kononnya bakal timbul penyesalan satu hari nanti jika pilihan yang salah dibuat. Pilihan yang pertama: 50% dan pilihan yang kedua pun 50%. Apa-apa pun pilihan yang akan dibuat bakal menentukan masa depan.

Pilihan yang pertama:
1) Sudah lama ditunggu-tunggu
2) Peluang yang bukan selalu ada
3) Ramai yang setuju jika pilihan ini dipilih
4) Bakal menyenangkan hidup
5) Belum tentu bahagia jika pilihan ini dipilih
6) Jika ditolak, mungkin sukar untuk mendapat peluang ini lagi

Pilihan yang kedua:
1) Sudah dalam genggaman
2) Sukar untuk dilepaskan
3) Sudah bahagia dengan pilihan ini
4) Belum tentu menjamin masa depan yang cerah
5) Ada yang sudah meletakkan kepercayaan
6) Jika ditolak, sukar untuk kembali kepada yang sedia ada

Ya Allah..tunjukkanlah kepadaku pilihan yang terbaik buatku kerana hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku.

Tibanya masa untuk mencari lebih banyak kebaikan dan keburukan untuk kedua-dua pilihan. Moga petunjukMu selalu disisiku Ya Robb..

3 ulasan:

Naji Mahat berkata...

Hanya Allah yang tahu keseluruhan dan penamat cerita hidup kita. Jadi tanyalah dia, dirikanlah solat istikharah...moga ditunjukkan jalan olehNya...amin

azian azman berkata...

nape milah?pilihan kerjaya ke pilihan untuk memilih suami?:P..hihi..

nursempurna berkata...

Dr Naji: Yup..betul3..yang penting usaha dan tawakal sepenuhnya kpdNya..moga dipermudahkan segala urusan..Aminn..

Azian: Ha3..yg second tu xde choice lg..:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...