Jom Click

Ahad, 18 November 2012

Palestin..Rahmat Di Sebalik Ujian

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebelum ni kalau tengok berita pasal Palestin yang tak pernah aman, hati aku terdetik kenapa rakyat Palestin tak keluar je dari tempat diorang yang tak selamat tu ke tempat yang lebih selamat? Padahal ada je yang nak bagi pelindungan. Tengok dalam TV kanak-kanak Palestin bermain dekat runtuhan rumah-rumah dan bangunan-bangunan hati sekali lagi mengomel kalaulah diorang dapat dibawa keluar dari tempat tu dan dibawa ke Malaysia tentu diorang seronok dapat main tanpa fikirkan hujan peluru. Tapi semua tu dulu. Sekarang ni bila aku fikir balik kalau diorang fikir macam aku fikir, aku rasa dari dulu lagi diorang akan buat. Sebab bukan setahun dua mereka hidup dalam keadaan sebegitu, malahan sudah hampir separuh abad lebih mereka dicengkam oleh Israel. Baru aku faham kenapa mereka tak pernah berputus asa melawan zionis walaupun dengan hanya lontaran batu. Sejak 64 tahun mereka diganyang oleh Israel, sudah pasti antibodi iman mereka semakin hari semakin kuat. Mereka percaya Allah lah yang membantu mereka untuk kekal berada di tanah air mereka. Dengan berbekalkan iman inilah mereka walaupun secara fizikal nampak serba kekurangan tapi dalaman ataupun rohani mereka tidak pernah berkurang sedikitpun. Aku percaya mereka ini lebih kental Imannya daripada kita. Kerana mereka hanya bergantung satu-satunya kepada Allah. Dunia mungkin hanya mimpi buat mereka dan Akhirat yang pasti inilah realiti buat mereka. Biar tergadai nyawa di dunia tapi kemenangan sudah pasti mereka perolehi di akhirat kelak iaitu berada di tempat yang semua orang dambakan, syurga Allah. Tak cemburukah kita pada mereka? Kemanisan iman yang mereka perolehi membuatkan mereka melupakan syurga dunia yang mana pada ketika ini manusia sedang menikmati keindahannya. Alangkah indahnya kemanisan iman yang mereka nikmati. Semoga kita dapat menumpang kemanisan iman mereka agar kelak kita sendiri dapat merasainya.    

        

Kerana Allah Kita Mara!!

La ilaha illaLLah
Muhammadur RasuluLlah
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabiliLlah

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara

Hentikanlah penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Ilahi
Agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya

Lagu : Nazrey Johani   Lirik : Frizdan/Nazrey Johani

Walaupun tidak dapat bersama-sama mereka, kita mampu untuk membantu mereka dengan senjata yang paling hebat dan kuat iaitu DOA. Sama-sama kita berdoa semoga saudara kita di Palestin diberi keselamatan dan kekuatan oleh Allah. Semoga pertolongan Allah turun sebagaimana turunnya pertolonganNya ketika umat Islam berdepan dengan musuh dalam Perang Khandaq (atau Perang Ahzab) dan Perang Badar. Dan semoga tentera zionis aka tentera firaun moden ini dapat dikalahkan oleh tentera Islam sebagaimana kalahnya tentera firaun pada zaman nabi Musa. Aminn YA ALLAH..  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...