Bismillahirrahmanirrahim..
Sebelum ni kalau tengok berita pasal Palestin yang tak pernah aman, hati aku terdetik kenapa rakyat Palestin tak keluar je dari tempat diorang yang tak selamat tu ke tempat yang lebih selamat? Padahal ada je yang nak bagi pelindungan. Tengok dalam TV kanak-kanak Palestin bermain dekat runtuhan rumah-rumah dan bangunan-bangunan hati sekali lagi mengomel kalaulah diorang dapat dibawa keluar dari tempat tu dan dibawa ke Malaysia tentu diorang seronok dapat main tanpa fikirkan hujan peluru. Tapi semua tu dulu. Sekarang ni bila aku fikir balik kalau diorang fikir macam aku fikir, aku rasa dari dulu lagi diorang akan buat. Sebab bukan setahun dua mereka hidup dalam keadaan sebegitu, malahan sudah hampir separuh abad lebih mereka dicengkam oleh Israel. Baru aku faham kenapa mereka tak pernah berputus asa melawan zionis walaupun dengan hanya lontaran batu. Sejak 64 tahun mereka diganyang oleh Israel, sudah pasti antibodi iman mereka semakin hari semakin kuat. Mereka percaya Allah lah yang membantu mereka untuk kekal berada di tanah air mereka. Dengan berbekalkan iman inilah mereka walaupun secara fizikal nampak serba kekurangan tapi dalaman ataupun rohani mereka tidak pernah berkurang sedikitpun. Aku percaya mereka ini lebih kental Imannya daripada kita. Kerana mereka hanya bergantung satu-satunya kepada Allah. Dunia mungkin hanya mimpi buat mereka dan Akhirat yang pasti inilah realiti buat mereka. Biar tergadai nyawa di dunia tapi kemenangan sudah pasti mereka perolehi di akhirat kelak iaitu berada di tempat yang semua orang dambakan, syurga Allah. Tak cemburukah kita pada mereka? Kemanisan iman yang mereka perolehi membuatkan mereka melupakan syurga dunia yang mana pada ketika ini manusia sedang menikmati keindahannya. Alangkah indahnya kemanisan iman yang mereka nikmati. Semoga kita dapat menumpang kemanisan iman mereka agar kelak kita sendiri dapat merasainya.
0 ulasan:
Catat Ulasan