Jom Click

Jumaat, 21 Disember 2012

Umrah-->Ihram-->Takwa

Kata Ustaz Don umrah itu mengajar kita erti takwa.  Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?". Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa". Dalam melakukan ibadat umrah, seseorang itu wajib berada dalam keadaan ihram. Ihram umpama kita melalui jalan berduri kerna berada dalam ihram bermakna kita berada dalam keadaan berpantang atau berhati2. Banyak pantang larang yang harus kita jaga semasa berihram. Inilah yang dinamakan takwa. Allahuakbar..begitu indah Allah susunkan peraturan buat kita. Peraturan yang membentuk diri kita supaya berdisiplin dalam hidup. Kalau kita teliti dan muhasabah diri, kita pernah solat dan banyak pantang larang ketika solat kita kena jaga begitu juga puasa. Alangkah bertambah indahnya lagi jika kita dapat melengkapkan rukun islam yang kelima iaitu menunaikan haji atau umrah. Bagi yang pernah menunaikan haji dan umrah, bersyukurlah kerana anda telah melengkapi kelima2 rukun islam. Bagi yang belum berkemampuan, cuba kita renung sejenak adakah kita tidak merasa teruja ingin berada dalam ihram?Menjaga pantang larang ketika dalam ihram sambil menunaikan rukun umrah atau haji dapat menguji sejauh mana ketakwaan kita kepadaNya. Subhanallah.. Ayuh para syabab kita berusaha mengumpul duit dan juga ilmu untuk menunaikan umrah atau haji. Dengan keinginan yang mengalir dalam diri kita ini, insyaAllah Allah pasti akan menjemput kita menjadi tetamu di rumah suciNya suatu hari nanti. Jangan lupa untuk sentiasa bertalbiyah semoga Allah dengar suara hati kita untuk menjadi tetamuNya. Aminn..

(Ingin buat tabungan umrah? Klik di sini.)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...