Assalamualaikum w.b.t
Dalam hidup ni, kita tak dapat lari daripada orang yang tak suka kita. Mungkin mereka tak suka kita sebab kita ada segala-galanya dan mungkin juga mereka tak suka kita sebab kita tak ada apa-apa. Bagi aku tak kisah la apa mereka nak fikir pasal kita. Yang penting kita tak kacau mereka. Tapi bila aku ignore semua tu, lagi bertambah rupanya benci dan hinaan mereka pada aku. Kadang-kadang aku tak faham apa sebenarnya yang mereka fikir. Mungkin aku ni hantu kot yang selalu menghantui hidup mereka sampai aku tak buat apa2 pun mereka tetap tak suka. Tak apa lah itu hak mereka kan. Tapi macam mana pula hak aku? Kalau hari2 dilempar dengan kata2 yang menghiris kalbu, rasa tak tenang juga kan. Nak ignore pun tak boleh. Time ni aku teringat kisah Nabi Muhammad S.A.W. Bila cacian dan hinaan yang baginda dapat, baginda tidak melawan atau mengalah tapi baginda kuatkan semangat untuk terus berjuang. Malah baginda juga berdoa semoga Allah bukakan pintu hidayah untuk mereka yang menghina baginda. SubhanAllah.. hebatnya Rasulullah S.A.W. Aku juga berdoa semoga Allah beri kekuatan kepadaku. Biarlah hati ini dirobek kata2 berbisa mereka kerana aku ada Allah untuk mengadu dan menangis. Mungkin juga Allah hadirkan mereka untuk aku lebih dekat dan selalu mengadu kepadaNya. Ya Allah..moga diri ini terus istiqomah mendekatkan diri padaMu. Aku lagi takut dengan ujian kesenangan. Takut aku tak mampu untuk lebih dekat denganMu kerana dibuai dek kesenangan. Biar waktu yang menetukan selama mana mereka ingin membenciku kerana aku yakin suatu saat nanti mereka pula akan menangis merindui aku. :)
0 ulasan:
Catat Ulasan