Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Sekadar perkongsian: (http://www.al-azim.com/masjid/perubatanislam.html)
SAKIT DAPAT MENGHAPUSKAN DOSA
Memang sudah menjadi fitrah kehidupan manusia, jika tidak sihat maka dirinya sakit. Sebaliknya pula jika tidak sakit maka dirinya sihat. Tetapi kedua-duanya adalah merupakan nikmat daripada allah S.W.T. Sihat adalah merupakan nikmat. Sakit juga merupakan nikmat, sebab dengan sakit itu dapat menghapuskan dosa dengan syarat hendaklah sabar dan redha atas ketentuan yang Allah berikan padanya.
Diceritakan daripada Syaddad bin Aus dan Shu Nabihi, semoga Allah meredhai keduanya. Satu hari keduanya telah pergi melawat seorang lelaki yang sedang sakit, lalu keduanya bertanya pada lelaki tersebut : "Bagaimana keadaanmu pada pagi hari ini ?"
Lelaki itu menjawab : "Pada pagi ini aku berada dalam penuh kenikmatan."
Maka berkata pula Syaddad padanya : "Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang dapat menghapuskan dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasullullah S.A.W. bersabda " Sesungguhnya Allah Azza Wajalla berfirman : " Apabila Aku menguji seseorang daripada hamba-hambaKu disebabkan ujianKu itu, maka sesungguhnya dia akan bangkit dari tempat tidurnya seperti semasa dia dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala kesalahan. "Dan Tuhan Tabaraka Wa Ta’ala berfirman pada hambaKu itu dan mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) ketika dia dalam keadaan sihat."
0 ulasan:
Catat Ulasan