Jom Click

Jumaat, 11 Mac 2011

Inikah Petanda

Bismillahirahmanirrahim..

Gempa bumi dan tsunami di Jepun yang melanda hari ini menunjukkan satu lagi kemusnahan dan bencana alam yang berlaku selepas gempa bumi di New Zealand baru-baru ini. Sungguh kuat kuasa Allah Taala sehinggakan bandar2 metropolitan di Jepun ini dapat dimusnahkan dalam sekelip mata sahaja.Subhanallah..jika kita renung tiap kejadian yang berlaku seperti kemusnahan alam ini, tidak terasakah yang kita sebenarnya berada hampir2 dekat2 sangat dah dengan hari kiamat iaitu hari dimana dunia bakal hancur dan tidak ada satu makhluk ciptaan Allah pun yang hidup di saat itu.

1. Apabila terjadi hari kiamat, 2- terjadinya kiamat itu tidak dapat didustakan (disangkal). 3- (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain), 4- apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya,5- dan gunung-gunung dihancur luluhkan sehancur-hancurnya,6- maka jadilah dia debu yang beterbangan, (Al Waqi’ah 1-6)
Nabi SAW bersabda, "Aku telah diutus sebagai nabi, aku dan hari Kiamat seperti ini." Saat mengatakan itu, beliau menunjuk pada dua jari-jarinya, lalu memanjangkannya (HR Bukhari).

Cuba kita teliti kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun hari ini, tak terfikirkah kita ia sebenarnya berlaku pada hari apa?Ya..Jumaat..bukankah hari kiamat juga berlaku pada hari Jumaat?

Daripada Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda (yang bererti ) “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adalah hari Jumaat. Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu itu juga ia dimasukkan dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya. Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i serta Tirmidzi yang mengesahkannya).
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (Al A’raaf 187)

Jadi, bersama-samalah kita bermuhasabah diri dengan merenung kembali bencana demi bencana yang menimpa kerana itu adalah petanda daripada Allah untuk kita supaya kita sentiasa ingat kepadaNya.

Walluhua'lam..


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...