Jom Click

Selasa, 15 November 2011

wahai diriku..

Bismillahirrahmanirrahim...


Wahai diriku..

Janganlah berhenti berzikir

Janganlah berhenti berharap

Janganlah berhenti berusaha

Janganlah berhenti bersyukur


Janganlah kita berputus asa jika sesuatu yang kita hajati masih belum dikabulkan oleh Allah. Kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Maha Mendengar rintihan hambaNya. Mungkin masanya belum tiba lagi atau mungkin yang kita hajatkan itu belum tentu baik untuk kita.

Kan Dia pernah berfirman:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah Al-Baqarah:186)
"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu." (Surah Al-Mu'min: 60)
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Surah Al-Baqarah : 216)
Allah S.W.T berfirman: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Az-Zumar :53)
Oleh itu, wahai diriku..

Sentiasalah berzikir mengingatiNya

Sentiasalah berharap kepadaNya

Sentiasalah berusaha untuk mencapai RedhaNya

Sentiasalah bersyukur atas segala pemberianNya

2 ulasan:

Naji Mahat berkata...

Terima kasih kerana mengingatkan!

nursempurna berkata...

Alhamdulillah..moga kita sama2 dpt muhasabah diri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...