Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..tanda syukurku padaMu ya Allah kerana kaktus yang Kau hadiahkan kepadaku kini mengeluarkan bunga yang indah sekali.tidak kusangka dugaan yang kuterima 2 tahun lepas diganti dengan kegembiraan yang tak terduga olehku.syukur sekali lagi kuucapkan.tidak disangka usahaku membuahkan hasil.betul kata org, "Gagal sekali tak bererti gagal buat selama-lamanya".hanya Engkau sahaja ya Allah yang tahu apa yang terbaik buat diriku ini.yang penting aku harus menyakini setiap perkara yang kau datangkan kepadaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri.dan Engkau tidak menjadikan sesuatu perkara dengan sia2..
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah, Ayat 216)
