Jom Click

Rabu, 18 Mei 2011

Seruan


Bismillahirrahmanirrahim..

Masihku ingat lagi masa mula2 abahku membelikan komputer. masa tu umur aku sekitar 10 tahun. dalam komputer tu dah diinstallkan pelbagai jenis game. tapi game yang menjadi kegemaran aku adalah game 'percutian di mekah'. game ni akan kasi kite beberapa soalan berkaitan dengan haji dan kalau semua soalan dijawab dengan betul, kite akan dapat pergi mekah buat haji dan dapat pegi ziarah madinah sekali. memang best sebab bukan setakat teori yang diorang buat tapi ada jugak praktikal yang diorang tunjukkan. cukup bagus untuk bakal2 haji. tapi time tu aku masih kecik lagi, main game tu pun sebab senang. mula2 main banyak jugak soalan yg dijawab salah. tapi lama2 selepas teknik try and error akhirnya aku tahu jugak kesemua jawapannya iaitu semua jawapan adalah 'A'. cukup senang bukan?he3..

Setiap kali bukak game ni, aku akan dengar bacaan surah al-haj ayat 27. sampai boleh hafal la ayat ni beserta dengan lagu2nye skali..kebetulan tadi tengah2 baca surah al-haj, aku terbaca ayat 27 ni. rasa sebak tiba2. entah mengapa aku rasa aku tak layak untuk menjejakkan kakiku ke tanah suci kerana diri ini penuh dengan debu2 dosa yang akan hanya mengotori bumi yang suci itu. adakah diri ini layak untuk diseru ke sana sedangkan aku masih lagi dibaluti dengan dosa? adakah diri yang mengaku umat Muhammad ini layak ke sana sedangkan sunnahnya belum sepenuhnya diamalkan? adakah diri ini layak kiranya tiada istiqamah dalam menunaikan sunnah qiamullail, sembahyang sunat, puasa sunat?


"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan)mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis- jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."

Astaghfirullahalazim ya Allah..sungguh diri ini tidak layak untuk menjejakkan kaki ke sana. begitu banyak dosaku Ya Allah. masihkah ada keampunan untukku Ya Rabbi. adakah pada suatu hari nanti diri ini layak untuk ke sana Ya Rahman. sungguh aku mengharapkan belas kasihanMu Ya Allah moga suatu hari nanti dapatku tatap wajah kaabah di hadapanku. dan semoga aku tergolong dalam kalangan hamba2Mu yang soleh yang sentiasa mendambakan syurgaMu..Aminn..



Ahad, 15 Mei 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Guru buat jiwa2 yang bergelar pendidik.sesungguhnya jasa kalian tidak dapat dihitung nilainya.membakar diri untuk menyuluh kegelapan anak bangsa.yang mengajar anak didiknya dari seorang yang buta huruf dan buta segala2nya kepada seorang yang berjaya dan cemerlang dalam hidupnya.kehadiran kalian amat bererti dalam hidup ini.Terima Kasih cikgu!!



Lagu ni penuh dengan nostalgia.kenanganku semasa di MMP.kenangan yg paling indah dan xdpt dilupakan.kenangan dan suasana menuntut ilmu di sana yang xmungkin aku jumpa di tempat2 lain.i really miss that moment..walaupun sekolah penuh dengan kekurangan tetapi kekurangan tersebut tidak pernah mematahkan semangat kami untuk terus belajar di situ kerana kami yakin ilmu yang kami dapat penuh dengan keberkatan.keberkatan para ulamak yang pernah belajar di situ dan doa guru2 yang xpernah putus2 untuk melihat anak didik mereka berjaya di dunia dan di akhirat. dan juga kegigihan mereka memberi kata2 semangat memang tidak dapat dilupakan. salah seorang guru tersebut adalah Cikgu Razali Konok atau mesra dipanggil Papali kerana sifat kebapaan yang dibawa oleh beliau.walaupun beliau xpernah mengajar diriku selama 5 tahun aku belajar di MMP tetapi kata2 semangat dan dorongan serta kegigihan beliau mencari sumber2 ilmu kepada pelajar2 amat2 kuhargai.kerana kesungguhan beliau kami mencipta kecemerlangan.kudoakan semoga guru2ku sentiasa dianugerahkan rezeki dan kebahagiaan bagi setiap ilmu dan bakti yang pernah dicurahkan.Terima Kasih Cikgu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...