Jom Click

Jumaat, 4 Februari 2011

Duhai Mesir

Bismillahirahmanirrahim

Ya Allah..memang kebetulan.baru sahaja entri aku yang lepas menyatakan hasrat ingin ke Mesir. beberapa hari selepasnya, terdengar berita mengenai huru hara melanda Mesir.hati ini bagai nak gugur apabila mendengar dan melihat berita yang disiarkan di tv3.mana tidaknya, mesej dan panggilan tidak dijawab oleh abangku, iji. internet pula dipotong terus penggunaanya. nasib baik la ketika itu aku berada di rumah makcik. dapat jugak kami sama2 berkongsi maklumat dan kerisauan tentang keadaan di Mesir. makcik aku pulak risaukan anak perempuannya. tapi makcik aku kira bernasib baik lagi sebab dapat berbual panjang dengan anaknya di Tanta, Mesir. aku pulak buntu memikirkan nasib abangku di sana. macam2 la yang terlintas di fikiranku. smuanya negatif. masakan tidak, tempat tinggal abang aku lah iaitu Kaherah yang paling genting pada saat2 ini. berita tentang bom, bedilan, kematian, kecederaan, banduan lari dari penjara, kecurian, jenayah berleluasa, bekalan makanan sedikit, dan macam2 lagi sungguh merisaukan hati ini. tapi Alhamdulillah.. dengan kuasa Allah dan berkat doa mereka2 yang perihatin, abangku dapat dihubungi melalui talian internet dan dapat bercakap dengan ummi dan abahku yang datang ke KL untuk menguruskan hal abang sulungku. lega rasanya dapat mendengar sendiri khabar darinya. mengikut apa yang diberitahu oleh abangku, iji, pihak kerajaan sedang dalam proses membawa pulang pelajar2 Malaysia dengan kapal terbang TUDM ke Jeddah dan kemudiannya ke Malaysia melalui kapal TLDM. aku juga tidak pasti samada dia akan balik ke Malaysia melalui kapal TLDM sebab perjalanannya mungkin mengambil masa yang agak lama. Walaubagaimanapun, aku berharap agar perjalanannya lancar dan kalau boleh cepat2 lah keluar dari Mesir.

Terima kasih aku ucapkan kepada kerajaan Malaysia kerana dapat juga memindahkan pelajar2 keluar dari Mesir walaupun sebelum ini mereka tidak bercadang untuk melakukan hal sedemikian dengan alasannya tiada peruntukan. dan yang paling tidak aku lupakan terima kasih buat saudara mara yang tidak putus2 memberi semangat dan dorongan serta doa. dan kepada sahabat2ku yang prihatin dengan hal ehwal di Mesir dan sentiasa mendoakan keselamatan rakyat Malaysia di sana, jutaan terima kasih buat kalian dan teruskanlah berdoa agar mereka selamat pulang ke tanah air.

Kepada Presiden Hosni Mubarak (kalaulah dia paham), cepat2lah berundur.rakyat Mesir tidak sudi lagi menatap wajahmu itu.cukup2lah 30 thn pemerintahan kuku besi anda.rumah dah kata pergi kubur pulak kata mari..

Rabu, 26 Januari 2011

Az-ziarah

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah untuk segala nikmat yang dikurniakan baginya kepada diri ini. Nikmat sihat, rezeki, masa lapang dan berbagai lagi nikmat yang diberikan kepadaku yang tidak dapat dihitung nilainya. Ya Allah..sesungguhnya diri ini tersangat kerdil untuk meminta2 sesuatu daripadaMu. Namun kutahu hanya dengan cara aku berdoa merayu sesuatu daripadaMu adalah cara yang terbaik dan paling mudah untuk aku selalu ingat padaMu. Dan Engkau sendiri menggalakkan umatMu untuk berdoa dan memohon hanya padaMu dalam Surah Al-Mukmin ayat 60 :

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."

Ya Allah..aku memohon kepadaMu..murahkanlah rezekiku agar aku berpeluang menziarahi bumiMu yang penuh barakah, Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawwarah. Hatiku ini sungguh tidak sabar untuk melihat dengan mata kepalaku sendiri Kaabah yang menjadi kiblat solatku selama ini dan hati ini tidak sabar untuk menjejakkan kakiku ke Masjidi Nabawi untuk menziarahi makam baginda Rasulullah S.A.W. Dan jika diizinkan aku juga ingin menziarahi jejak2 rasul2Mu di tanah arab seperti Mesir untuk aku melihat sendiri kawasan yang pernah menjadi saksi tersungkurnya keangkuhan firaun dan para pengikutnya kepada kehebatan rasulMu, Musa Alaihissalam, dengan izinMu ya Rabbi..Sungguh aku kagum dengan kekuasaanMu ya Allah.. Moga diri ini diizinkan untuk membuat suatu ziarah yang sangat bermakna dalam hidupku sementara aku masih lagi berada dalam nikmat sihatMu ya Allah..





~Gambar diambil oleh abangku, iji. tiba2 perasaan nak melawat ke sana membuak2..hu3~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...