Jom Click

Jumaat, 7 Januari 2011

Fear??Takut??

Assalamualaikum w.b.t

Percaya atau tidak takut sebenarnya boleh dicipta dan boleh dihapuskan?hurm..persoalan inilah yang bakal aku kupas sebentar lagi.pertama sekali, cuba anda tanya diri anda sendiri perkara apa yang membuatkan anda rasa takut atau apa yang anda takut dalam dunia ni.sebagai contoh la kan.ada sesetengah orang tu takut pada lipas.pada dasarnya kalau kita fikir, bagaimana perasaan takut dalam diri seseorang tu boleh hadir sedangkan lipas hanyalah seekor binatang kecik yang hanya sebesar ibu jari dan tidak mempunyai bisa yang boleh membunuh kita.di sini kita boleh lihat takut itu sebenarnya dicipta oleh kita sendiri.mungkin takut ini ada bersangkut paut dengan pengalaman anda masa zaman kanak2 dulu.let say la kan, masa kecik2 dulu anda suka sangat memburu si lipas ni.sedangkan anda tidak tahu yang lipas ni suka je buat kejutan.nak dijadikan cerita, sedang anda tengah syok n khusyuknye main susun2 blok @ lego sorang2 tiba2 keluarlah seekor bapak lipas dari celah2 lego tu.ape lagi terkejuz sakan la si budak ni dan terus trauma tengok lipas sampai sekarang. crite ni contoh je K..rekaan semata2 dan mengarut semata2 tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah mati..kalau ada tu sori la ek.kebetulan je tu..he3

Takut pada sesuatu benda boleh dicipta dan dihapuskan menurut apa yang saya belajar dalam subjek psycology.Counterconditioning atau dalam erti kata lain hapuskan ketakutan.dan bagaimana takut boleh dihapuskan?ada banyak cara sebenarnya.antara yang selalu dipraktikkan oleh para psychologist dalam menghapuskan perasaan takut seperti takut seseorang pada lipas adalah melalui 'systematic desensitisation'.melalui terapi ini, perasaan takut diatasi secara berperingkat dengan mewajibkan 'pesakit' datang berjumpa psychologist untuk beberapa sesi.terapi ni biasa2 je xde la ganas sgt.ada satu lagi terapi yang pada pendapat saya akan mengubah terus hidup pesakit mungkin berubah ke arah positif dan mungkin jugak berubah ke arah negatif.terapi yang dikenali sebagai 'Flooding' which is applied by total immersion in the fear evoking stimulus.dalam terapi ini, pesakit ataupun si pulan yang takut pada lipas akan diletakkan dalam satu tempat yang dipenuhi dengan banyak lipas.xdapat aku bayangkan perasaan si pesakit ni.agaknya meraung, melalak, n seangkatan dengannya kat tempat tu.kalau ada yang sakit jantung memang parah la.tapi kalau yang xde apa2 penyakit rasa2 terus hilang rasa takut ataupun lagi worst takutnya tu??hurm..macam yang aku cakap tadi samada dia berubah ke arah positif ataupun negatif.rasa2 ke arah mana kecenderungan dia tu??rasa2 menjadi tak terapi 'Flooding' ni??aku sendiri pun xdapat nak bagi jawapan.kalau nak tau cubalah..

p/s: apa yg disampaikan kat ats ni hanyalah perkongsian ilmu sahaja dan kalau terdetik nak cuba buat terapi yg diterangkn diats kat diri sendiri ataupn kawan, saya nasihatkan mintaklah pendapat daripada yang pakar.he3..

Ada banyak lagi sebenarnya pasal takut ni.tapi takat tu la dulu saya kongsikan.banyak2 nantikan pening lak orang nak membaca.he3..

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...