Jom Click

Khamis, 26 Mei 2011

Terima Kasih Allah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..settle jugak akhirnya kesemua assignment2ku.xsangka masa berlalu dengan pantasnya.dan xsangka jugak assignment2 yang aku pikir xdapat buat akhirnya siap jugak.bila tengok balik hasil kerja yang dibuat terdetik di hati 'Eh..bila masa aku buat report ni?'.terkejut sebab sebelum buat tu bukan main susah lagi nak cari idea nak tulis dalam report ni..hurm..ape2 pun aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana memudahkan segala pekerjaanku.tanpaMu manakan bisa aku mendapatkan idea dan ilmu untuk menyiapkan semua kerja2ku. Terima Kasih Ya Allah..

Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, bagi-Nya lah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nya lah segala penentuan dan hanya kepada Nya lah kamu dikembalikan. (Surah al-Qasas:70)

Jumaat, 20 Mei 2011

HambaMu


Assalamualaikum w.b.t

Tadi aku sempat menyaksikan official video klip lagu tema imam muda musim kedua di astro. video yang berlatar belakangkan putrajaya ini agak menarik dan yang paling best muziknya yg penuh dengan semangat. gabungan antara mawi, ust. akhil hayy dan 5 org imam muda musim pertama; imam muda Ashraf, Azhar, Nuri, Miril, dan Aran. tapi sayangnya xterjumpa lak video klip tu kat youtube.:(

Program imam muda pada musim kali ini agak berbeza daripada musim lepas kerana sepanjang penyiaran selama 4 minggu program ini tiada sebarang penyingkiran dilakukan. dan Alhamdulillah kesepuluh imam muda musim kedua ini kesemuanya berbakat dan semuanya mempunyai kebolehan untuk memimpin. SYABAS imam muda!! jom layan lagu HambaMu..^_^

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Rabu, 18 Mei 2011

Seruan


Bismillahirrahmanirrahim..

Masihku ingat lagi masa mula2 abahku membelikan komputer. masa tu umur aku sekitar 10 tahun. dalam komputer tu dah diinstallkan pelbagai jenis game. tapi game yang menjadi kegemaran aku adalah game 'percutian di mekah'. game ni akan kasi kite beberapa soalan berkaitan dengan haji dan kalau semua soalan dijawab dengan betul, kite akan dapat pergi mekah buat haji dan dapat pegi ziarah madinah sekali. memang best sebab bukan setakat teori yang diorang buat tapi ada jugak praktikal yang diorang tunjukkan. cukup bagus untuk bakal2 haji. tapi time tu aku masih kecik lagi, main game tu pun sebab senang. mula2 main banyak jugak soalan yg dijawab salah. tapi lama2 selepas teknik try and error akhirnya aku tahu jugak kesemua jawapannya iaitu semua jawapan adalah 'A'. cukup senang bukan?he3..

Setiap kali bukak game ni, aku akan dengar bacaan surah al-haj ayat 27. sampai boleh hafal la ayat ni beserta dengan lagu2nye skali..kebetulan tadi tengah2 baca surah al-haj, aku terbaca ayat 27 ni. rasa sebak tiba2. entah mengapa aku rasa aku tak layak untuk menjejakkan kakiku ke tanah suci kerana diri ini penuh dengan debu2 dosa yang akan hanya mengotori bumi yang suci itu. adakah diri ini layak untuk diseru ke sana sedangkan aku masih lagi dibaluti dengan dosa? adakah diri yang mengaku umat Muhammad ini layak ke sana sedangkan sunnahnya belum sepenuhnya diamalkan? adakah diri ini layak kiranya tiada istiqamah dalam menunaikan sunnah qiamullail, sembahyang sunat, puasa sunat?


"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan)mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis- jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."

Astaghfirullahalazim ya Allah..sungguh diri ini tidak layak untuk menjejakkan kaki ke sana. begitu banyak dosaku Ya Allah. masihkah ada keampunan untukku Ya Rabbi. adakah pada suatu hari nanti diri ini layak untuk ke sana Ya Rahman. sungguh aku mengharapkan belas kasihanMu Ya Allah moga suatu hari nanti dapatku tatap wajah kaabah di hadapanku. dan semoga aku tergolong dalam kalangan hamba2Mu yang soleh yang sentiasa mendambakan syurgaMu..Aminn..



Ahad, 15 Mei 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Guru buat jiwa2 yang bergelar pendidik.sesungguhnya jasa kalian tidak dapat dihitung nilainya.membakar diri untuk menyuluh kegelapan anak bangsa.yang mengajar anak didiknya dari seorang yang buta huruf dan buta segala2nya kepada seorang yang berjaya dan cemerlang dalam hidupnya.kehadiran kalian amat bererti dalam hidup ini.Terima Kasih cikgu!!



Lagu ni penuh dengan nostalgia.kenanganku semasa di MMP.kenangan yg paling indah dan xdpt dilupakan.kenangan dan suasana menuntut ilmu di sana yang xmungkin aku jumpa di tempat2 lain.i really miss that moment..walaupun sekolah penuh dengan kekurangan tetapi kekurangan tersebut tidak pernah mematahkan semangat kami untuk terus belajar di situ kerana kami yakin ilmu yang kami dapat penuh dengan keberkatan.keberkatan para ulamak yang pernah belajar di situ dan doa guru2 yang xpernah putus2 untuk melihat anak didik mereka berjaya di dunia dan di akhirat. dan juga kegigihan mereka memberi kata2 semangat memang tidak dapat dilupakan. salah seorang guru tersebut adalah Cikgu Razali Konok atau mesra dipanggil Papali kerana sifat kebapaan yang dibawa oleh beliau.walaupun beliau xpernah mengajar diriku selama 5 tahun aku belajar di MMP tetapi kata2 semangat dan dorongan serta kegigihan beliau mencari sumber2 ilmu kepada pelajar2 amat2 kuhargai.kerana kesungguhan beliau kami mencipta kecemerlangan.kudoakan semoga guru2ku sentiasa dianugerahkan rezeki dan kebahagiaan bagi setiap ilmu dan bakti yang pernah dicurahkan.Terima Kasih Cikgu..

Jumaat, 13 Mei 2011

bila sibuk dah tak ada

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..setelah beberapa minggu sibuk dengan assignment yg tak putus2 sehingga menyebabkan waktu tidur dan rehat terganggu, akhirnya tamat sudah penderitaan tersebut.walaupun ianya belum sepenuhnya tamat tapi sekurang-kurangnya beban yang ditanggung taklah seteruk dua minggu lps. memang xterkira banyaknya kerja sampai diri ini malas nak mengira apa yang dah dibuat dan apa yang belum dibuat. tak pasal2 pressure yg dh ada makin bertambah-tambah.tapi..bila dah terbiasa dengan kerja yang banyak sebelum ni tiba2 sekarang ni ada rasa seperti sesuatu yang kurang dan rasa macam kekok skit.sebelum ni kalau online je bukak journal. sekarang bila online dah tak tahu nak buat ape.padahal ade je lagi kerja yang perlu dibuat.he3..tapi biasalah selagi xdekat dgn due date selagi tu la malas nak buat kerja. haish..bila la nak berubah ni..sebelum tu kita baca berita la.dah lame tak tahu isu semasa..:)




Ahad, 1 Mei 2011

Teman Hidup Ketika Belajar


Dengan nama Allah yang menciptakan manusia itu secara berpasang-pasangan.

Selawat dan doa dipanjatkan buat Muhammad bin Abdullah insan yang kita sedang pelajari dan amalkan hadis-hadisnya.

Bergelar sebagai pelajar tahun akhir ini, ada 1 soalan yang sering kali diterjah pada saya.

Bila nak kahwin?

Kalau ada yang lamar itu , kahwin je lah. Tak payah tunggu sampai habis belajar.

Bercakap untuk berkahwin memang mudah tapi adakah diri sudah benar-benar bersedia untuk menjalankan tanggungjawab.

Untuk syabab , bersediakah untuk menjaga amanah yang Allah berikan? Untuk akhwat , bersediakah untuk menyenangkan hati suami?

Memandangkan ramai sangat yang bertanya mengenai isu yang sentiasa panas zaman berzaman ini, dengan rendah hatinya ingin saya kongsikan sesuatu.

Isu perkahwinan sentiasa mendapat tempat dalam list cerita-cerita untuk dibualkan oleh para pelajar. Tidak terkecuali lelaki mahupun wanita.

Teringatkan saya reaksi teman-teman yang pelbagai apabila isu ini dibincangkan. Memang fitrah insan normal begitu saya kira, semoga semua tidak leka dan sentiasa berhati-hati agar tidak termasuk ke kawasan larangan yang tidak sepatutnya.

Pembinaan masjid yang utuh pastinya menjadi idaman semua. Sekadar sedikit muhasabah untuk kita semua sebelum berangan-angan lebih jauh ke hadapan. Salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan musleh juga. InsyaAllah! Memperbanyak umat nabi yang benar-benar bertaqwa dan melahirkan lebih ramai individu muslim yang menerima tarbiyah islami sejak kecil lagi.

Jika kalian menyingkap kisah isteri Imran yang disebut di dalam Al-Quran, itulah contoh isteri dan ibu yang terbaik dari Al-Quran. Semangat isteri Imran yang disebutkan didalam Al-Quran itu wajar dijadikan idola, panduan dan ikutan semua wanita akhir zaman.

Berdasarkan ayat 35-36 surah al-imran.

"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata "Ya tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepada-Mu, apa (janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi kepadamu, maka terimalah nazar dariku. Sungguh engkaulah maha mendengar, maha mengetahui"

Maka ketika melahirkannya, dia berkata, "Ya tuhanku, aku telah melahirkan anak perempuan" Padahal Allah lebih tau apa yang dia lahirkan, dan laki-laki tidak sama dengan perempuan. "Dan aku memberinya nama Maryam, dan aku mohon perlindunganMu untuknya dan anak cucunya dari syaitan yang terkutuk"

Lihatlah bagaimana hebatnya isteri Imran, seorang wanita yang sangat suci sengaja diceritakan di dalam al-Quran telah bernazar kepada Allah untuk mengorbankan atau menginfaqkan anaknya yang masih dalam kandungannya di jalan Allah. Dia dengan tulus sucinya benar-benar menyerahkan masa hadapan anaknya supaya berjihad mengabdikan diri padaNya.

Secara fitrahnya, pastilah ibu yang telah bersusah payah mengandungkan anaknya ke hulu hilir selama 9 bulan mengharapkan anaknya kelak berbakti kepada dirinya sekurang-kurangnya.

Namun ibu Maryam ikhlas, beliau berniat melahirkan anak untuk dikorbankan sebagai seorang syahid di jalanNya. Benar-benar hebat dan suci, inilah semangat yang kita inginkan.

Dari isteri Imran lahirlah Maryam, antara wanita paling hebat dalam sejarah. Darinya pula lahirlah nabi Isa a.s, utusan Allah yang suci, seorang hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata2.

Kita mengharapkan anak yang soleh dan musleh hasil perkahwinan yang dibina. Persoalannya adakah kita sudah bersedia menjadi ibu seperti isteri Imran dan Maryam?

Wahai teman-teman [untuk diri sendiri khasnya] sekiranya kau mengimpikan anak seperti imam syafie... ibunya perlu hebat lagi

Dirimu perlulah dilengkapi dengan sekurangkurangnya 30 juzuk Al-Quran didada. Apatah lagi ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu tajwid untuk diajarkan kepada anak-anak nanti. Ibadah malam yang terjaga sebagai bekalan kekuatan dan hati yang penuh kasih sayang serta sifat sanggup berkorban.

Macamana ingin berkahwin kalau membaca Al-Quran masih merangkak-rangkak lagi?

Macamana ingin berkahwin kalau tak sanggup berkorban lagi?

Macamana ingin berkahwin kalau masih kurang menjaga ibadah lagi?

Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak umat nabi Muhammad yang terbaik. Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak yang berjihad mengabdikan diri di jalanNya.

"Ya Allah, kurniakanlah kami anak dan keturunan yang soleh sebagai penyejuk mata"

Pra Perkahwinan

Buat teman-teman, anggaplah kehidupan harian kita bersama teman-teman serumah kini sebagai pra-perkahwinan, latihan sebelum benar-benar memikul tanggungjawab yang asli.

Latih diri untuk sentiasa bermanis muka dengan teman-teman walau sepenat mana kita.

Latih diri untuk menjaga rahsia dan cerita teman-teman dan cuba menyelesaikan masalah sesama sendiri.

Latih diri untuk sanggup berkorban, banyak bersabar dan tidak banyak berkira sesama teman-teman.

Dan latihlah diri dengan macam-macam lagi.

Untuk syabab, sekiranya kalian telah benar-benar mampu dan bersedia, bernikahlah. Pilihlah jodoh yang terbaik yang diberikan Allah untuk kalian. Terima seadanya. Utamakan diri kalian dalam soal memilih jodoh yang terbaik.

Untuk akhwat sekalian, dan sekiranya telah sampai masanya , kalian dilamar, dan telah dibukakan laluannya untuk kalian bernikah, silalah bernikah. Allah sentiasa bersamamu.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Dan semoga teman-teman akan memperoleh teman untuk ke syurga yang terbaik untuk kalian.

"Dari Allah, Kepada Allah"

- Artikel iluvislam.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...