Assalamualaikum w.b.t.
Kalau di Malaysia tiap kali masuk bulan Ramadhan, bunyi mercun boleh dikatakan tak putus2 berdentum bermula dari buka puasa sampailah ke tengah malam. Sampai kalau berterawih kat masjid kampung ni boleh sakit jantung dengan budak2 yang datang masjid bukan nak solat tapi nak main mercun. Kalau di Mekah masa bulan Ramadhan mengikut pengalaman yang lepas, ada bunyi meriam lagi gempak. Tapi bunyi meriam ni sebenarnya ada alamatnya. Kalau dah masuk waktu berbuka, kita akan dikejutkan dengan bunyi meriam. Begitu juga waktu sahur. Kalau tak salah dua kali kita akan dengar bunyi meriam. Bunyi yang pertama tanda bermulanya sahur dan bunyi yang kedua tanda masuknya waktu imsak. Hanya waktu tertentu ini sajalah yang boleh kita dengar bunyi meriam. Kalau waktu lain bunyi bising hon kenderaan je la (Macam2 jenis bunyi hon boleh kita dengar. Yang macam muzik pun ada. :) ). Di Mekah dan Madinah, kita akan dengar dua kali azan yang mana azan pertama menandakan waktu sahur dan azan kedua menandakan waktu subuh. Memang meriah berpuasa di Tanah Haram sebab semua yang ada kat situ adalah orang Islam.
Tapi ada juga segelintir yang tak berpuasa. Mereka beralasan bahawa mereka adalah musafir dan jarang mempunyai peluang untuk ke sana. Jadi, mereka tak mahu disebabkan penat berpuasa mereka tak dapat melakukan umrah. Itu pendapat mereka tapi kata Ustaz Ghani kenapa Nabi menyamakan umrah pada bulan Ramadhan sama seperti mengerjakan haji atau haji bersama2 baginda? Tentulah jika kita mahu merebut pahala haji atau haji bersama2 Nabi bukanlah suatu perkara mudah. Kita terpaksa melalui pelbagai ujian untuk sampai ke tahap itu. Dengan bahang panas mentari, puasa, keadaan yang sesak, jauh berjalan kaki dan macam2 lagi jenis ujian. Itulah yang dinamakan pengorbanan dan penghambaan seorang hamba terhadap Tuannya yang Maha Esa.
~Papan iklan Panasonic dalam Bahasa Melayu di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah yang menarik perhatianku~
Lumrah hidup ini, jika kita mahukan kejayaan semestinya pelbagai ujian terpaksa kita tempuh dan banyak benda terpaksa kita korbankan. Selepas melalui semua ujian, mohonlah pada Allah apa saja yang kita mahu berbekalkan usaha dan pengorbanan yang kita lakukan. Satu tips yang aku dapat daripada beberapa orang Ustaz, rata2 menyatakan doa seseorang mudah dimakbulkan oleh Allah adalah apabila seseorang itu menyebut apakah amalan dan pengorbanan mulia yang telah dilakukan dan dengan berkat amalan kita itu mohonlah kepada Allah apa saja yang kita mahukan. InsyaAllah..dengan limpah rahmatNya doa kita akan diperkenankanNya. Kalau ada yang pernah terbaca dan terdengar kisah beberapa orang pemuda yang terperangkap dalam gua yang mana pintu gua itu terbuka dengan izin Allah selepas mereka berdoa berbekalkan amalan2 baik yang pernah mereka lakukan. Kisah teladan ini membuktikan bahawa berdoa dengan merintih kepada Allah S.W.T. berbekalkan amalan2 baik yang pernah dilakukan mudah dimakbulkan oleh Allah. Yang paling penting kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan sentiasa berharap kepadaNya. Semoga kita sama2 dapat mengamalkan petua ini mudah-mudahan dengan berkat bulan Ramadhan yang mulia ini, doa dan amalan baik kita diterima oleh Allah. Sama2 kita meraih sebanyak mungkin pahala dalam bulan yang penuh barakah ini.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, doa tidak akan ditolak." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Maksud Hadis Nabi SAW: "Sekiranya umatku tahu kelebihan yang ada dalam bulan Ramadan, nescaya mereka inginkan semua bulan menjadi Ramadan."
0 ulasan:
Catat Ulasan