Assalamualikum w.b.t..
Ramadhan bakal menjelma satu hari saja lagi. Alhamdulillah..moga kita sempat dan diizinkan oleh Allah bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang dijanjikan oleh Allah dengan berlipat-lipat kali ganda pahala ibadah. Sama2 kita berusaha mempertingkatkan amal ibadah kita dalam tarbiyah bulan yang mulia ini. Marhaban Ya Ramadhan..
Entri aku kali ini bukan untuk bercerita tentang Ramadhan tapi berkenaan dengan cerita budak2 di sekolah aka anak2 didikku. Kelmarin aku berkeras mahu menguji sejauh mana 'sayang' mereka kepadaku. Ada yang agak cemburu bila anak didikku tak ramai yang ponteng kelas, berdisiplin masa solat, dan agak mesra denganku sewaktu di luar kelas. Bagi mereka, aku beruntung kerana dapat mengajar di kelas yang pertama yang mana murid2nya pandai dan mudah dengar kata. Tapi bagiku tanggapan mereka salah sebab murid2 yang pandailah sukar mendengar kata tambahan lagi kalau guru yang mengajar itu muda. Budak2 zaman sekarang bukan macam zaman kita dulu. Kalau dulu nampak guru muka garang pegang rotan dah tak berani nak buka mulut tapi murid2 sekarang ni melaunglah atau buatlah muka macam singa ke pegang rotan ke diorang boleh je buat tak tahu. Siap boleh menjawab lagi masa guru tengah naik angin. Sebab tulah aku cuba untuk mencari cara pengajaran yang berkesan dan cuba untuk mengawal marah dan penggunaan rotan. Tapi dalam bab solat dan baca Al-Quran memang tak boleh dibiarkan kalau dah sampai tahap tak ada adab.
Untuk membuktikan bahawa tanggapan seorang guru ni terhadap aku, kelmarin aku terima cabaran beliau untuk tukar kelas. Kebetulan kelmarin memang aku tak tahan sangat tengok anak2 muridku membuat bising ketika sebilangan mereka mengaji Al-Quran di depanku. Dan aku bagitahu mereka, "Kalau macam inilah perangai kamu, baik saya mengajar kelas 3M (kelas kedua akhir) biar ustazah lain pulak yang gantikan saya." Ada sesetengah mereka beranggapan kata2ku itu satu gurauan dan boleh tersenyum. Memang ketika tu aku rasa sangat2 tercabar.
Selepas saja waktu rehat aku masuk ke kelas sekejap untuk mengambil beg. Ketika masuk ke dalam kelas, ada seorang daripada mereka berkata, "Aku dah kata ustazah tipu kita, dia takkan tukar punya." Lepas tengok aku bawa beg keluar, semua bising dan masing2 cuba memanggilku. Memang rasa puas dan geli hati pada saat tersebut sebab dapat bermain dengan psikologi budak2 ni. Bila melangkah masuk ke kelas 3M, murid2 dalam kelas tersebut agak terkejut dan ada sesetengah mereka bermuka cuak mungkin kerana pernah terkena penangan daripadaku waktu amali solat di musolla. Satu permulaan yang agak baik untukku. Alhamdulillah..sepanjang pengajaran dalam kelas tersebut, pada pendapatku tidaklah seteruk yang digambarkan. Cuba untuk menggunakan psikologi dalam pengajaran dan ternyata cukup membantu. Murid2 ini begitu 'excited' dan teruja sepanjang pembelajaran. Mereka ini tak henti2 bertanya nak buat latihan dalam buku apa sebelum sempat aku habis memberikan penerangan. Begitu 'excited' mahu menulis walaupun ada di antara mereka tak tahu membaca jawi. Ini adalah satu kejutan buatku. Tak sangka walaupun mereka dilabel sebagai murid kelas hujung tapi mereka bukan budak yang bodoh cuma nakal budak2 saja. Aku tak berapa setuju dengan mereka yang mengelarkan murid2 ini sebagai samseng. Bagi aku kata2 adalah doa. Sebagai guru kita tak patut mengeluarkan kata2 negatif terhadap anak2 murid kita. Dan inilah yang selalu aku ingatkan pada diri sendiri.
~Usaha mereka untuk memujukku~
Alhamdulillah...tak sia2 belajar psikologi. Rupa2nya boleh dipraktikkan serba sedikit. Tapi itu tak bermakna aku telah berjaya mengawal anak2 muridku sebab semuanya takkan berlaku kalau Allah tak berkehendak ianya berlaku (Aku masih butuhkan ilmu). Setiap perkara yang kita usahakan haruslah bersandarkan kepada Allah kerana Dialah Yang Maha Berkuasa. Tanpa Dia siapalah kita. Setiap kelemahan yang berlaku tentu ada sebabnya dan mungkin ianya datang daripada kita sendiri. Sebelum kita tunjuk jari kepada orang lain, kita perlu sedar yang empat jari lagi akan tunjuk pada diri kita sendiri. Jadi, apa yang boleh disimpulkan adalah perubahan yang kita mahukan takkan berlaku kalau kita sendiri yang tak mahu berubah.
“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
0 ulasan:
Catat Ulasan