Jom Click

Selasa, 15 November 2011

wahai diriku..

Bismillahirrahmanirrahim...


Wahai diriku..

Janganlah berhenti berzikir

Janganlah berhenti berharap

Janganlah berhenti berusaha

Janganlah berhenti bersyukur


Janganlah kita berputus asa jika sesuatu yang kita hajati masih belum dikabulkan oleh Allah. Kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Maha Mendengar rintihan hambaNya. Mungkin masanya belum tiba lagi atau mungkin yang kita hajatkan itu belum tentu baik untuk kita.

Kan Dia pernah berfirman:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah Al-Baqarah:186)
"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu." (Surah Al-Mu'min: 60)
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Surah Al-Baqarah : 216)
Allah S.W.T berfirman: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Az-Zumar :53)
Oleh itu, wahai diriku..

Sentiasalah berzikir mengingatiNya

Sentiasalah berharap kepadaNya

Sentiasalah berusaha untuk mencapai RedhaNya

Sentiasalah bersyukur atas segala pemberianNya

Rabu, 9 November 2011

Sheikh Maher Al-Muaiqli

Bismillahirramanirrahim


SubhanaAllah...merdu sungguh alunan tilawah Sheikh Maher Al-Muoaiqli. Sungguh mengasyikkan.teringat pengalamanku menjadi makmum beliau ketika solat terawih di Masjidil Haram. Tak terasa penat atau mengantuk mendengar bacaan Al-quran yang dialunkan oleh beliau. Malah mulutku ini boleh mengikut setiap ayat yang dibacanya walaupun diri ini bukanlah seorang hafazan. Ini kerana sebutan beliau untuk setiap makhraj huruf sangat jelas diibaratkan seperti seorang penyanyi yang mempunyai vokal yang mantop. Sebelum ini aku hanya tahu Sheikh Abdul Rahman As-Sudais dan Sheikh Said Al-Ghamidi yang mana terkenal dengan kemerduan alunan bacaan Al-quran mereka tetapi selepas mendengar bacaan Sheikh Maher ternyata beliau juga sehebat mereka. Dek kerana tidak puas mendengar kemerduan alunan bacaan Al-quran oleh Sheikh Maher, dalam perjalanan pulang sesudah solat terawih aku sanggup singgah di kedai menjual buku dan CD di sebelah hotel penginapanku semata2 untuk membeli CD beliau walhal pada masa itu aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya nama si suara merdu itu. Alhamdulillah.. syukur kerana pada ketika itu pemilik kedai berkenaan sedang memutarkan CD milik suara orang yang kucari2. Tanpa segan silu aku bertanya pada pemilik kedai tersebut suara siapa dalam CD yang sedang dia putarkan dan akhirnya dia tunjukkan kepada aku CD berkenaan yang tertulis di covernya SHEIKH MAHER AL-MUOAIQLI. Dan CD ini menjadi sourvenir dari Makkah yang paling berharga buatku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...