Jom Click

Sabtu, 28 Julai 2012

Ramadhan 1

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau di Malaysia tiap kali masuk bulan Ramadhan, bunyi mercun boleh dikatakan tak putus2 berdentum bermula dari buka puasa sampailah ke tengah malam. Sampai kalau berterawih kat masjid kampung ni boleh sakit jantung dengan budak2 yang datang masjid bukan nak solat tapi nak main mercun. Kalau di Mekah masa bulan Ramadhan mengikut pengalaman yang lepas, ada bunyi meriam lagi gempak. Tapi bunyi meriam ni sebenarnya ada alamatnya. Kalau dah masuk waktu berbuka, kita akan dikejutkan dengan bunyi meriam. Begitu juga waktu sahur. Kalau tak salah dua kali kita akan dengar bunyi meriam. Bunyi yang pertama tanda bermulanya sahur dan bunyi yang kedua tanda masuknya waktu imsak. Hanya waktu tertentu ini sajalah yang boleh kita dengar bunyi meriam. Kalau waktu lain bunyi bising hon kenderaan je la (Macam2 jenis bunyi hon boleh kita dengar. Yang macam muzik pun ada. :) ). Di Mekah dan Madinah, kita akan dengar dua kali azan yang mana azan pertama menandakan waktu sahur dan azan kedua menandakan waktu subuh. Memang meriah berpuasa di Tanah Haram sebab semua yang ada kat situ adalah orang Islam.

Tapi ada juga segelintir yang tak berpuasa. Mereka beralasan bahawa mereka adalah musafir dan jarang mempunyai peluang untuk ke sana. Jadi, mereka tak mahu disebabkan penat berpuasa mereka tak dapat melakukan umrah. Itu pendapat mereka tapi kata Ustaz Ghani kenapa Nabi menyamakan umrah pada bulan Ramadhan sama seperti mengerjakan haji atau haji bersama2 baginda? Tentulah jika kita mahu merebut pahala haji atau haji bersama2 Nabi bukanlah suatu perkara mudah. Kita terpaksa melalui pelbagai ujian untuk sampai ke tahap itu. Dengan bahang panas mentari, puasa, keadaan yang sesak, jauh berjalan kaki dan macam2 lagi jenis ujian. Itulah yang dinamakan pengorbanan dan penghambaan seorang hamba terhadap Tuannya yang Maha Esa.

~Papan iklan Panasonic dalam Bahasa Melayu di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah yang menarik perhatianku~

Lumrah hidup ini, jika kita mahukan kejayaan semestinya pelbagai ujian terpaksa kita tempuh dan banyak benda terpaksa kita korbankan. Selepas melalui semua ujian, mohonlah pada Allah apa saja yang kita mahu berbekalkan usaha dan pengorbanan yang kita lakukan. Satu tips yang aku dapat daripada beberapa orang Ustaz, rata2 menyatakan doa seseorang mudah dimakbulkan oleh Allah adalah apabila seseorang itu menyebut apakah amalan dan pengorbanan mulia yang telah dilakukan dan dengan berkat amalan kita itu mohonlah kepada Allah apa saja yang kita mahukan. InsyaAllah..dengan limpah rahmatNya doa kita akan diperkenankanNya. Kalau ada yang pernah terbaca dan terdengar kisah beberapa orang pemuda yang terperangkap dalam gua yang mana pintu gua itu terbuka dengan izin Allah selepas mereka berdoa berbekalkan amalan2 baik yang pernah mereka lakukan. Kisah teladan ini membuktikan bahawa berdoa dengan merintih kepada Allah S.W.T. berbekalkan amalan2 baik yang pernah dilakukan mudah dimakbulkan oleh Allah. Yang paling penting kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan sentiasa berharap kepadaNya. Semoga kita sama2 dapat mengamalkan petua ini mudah-mudahan dengan berkat bulan Ramadhan yang mulia ini, doa dan amalan baik kita diterima oleh Allah. Sama2 kita meraih sebanyak mungkin pahala dalam bulan yang penuh barakah ini.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, doa tidak akan ditolak." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Maksud Hadis Nabi SAW: "Sekiranya umatku tahu kelebihan yang ada dalam bulan Ramadan, nescaya mereka inginkan semua bulan menjadi Ramadan."

Selasa, 24 Julai 2012

Rindu Sangat-Sangat

Assalamualaikum w.b.t..

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..Terima kasih Ya Allah kerana memberi kesempatan kepada hambaMu yang daif ini untuk merasai dan beribadah pada bulan yang mulia ini. Ramadhan kali ini mengingatkanku pada Tanah SuciMu ya Allah iaitu Mekah dan Madinah yang pernah aku lawati tahun lepas pada bulan yang penuh barakah ini juga. Rindu sangat2 tak dapat nak diungkap dengan kata2. Rindu suasana berpuasa di sana dan rindu suasana berterawih di kedua-dua rumahMu yang agung, Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi. Ya Allah..izinkan aku untuk ke sana lagi Ya Allah untuk mengutip sebanyak mungkin pahala yang Engkau janjikan pada umatMu yang beribadah di Tanah SuciMu.

Kisah perjalanan ke Tanah Suci ada aku ceritakan dalam blog ini. Buat sesiapa yang belum membacanya bolehlah ikuti kisah yang telah aku ringkaskan untuk dikongsi bersama agar rinduku pada Tanah Suci dapat dirasai oleh kalian juga.


Dua hari lepas, semasa aku dan ummi solat terawih berjemaah di masjid kami ditegur oleh Kak Nu yang bersama2 menunaikan umrah tahun lepas (ada gambarnya dalam entri Perjalanan ke tanah suci 2). Memang tak disangka2 dapat berjumpa dengannya kerana selepas pulang dari mrngerjakan umrah tahun lepas inilah kali pertama kami bertemu kembali. Rasa terharu sangat2 sebab Allah kalbulkan doa aku untuk berjumpa dengan salah seorang daripada mereka. Kami pun terkejut sebab masing2 baru tahu yang sebenarnya kami tinggal di mukim yang sama. Semasa di Tanah Suci dulu kami tak sempat berbual panjang. Berjumpa dengan Kak Nu menjadikan rinduku pada Masjidil Haram membuak-buak rasanya. Teringat pada Kaabah. Teringat solat terawih dengan bacaan lunak imam2 di sana dan solat sambil melihat kaabah di depan mata. Ya Allah..semoga ibadah yang aku lakukan semasa aku di Tanah Suci dulu dapat aku lakukan di sini juga Ya Allah. Semoga aku sentiasa istiqomah dengan apa yang aku lakukan dan semoga amal ibadahku sepanjang hidupku diterima olehMu Ya Rabbi..Aminn..

Kat bawah ni ada beberapa gambar aku selitkan yang belum diupload dalam entri sebelum ini. Gambar tahun lepas tapi rasa macam baru jer. Saja2 berkongsi moga ada yang terdetik hati mahu pergi ke sana. Kalau niat tu ada insyaAllah Allah akan permudahkan kita untuk ke sana. Yang paling penting sebelum pergi ke sana ialah persiapan dari segi ibadah (rohani) dan akhlak kita. Persiapan yang mantap akan memudahkan lagi kerja ibadah kita di sana kelak. InsyaAllah..


~Bergambar depan Kaabah~

~Di perkarangan Masjidi Nabawi~

~Jabal Rahmah~
(Doa untuk kawan2 dan diri sendiri..:) )

(First time minum susu unta)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...