Jom Click

Jumaat, 21 Disember 2012

Umrah-->Ihram-->Takwa

Kata Ustaz Don umrah itu mengajar kita erti takwa.  Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?". Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa". Dalam melakukan ibadat umrah, seseorang itu wajib berada dalam keadaan ihram. Ihram umpama kita melalui jalan berduri kerna berada dalam ihram bermakna kita berada dalam keadaan berpantang atau berhati2. Banyak pantang larang yang harus kita jaga semasa berihram. Inilah yang dinamakan takwa. Allahuakbar..begitu indah Allah susunkan peraturan buat kita. Peraturan yang membentuk diri kita supaya berdisiplin dalam hidup. Kalau kita teliti dan muhasabah diri, kita pernah solat dan banyak pantang larang ketika solat kita kena jaga begitu juga puasa. Alangkah bertambah indahnya lagi jika kita dapat melengkapkan rukun islam yang kelima iaitu menunaikan haji atau umrah. Bagi yang pernah menunaikan haji dan umrah, bersyukurlah kerana anda telah melengkapi kelima2 rukun islam. Bagi yang belum berkemampuan, cuba kita renung sejenak adakah kita tidak merasa teruja ingin berada dalam ihram?Menjaga pantang larang ketika dalam ihram sambil menunaikan rukun umrah atau haji dapat menguji sejauh mana ketakwaan kita kepadaNya. Subhanallah.. Ayuh para syabab kita berusaha mengumpul duit dan juga ilmu untuk menunaikan umrah atau haji. Dengan keinginan yang mengalir dalam diri kita ini, insyaAllah Allah pasti akan menjemput kita menjadi tetamu di rumah suciNya suatu hari nanti. Jangan lupa untuk sentiasa bertalbiyah semoga Allah dengar suara hati kita untuk menjadi tetamuNya. Aminn..

(Ingin buat tabungan umrah? Klik di sini.)

Rabu, 19 Disember 2012

Permohonanku PadaMu

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah kerana dengan izin dan limpah rahmatMu hari ini aku berjumpa lagi dengan tarikh keramat 19 hari bulan 12 kalendar masihi. Bermakna genap 23 tahun sudah aku bernafas dan hidup di muka bumiMu Ya Allah. Entah berjumpa lagi atau tidak dengan tarikh ini pada tahun hadapan. Kerna aku tahu ajal dan maut di tanganMu. Bertambahnya umur bermakna semakin dekatlah aku dengan kematian. Janganlah kau jadikan aku cinta pada dunia dan takut pada mati. Sekiranya ajalku datang maka Kau akhirilah hidupku dengan pengakhiran yang baik. Alangkah indahnya jika kalimah terakhir yang keluar dari bibirku adalah kalimah 'La Ilahaillallah' dan aku tenang kembali padaMu. Jika umurku masih panjang, berilah daku petunjuk dan rahmatMu yang tidak putus2 agar aku sentiasa berada di jalan lurusMu iaitu jalan mencari cinta dan redhaMu. Ya Allah, aku tahu bukan senang untuk mendapatkan cintaMu jika hanya mempunyai iman senipis kulit bawang dan dengan amal ibadah yang tak seberapa. Tapi Ya Allah biarkanlah aku terus mendamba untuk meraih cintaMu kerna aku tahu cinta ini Halal lagi Suci dan cinta ini juga yang dapat membawaku ke syurga. Malu aku padaMu ya Allah untuk berangan-angan menjejakkan kaki ke syurgaMu sedangkan aku tahu syurgaMu lebih mahal dari segala2nya yang ada di bumi ini dan aku juga tahu yang amalanku walaupun bertahun-tahun belum tentu dapat menempah tempat di syurgaMu. 

Ya Allah.. jika sepanjang hidupku di dunia ini banyak dosa yang telah aku lakukan, aku pohon agar dosa2ku ini diampunkan olehMu. Ya Allah.. jika sebelum ini aku jauh dariMu maka aku pohon agar hari2 yang mendatang aku lebih dekat denganMu. Ya Allah.. jika sebelum ini aku sentiasa lalai dalam mengingatiMu maka aku pohon agar hari2 yang mendatang setiap hela nafasku aku sentiasa mengingatiMu. Ya Allah..jika sebelum ini aku telah memilih jalan yang salah maka aku pohon agar aku dapat kembali dan tetap di jalan lurusMu. Ya Allah... jika sebelum ini aku kurang mengasihi orang lain maka aku pohon agar aku dapat berubah menjadi seorang yang penuh dengan kasih sayang dan mengasihi saudara2ku melebihi kasihku pada diriku sendiri. Ya Allah.. jika sebelum ini amal ibadahku tidak seberapa maka aku pohon agar hari2 mendatang aku sentiasa istiqamah dalam memperbaiki amalan2 wajib dan meningkatkan amalan2 sunat. Ya Allah kerana Engkau Maha Kaya dan sudi memperkenankan doa hamba2Mu maka aku pohon agar permintaanku ini dapat dikabulkan olehMu. Kerana aku mahu bercinta denganMu ya Allah dan kerana syurgaMu yang mahal izinkan aku menjadi hambaMu yang solehah yang sentiasa taat akan segala perintah dan syariatMu.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut ayat 64)    

Bersabda Nabi S.A.W., "Ya Allah jadikan hidupku penambahan kebaikan, dan jadikan matiku dalam kerehatan." 

Ahad, 9 Disember 2012

Sempurnakan Iman Kita

Assalamualaikum w.b.t..



Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.”-Riwayat Bukhari dan Muslim. 

  
  

Ahad, 18 November 2012

Palestin..Rahmat Di Sebalik Ujian

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebelum ni kalau tengok berita pasal Palestin yang tak pernah aman, hati aku terdetik kenapa rakyat Palestin tak keluar je dari tempat diorang yang tak selamat tu ke tempat yang lebih selamat? Padahal ada je yang nak bagi pelindungan. Tengok dalam TV kanak-kanak Palestin bermain dekat runtuhan rumah-rumah dan bangunan-bangunan hati sekali lagi mengomel kalaulah diorang dapat dibawa keluar dari tempat tu dan dibawa ke Malaysia tentu diorang seronok dapat main tanpa fikirkan hujan peluru. Tapi semua tu dulu. Sekarang ni bila aku fikir balik kalau diorang fikir macam aku fikir, aku rasa dari dulu lagi diorang akan buat. Sebab bukan setahun dua mereka hidup dalam keadaan sebegitu, malahan sudah hampir separuh abad lebih mereka dicengkam oleh Israel. Baru aku faham kenapa mereka tak pernah berputus asa melawan zionis walaupun dengan hanya lontaran batu. Sejak 64 tahun mereka diganyang oleh Israel, sudah pasti antibodi iman mereka semakin hari semakin kuat. Mereka percaya Allah lah yang membantu mereka untuk kekal berada di tanah air mereka. Dengan berbekalkan iman inilah mereka walaupun secara fizikal nampak serba kekurangan tapi dalaman ataupun rohani mereka tidak pernah berkurang sedikitpun. Aku percaya mereka ini lebih kental Imannya daripada kita. Kerana mereka hanya bergantung satu-satunya kepada Allah. Dunia mungkin hanya mimpi buat mereka dan Akhirat yang pasti inilah realiti buat mereka. Biar tergadai nyawa di dunia tapi kemenangan sudah pasti mereka perolehi di akhirat kelak iaitu berada di tempat yang semua orang dambakan, syurga Allah. Tak cemburukah kita pada mereka? Kemanisan iman yang mereka perolehi membuatkan mereka melupakan syurga dunia yang mana pada ketika ini manusia sedang menikmati keindahannya. Alangkah indahnya kemanisan iman yang mereka nikmati. Semoga kita dapat menumpang kemanisan iman mereka agar kelak kita sendiri dapat merasainya.    

        

Kerana Allah Kita Mara!!

La ilaha illaLLah
Muhammadur RasuluLlah
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabiliLlah

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara

Hentikanlah penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Ilahi
Agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya

Lagu : Nazrey Johani   Lirik : Frizdan/Nazrey Johani

Walaupun tidak dapat bersama-sama mereka, kita mampu untuk membantu mereka dengan senjata yang paling hebat dan kuat iaitu DOA. Sama-sama kita berdoa semoga saudara kita di Palestin diberi keselamatan dan kekuatan oleh Allah. Semoga pertolongan Allah turun sebagaimana turunnya pertolonganNya ketika umat Islam berdepan dengan musuh dalam Perang Khandaq (atau Perang Ahzab) dan Perang Badar. Dan semoga tentera zionis aka tentera firaun moden ini dapat dikalahkan oleh tentera Islam sebagaimana kalahnya tentera firaun pada zaman nabi Musa. Aminn YA ALLAH..  

Sabtu, 20 Oktober 2012

Semangatnya!!

Assalamualaikum w.b.t..

Sebut je pasal BOLA. Tak payah panjang2 cukup satu patah je, berpatah2 keluar cerita pasal bola. Tu baru sebut tak tanya lagi tu. Kalau tanya memang sah satu buku boleh buat ceritanya. Sebelum ni ada la jugak niat nak tulis pasal gelagat anak2 kelantan pasal bola. TRW aka The Red Warriors. Sejak aku bermaustautin di Kelantan ni (macam la baru je duk kelantan) maksud aku selepas tamat belajar dan back for good banyak benda yang aku dapat tahu pasal orang kelantan. Salah satunya adalah fanatik tentang bola sepak. Mana2 je kalau aku keluar mesti ada yang pakai baju merah tertulis The Red Warrior dari sekecik2 budak sampai la sebesar2 dewasa. Yang paling senang jumpa dekat sekolah la. Disebabkan kelas fardhu ain murid2 diberi kelonggaran untuk menukar uniform sekolah, jadi kebanyakan mereka memilih memakai jersi. Tak kira la yang TRW ke MU ke macam2 lagi la kelab2 bola sepak. 

~Asyraf with his TRW jersy~

Betapa fanatiknya budak2 ni dengan bola. Semua pasal bola diorang tahu. Nama2 pemain siap dengan nombor pemain tu sendiri dapat diorang ingat. Suatu hari masa aku mengajar kelas tuisyen, aku ada tersebut pasal bola. Jadi budak2 ni apa lagi bukan main syoknya diorang bercerita pasal bola sampai aku tanya soalan 'Farid, nombor 9 ape jawapannya?' dengan konfidennya dia boleh jawab nama pemain yang pakai jersi nombor 9. Memang kelakar. Minggu lepas aku masuk kelas 4 Mawar (kelas yang ketiga) untuk jaga periksa akhir tahun Bahasa Inggeris. Masa menjawab 50 minit tapi belum sampai 15 minit dah siap. Tembak katanya sebab tak reti nak jawab. Aku cakap BI ni penting. Orang main bola pun guna BI. Disebabkan aku tersebut pasal BOLA tanpa ditanya terus bercerita pasal TRW yang disayangi. Sebut je depan mereka xpayah tanya dengan senang hati je mereka bercerita pasal bola.

Malam tadi Final Piala Malaysia antara TRW dan ATM. Rasa2 berapa kerat je orang kelantan yang tak tengok perlawanan malam tadi. Walaupun perlawanan dekat Shah Alam tapi dapat rasa keghairahan penyokong2 kelantan yang ada di kelantan malam tadi. Mana taknya, tiap kali masuk gol berdentum bunyi mercun macam time malam2 raya. Ni baru duk kat rumah. Kalau duk kat stadium tak tahu la macam mana. Dan kalau malam tadi Kelantan kalah rasa2 boleh runtuh Stadium Shah Alam (ni ummi yang cakap). Tengok sajalah suasana dalam stadium penuh dengan warna merah. Bak kata najib 'Gelombang Merah'. Nasib malam tadi tak jadi tsunami merah. 

~Peyokong Kelantan di Stadium Shah Alam semalam~

Satu kebaikan yang dapat diambil dari bola ni adalah semangat ukhuwah sesama peminat bola. Dengan bola semua bersatu. Tak kira dari fahaman politik yang berbeza sama2 bersatu. Itu yang aku suka. Dengan bola hubungan keluarga dan adik beradik jadi mantap. Sama2 minat bola sama2 sokong pasukan yang sama. Walaupun aku ni tak minat tengok bola tapi disebabkan kebaikan ini aku duduk sekali dengan diorang sebab masa inilah kita sekeluarga dapat bersama. Cuma nak diingatkan janganlah fanatik sangat dengan bola sampai kita lupa masa kita dengan Allah iaitu solat. Amalkan Wasotiyah (kesederhanaan) dalam setiap perkara yang kita buat agar Allah sentiasa dihati kita setiap detik.          

~Long, Lee, Ngoh bergambar di stadium. Minat menyatukan mereka~

Selasa, 18 September 2012

ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

ANTARA ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT IALAH:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

**Tambahan: Juga beristighfarlah 25 kali setiap hari untuk seluruh muslimin dan muslimat.

9 . Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ “

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.
Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.

Source: http://1khalifah.wordpress.com/tag/malaikat/

Sabtu, 28 Julai 2012

Ramadhan 1

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau di Malaysia tiap kali masuk bulan Ramadhan, bunyi mercun boleh dikatakan tak putus2 berdentum bermula dari buka puasa sampailah ke tengah malam. Sampai kalau berterawih kat masjid kampung ni boleh sakit jantung dengan budak2 yang datang masjid bukan nak solat tapi nak main mercun. Kalau di Mekah masa bulan Ramadhan mengikut pengalaman yang lepas, ada bunyi meriam lagi gempak. Tapi bunyi meriam ni sebenarnya ada alamatnya. Kalau dah masuk waktu berbuka, kita akan dikejutkan dengan bunyi meriam. Begitu juga waktu sahur. Kalau tak salah dua kali kita akan dengar bunyi meriam. Bunyi yang pertama tanda bermulanya sahur dan bunyi yang kedua tanda masuknya waktu imsak. Hanya waktu tertentu ini sajalah yang boleh kita dengar bunyi meriam. Kalau waktu lain bunyi bising hon kenderaan je la (Macam2 jenis bunyi hon boleh kita dengar. Yang macam muzik pun ada. :) ). Di Mekah dan Madinah, kita akan dengar dua kali azan yang mana azan pertama menandakan waktu sahur dan azan kedua menandakan waktu subuh. Memang meriah berpuasa di Tanah Haram sebab semua yang ada kat situ adalah orang Islam.

Tapi ada juga segelintir yang tak berpuasa. Mereka beralasan bahawa mereka adalah musafir dan jarang mempunyai peluang untuk ke sana. Jadi, mereka tak mahu disebabkan penat berpuasa mereka tak dapat melakukan umrah. Itu pendapat mereka tapi kata Ustaz Ghani kenapa Nabi menyamakan umrah pada bulan Ramadhan sama seperti mengerjakan haji atau haji bersama2 baginda? Tentulah jika kita mahu merebut pahala haji atau haji bersama2 Nabi bukanlah suatu perkara mudah. Kita terpaksa melalui pelbagai ujian untuk sampai ke tahap itu. Dengan bahang panas mentari, puasa, keadaan yang sesak, jauh berjalan kaki dan macam2 lagi jenis ujian. Itulah yang dinamakan pengorbanan dan penghambaan seorang hamba terhadap Tuannya yang Maha Esa.

~Papan iklan Panasonic dalam Bahasa Melayu di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah yang menarik perhatianku~

Lumrah hidup ini, jika kita mahukan kejayaan semestinya pelbagai ujian terpaksa kita tempuh dan banyak benda terpaksa kita korbankan. Selepas melalui semua ujian, mohonlah pada Allah apa saja yang kita mahu berbekalkan usaha dan pengorbanan yang kita lakukan. Satu tips yang aku dapat daripada beberapa orang Ustaz, rata2 menyatakan doa seseorang mudah dimakbulkan oleh Allah adalah apabila seseorang itu menyebut apakah amalan dan pengorbanan mulia yang telah dilakukan dan dengan berkat amalan kita itu mohonlah kepada Allah apa saja yang kita mahukan. InsyaAllah..dengan limpah rahmatNya doa kita akan diperkenankanNya. Kalau ada yang pernah terbaca dan terdengar kisah beberapa orang pemuda yang terperangkap dalam gua yang mana pintu gua itu terbuka dengan izin Allah selepas mereka berdoa berbekalkan amalan2 baik yang pernah mereka lakukan. Kisah teladan ini membuktikan bahawa berdoa dengan merintih kepada Allah S.W.T. berbekalkan amalan2 baik yang pernah dilakukan mudah dimakbulkan oleh Allah. Yang paling penting kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan sentiasa berharap kepadaNya. Semoga kita sama2 dapat mengamalkan petua ini mudah-mudahan dengan berkat bulan Ramadhan yang mulia ini, doa dan amalan baik kita diterima oleh Allah. Sama2 kita meraih sebanyak mungkin pahala dalam bulan yang penuh barakah ini.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, doa tidak akan ditolak." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Maksud Hadis Nabi SAW: "Sekiranya umatku tahu kelebihan yang ada dalam bulan Ramadan, nescaya mereka inginkan semua bulan menjadi Ramadan."

Selasa, 24 Julai 2012

Rindu Sangat-Sangat

Assalamualaikum w.b.t..

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..Terima kasih Ya Allah kerana memberi kesempatan kepada hambaMu yang daif ini untuk merasai dan beribadah pada bulan yang mulia ini. Ramadhan kali ini mengingatkanku pada Tanah SuciMu ya Allah iaitu Mekah dan Madinah yang pernah aku lawati tahun lepas pada bulan yang penuh barakah ini juga. Rindu sangat2 tak dapat nak diungkap dengan kata2. Rindu suasana berpuasa di sana dan rindu suasana berterawih di kedua-dua rumahMu yang agung, Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi. Ya Allah..izinkan aku untuk ke sana lagi Ya Allah untuk mengutip sebanyak mungkin pahala yang Engkau janjikan pada umatMu yang beribadah di Tanah SuciMu.

Kisah perjalanan ke Tanah Suci ada aku ceritakan dalam blog ini. Buat sesiapa yang belum membacanya bolehlah ikuti kisah yang telah aku ringkaskan untuk dikongsi bersama agar rinduku pada Tanah Suci dapat dirasai oleh kalian juga.


Dua hari lepas, semasa aku dan ummi solat terawih berjemaah di masjid kami ditegur oleh Kak Nu yang bersama2 menunaikan umrah tahun lepas (ada gambarnya dalam entri Perjalanan ke tanah suci 2). Memang tak disangka2 dapat berjumpa dengannya kerana selepas pulang dari mrngerjakan umrah tahun lepas inilah kali pertama kami bertemu kembali. Rasa terharu sangat2 sebab Allah kalbulkan doa aku untuk berjumpa dengan salah seorang daripada mereka. Kami pun terkejut sebab masing2 baru tahu yang sebenarnya kami tinggal di mukim yang sama. Semasa di Tanah Suci dulu kami tak sempat berbual panjang. Berjumpa dengan Kak Nu menjadikan rinduku pada Masjidil Haram membuak-buak rasanya. Teringat pada Kaabah. Teringat solat terawih dengan bacaan lunak imam2 di sana dan solat sambil melihat kaabah di depan mata. Ya Allah..semoga ibadah yang aku lakukan semasa aku di Tanah Suci dulu dapat aku lakukan di sini juga Ya Allah. Semoga aku sentiasa istiqomah dengan apa yang aku lakukan dan semoga amal ibadahku sepanjang hidupku diterima olehMu Ya Rabbi..Aminn..

Kat bawah ni ada beberapa gambar aku selitkan yang belum diupload dalam entri sebelum ini. Gambar tahun lepas tapi rasa macam baru jer. Saja2 berkongsi moga ada yang terdetik hati mahu pergi ke sana. Kalau niat tu ada insyaAllah Allah akan permudahkan kita untuk ke sana. Yang paling penting sebelum pergi ke sana ialah persiapan dari segi ibadah (rohani) dan akhlak kita. Persiapan yang mantap akan memudahkan lagi kerja ibadah kita di sana kelak. InsyaAllah..


~Bergambar depan Kaabah~

~Di perkarangan Masjidi Nabawi~

~Jabal Rahmah~
(Doa untuk kawan2 dan diri sendiri..:) )

(First time minum susu unta)

Rabu, 18 Julai 2012

Bermain Psikologi

Assalamualikum w.b.t..

Ramadhan bakal menjelma satu hari saja lagi. Alhamdulillah..moga kita sempat dan diizinkan oleh Allah bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang dijanjikan oleh Allah dengan berlipat-lipat kali ganda pahala ibadah. Sama2 kita berusaha mempertingkatkan amal ibadah kita dalam tarbiyah bulan yang mulia ini. Marhaban Ya Ramadhan..

Entri aku kali ini bukan untuk bercerita tentang Ramadhan tapi berkenaan dengan cerita budak2 di sekolah aka anak2 didikku. Kelmarin aku berkeras mahu menguji sejauh mana 'sayang' mereka kepadaku. Ada yang agak cemburu bila anak didikku tak ramai yang ponteng kelas, berdisiplin masa solat, dan agak mesra denganku sewaktu di luar kelas. Bagi mereka, aku beruntung kerana dapat mengajar di kelas yang pertama yang mana murid2nya pandai dan mudah dengar kata. Tapi bagiku tanggapan mereka salah sebab murid2 yang pandailah sukar mendengar kata tambahan lagi kalau guru yang mengajar itu muda. Budak2 zaman sekarang bukan macam zaman kita dulu. Kalau dulu nampak guru muka garang pegang rotan dah tak berani nak buka mulut tapi murid2 sekarang ni melaunglah atau buatlah muka macam singa ke pegang rotan ke diorang boleh je buat tak tahu. Siap boleh menjawab lagi masa guru tengah naik angin. Sebab tulah aku cuba untuk mencari cara pengajaran yang berkesan dan cuba untuk mengawal marah dan penggunaan rotan. Tapi dalam bab solat dan baca Al-Quran memang tak boleh dibiarkan kalau dah sampai tahap tak ada adab.

Untuk membuktikan bahawa tanggapan seorang guru ni terhadap aku, kelmarin aku terima cabaran beliau untuk tukar kelas. Kebetulan kelmarin memang aku tak tahan sangat tengok anak2 muridku membuat bising ketika sebilangan mereka mengaji Al-Quran di depanku. Dan aku bagitahu mereka, "Kalau macam inilah perangai kamu, baik saya mengajar kelas 3M (kelas kedua akhir) biar ustazah lain pulak yang gantikan saya." Ada sesetengah mereka beranggapan kata2ku itu satu gurauan dan boleh tersenyum. Memang ketika tu aku rasa sangat2 tercabar.

Selepas saja waktu rehat aku masuk ke kelas sekejap untuk mengambil beg. Ketika masuk ke dalam kelas, ada seorang daripada mereka berkata, "Aku dah kata ustazah tipu kita, dia takkan tukar punya." Lepas tengok aku bawa beg keluar, semua bising dan masing2 cuba memanggilku. Memang rasa puas dan geli hati pada saat tersebut sebab dapat bermain dengan psikologi budak2 ni. Bila melangkah masuk ke kelas 3M, murid2 dalam kelas tersebut agak terkejut dan ada sesetengah mereka bermuka cuak mungkin kerana pernah terkena penangan daripadaku waktu amali solat di musolla. Satu permulaan yang agak baik untukku. Alhamdulillah..sepanjang pengajaran dalam kelas tersebut, pada pendapatku tidaklah seteruk yang digambarkan. Cuba untuk menggunakan psikologi dalam pengajaran dan ternyata cukup membantu. Murid2 ini begitu 'excited' dan teruja sepanjang pembelajaran. Mereka ini tak henti2 bertanya nak buat latihan dalam buku apa sebelum sempat aku habis memberikan penerangan. Begitu 'excited' mahu menulis walaupun ada di antara mereka tak tahu membaca jawi. Ini adalah satu kejutan buatku. Tak sangka walaupun mereka dilabel sebagai murid kelas hujung tapi mereka bukan budak yang bodoh cuma nakal budak2 saja. Aku tak berapa setuju dengan mereka yang mengelarkan murid2 ini sebagai samseng. Bagi aku kata2 adalah doa. Sebagai guru kita tak patut mengeluarkan kata2 negatif terhadap anak2 murid kita. Dan inilah yang selalu aku ingatkan pada diri sendiri.

~Usaha mereka untuk memujukku~

Alhamdulillah...tak sia2 belajar psikologi. Rupa2nya boleh dipraktikkan serba sedikit. Tapi itu tak bermakna aku telah berjaya mengawal anak2 muridku sebab semuanya takkan berlaku kalau Allah tak berkehendak ianya berlaku (Aku masih butuhkan ilmu). Setiap perkara yang kita usahakan haruslah bersandarkan kepada Allah kerana Dialah Yang Maha Berkuasa. Tanpa Dia siapalah kita. Setiap kelemahan yang berlaku tentu ada sebabnya dan mungkin ianya datang daripada kita sendiri. Sebelum kita tunjuk jari kepada orang lain, kita perlu sedar yang empat jari lagi akan tunjuk pada diri kita sendiri. Jadi, apa yang boleh disimpulkan adalah perubahan yang kita mahukan takkan berlaku kalau kita sendiri yang tak mahu berubah.

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Sabtu, 16 Jun 2012

Di Sebalik Kesedihan

Bismillahirrahmanirrahim

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Isra' ayat 1)

Hari Sabtu yang lepas (27 Rejab 1433 H) iaitu hari di mana umat islam mengingati kembali peristiwa luar biasa, Israk dan Mikraj, yang berlaku ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Anugerah ini adalah anugerah yang sangat istimewa yang hanya diberikan oleh Allah S.W.T. kepada kekasihNya, Muhammad S.A.W. dan tidak diberikan kepada mana2 nabi sebelumnya kecuali nabi Daud (kalau tak silap). Peristiwa ini menunjukkan betapa kasihnya Allah kepada baginda S.A.W. Peristiwa Israk dan Mikraj ini berlaku pada 27 Rejab tahun kesebelas kerasulan iaitu dua tahun sebelum peristiwa hijrah ke Yathrib (Madinah). Pada tahun tersebut, pelbagai dugaan menimpa Rasulullah S.A.W. sehingga tahun tersebut dipanggil Tahun Dukacita di mana dua orang yang sangat baginda kasihi telah pergi mengadap Ilahi iaitu isteri yang sangat dicintai baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara yang sangat baginda kasihi, Abu Talib. Siapa yang tak sedih kalau orang yang sangat kita sayang pergi meninggal kita buat selama-lamanya. Walaupun begitu, nabi dapat menempuhi ujian ini dengan tabah dan sabar serta bergantung satu2nya pada Allah. Selepas itu, nabi diuji lagi oleh Allah dengan cemuhan dan penghinaan penduduk kafir Quraish di Mekah yang semakin menjadi-jadi terhadap baginda selepas kematian bapa saudara nabi yang sebelum ini menjadi tempat nabi berlindung. Dek kerana penghinaan mereka ini, nabi berhijrah ke Taif dengan harapan orang2 Taif dapat menerima seruan baginda, namun hampa sekali seruan nabi disambut dengan balingan batu dan najis oleh penduduk Taif. Walaupun kepala nabi berdarah sekalipun, baginda tidak menyimpan dendam terhadap mereka bahkan nabi berdoa agar suatu hari nanti mereka ini diberikan hidayah oleh Allah. Allahuakbar..Betapa mulianya peribadi baginda sebagai seorang rasul.

Di sebalik kesedihan yang dialami baginda ini, ternyata Allah tidak membiarkan nabi bersedih keseorangan malah Allah telah memberikan suatu hadiah yang paling istimewa kepada baginda yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa pun. Pada malam 27 Rejab tahun kesebelas kerasulan, baginda Muhammad S.A.W. telah dijemput oleh malaikat Jibril untuk melakukan perjalanan (Israk) menaiki Buraq (kenderaan para malaikat) dari Masjidil Haram, Mekah menuju ke Masjidil Aqsa, Palestin dan dimikrajkan ke Sidratul Muntaha untuk berjumpa dengan Allah. Pada saat itu jugalah, nabi telah menerima perintah melaksanakan solat secara terus daripada Allah. Allah memerintahkan nabi agar menyeru umat baginda untuk mengerjakan solat 50 waktu sehari namun selepas merayu kepada Allah akhirnya Allah mengurangkan jumlah waktu solat kepada 5 waktu sehari. Sebanyak 9 kali nabi mengadap dan merayu kepada Allah yang mana setiap kalinya 5 waktu solat Allah kurangkan. Di sini juga dapat kita lihat bahawa baginda tidak pernah melupakan umatnya malah betapa kasihnya baginda kepada kita kerana sanggup menahan malu bertemu dengan Allah sebanyak 9 kali meminta agar dikurangkan waktu solat dengan alasan risau takut2 umatnya terbeban dengan 50 waktu solat. SubhanAllah..Lupakah kita untuk bersyukur terhadap pengorbanan yang telah dilakukan baginda ini untuk kita? Bukan ini sahaja pengorbanan baginda bahkan kalau ditelusuri kembali sirah hidup baginda begitu banyak jasa baginda yang telah baginda lakukan dan tinggalkan buat kita sebagai umat akhir zaman. Sama-samalah kita perbanyakkan mengingati baginda pada bulan2 yang mulia ini dengan berselawat kepada baginda (Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aali saidina Muhammad).


Daripada Abu Hurairah, Nabi S.A.W. bersabda, "Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, akan dicatat baginya sepuluh kebaikan. (Hadis Riwayat Ahmad)


Untuk menambah pengetahuan kita tentang peristiwa Israk dan Mikraj:

Selasa, 5 Jun 2012

Triffle Cocktail

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni aku berkesempatan membuat manisan puding triffle cocktail yang sememangnya menjadi dessert favourite aku. Memang sudah lama aku merancang nak buat puding ni tapi tak pernah terbuat. Selalunya kalau ada kenduri kahwin kezen2 aku memang sempat la merasa puding ni kat meja pengantin. Tapi untuk kenduri kezen aku kali ni, agak kempunan jugak la sebab tak sempat nak merasa. Disebabkan teringin sangat nak makan, aku usaha jugak untuk buat. Cari resepi kat internet walaupun dah ada resepi yang suatu masa dulu aku pernah menyalinnya dari kawan tapi biasalah sebab tak pernah cuba buat agak bimbang jugak la kalau tak menjadi. So, aku search kat internet tengok komen2 orang yang pernah buat (sedap atau tak). Jumpa la satu resepi triffle ni kat sini. Komen2 yang positif daripada mereka2 yang pernah buat.


~Yummy!!~

Alhamdulillah menjadi jugak triffle yang aku buat walaupun nampak macam 2 layer jer. Kelam kabut jugak la kat dapur tadi dengan kehadiran kanak2 ribena yang suka sangat 'membantu' aku kalau aku ada kat dapur. Habis berselerak tepung castard dibuatnya. Boleh pulak dia kata aku main masak2 kat dapur. Haih..macam2 la budak2 ni. Geram campur geli hati.

Terubat jugak hati nak makan triffle..^_^


Isnin, 4 Jun 2012

Allah Maha Adil (العدل)

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah lama aku ingin berkongsi cerita ini tapi setiap kali buka blog tak terfikir pun nak menulisnya. Cerita ni berlaku sewaktu awal2 aku mula mengajar. Kelas KAFA ni berlainan sikit dengan kelas2 biasa di sekolah sebab di kelas KAFA seorang guru akan mengajar kesemua subjek agama termasuklah Al-Quran, Ibadah, Akidah, Sirah, dan Adab. Jadi, selama 3 jam murid2 akan mengadap muka guru yang sama. Biasalah kalau dah lama2 asyik dengar je guru mengajar, budak2 ni cepat la bosan. Untuk mengelakkan mereka daripada mengantuk dan bosan, aku pun mula la bercerita. Lepas satu cerita ke satu cerita, aku pulak terasa penat sebab ada yang nak dengar dan ada jugak yang nak main. Yang nak dengar cerita pulak asyik desak2 suruh aku bercerita lagi. Disebabkan ramai yang buat bising, aku pun berhentilah bercakap dan bagi peluang mereka pulak untuk bertanya dan bercerita. Dalam ramai2 tu, ada la seorang murid lelaki ni, Qayyum namanya, datang dekat aku. Dia ni bijak orangnya dan suka bertanya benda2 yang aku sendiri pun tak terfikir untuk bertanya. Lebih kurang macam ni la dialog aku dengan dia;

Qayyum: Ustazah, saya lama dah nak tanya benda ni.
Aku : Tanya ape?
Qayyum: Ustazah, kenapa yer Allah hidupkan kita di dunia ni?
(Dalam hati, hebatnya budak ni kecik2 dah terfikir benda macam ni..sambil fikir jawapan yang terbaik nak bagi dekat dia)
Aku : Allah hidupkan kita di dunia ni sebab Allah nak suruh kita beribadah pada Dia.
Qayyum : Tak adil la macam tu. Hidupkan kita pastu suruh kita sembah Dia.
Aku : Tak baik la awak cakap macam tu. Allah itu Maha Adil. Kita ni patut bersyukur pada Dia sebab hidupkan kita. Awak tahu tak sebelum awak lahir dulu, berjuta2 roh (nak kata sperma takut dia tak paham pulak) berebut-rebut untuk masuk dalam badan awak tapi dalam banyak2 awak adalah satu-satunya yang terpilih yang dipilih oleh Allah. Tengok betapa beruntungnya awak. Dan satu lagi kalau Allah tak hidupkan awak macam mana la keadaan awak sekarang. Mestilah tak wujud kan? Mesti awak tak dapat jumpa atau kenal mak dan ayah awak. Awak pun mesti tak jumpa ataupun kenal dengan saya.
Qayyum : Betul tu ustazah. Maafkan saya. Saya dah sedar dah sekarang.
Aku : Ingat Qayyum, Allah itu Maha Adil.

~Yang terpilih~

Macam2 gelagat murid2 tahun 3 ni. Bukan diorang ni tak suka belajar agama tapi kadang2 mereka tak boleh nak tafsir sendiri apa makna yang tersirat di sebalik apa yang difardhukan ke atas mereka. Ada jugak yang letak mindset kalau tak pandai agama pun tak pe asal pandai dalam akademik. Aku selalu ingatkan mereka, agama mesti kita letak paling atas sekali. Nak menarik minat mereka kepada agama bukan mudah. Masa zaman aku sekolah dulu, ustaz dan ustazah cerita pasal neraka dan hari kiamat murid2 dah mula takut. Tapi sekarang ni, bila cerita pasal azab neraka dan keadaan semasa hari kiamat mereka ni seolah-olah tak ade perasaan takut langsung. Bila cerita pasal syurga yang dijanjikan Allah dengan kemewahan yang tiada tolok bandingnya barulah ada respons. Sebab itulah masa amali solat aku cuba menarik minat mereka untuk ingat bacaan2 dalam solat dengan memberikan mereka hadiah. Berlumba-lumba mereka menghafal sampai ada yang lemah dalam pelajaran dapat markah yang tinggi dalam amali solat. Inilah keistimewaan agama Islam dan kitab sucinya, Al-Quran. Sesiapa pun hatta yang lemah sekalipun dapat memahami dan mengamalkan ajaran suci ini. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Sesungguhnya agama itu (Islam) adalah mudah." (Riwayat Imam Ahmad).

"Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah, sujudlah, dan sembahlah Tuhanmu, dan berbuatlah kebaikan, agar kamu beruntung. Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu; Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong." (Surah Al-Hajj: Ayat 77-78)

Sabtu, 26 Mei 2012

~Ku MilikMu~

Lirik Lagu Ku MilikMu- Maher Zain
Kuberdoa
Dengan jiwa dan tubuhku
Setiap hari sepanjang hidupku
Dengan napasku
Aku berjanji pada-Mu
Untuk hidup hanya untuk-Mu
O Allah!
Kau bangkitkan jiwaku
Cahaya-Mu terangi hatiku
Hidupku,
Kupersembahkan pada-Mu
Ku milik-Mu
Ku milik-Mu

Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku

O Allah!
Kubersyukur pada-Mu
Walau kata tak sanggup ungkapkan
Kau buatku,
Mampu lawan keraguan
Dan tegar hadapi tantangan
Hanya Engkau
Sanggup bangkitkan jiwaku
Cahaya-Mu terangi hatiku
Dan hidupku,
Kupersembahkan pada-Mu
Ku milik-Mu
Ku milik-Mu

Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku

Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua
untuk-Mu [x2]
Dan tiada satu pun dapat bersaing dengan-Mu di hatiku
Cinta, hidup, siang, malam, harta, doa semua untuk-Mu

Kini kutahu rasanya
Hidup dalam cahaya kasih-Mu
Kini kutahu rasanya
Menemukan damai di hati
Seandainya semua tahu
Indahnya mengabdi pada-Mu
Seandainya semua tahu
Kasih-Mu lepaskan belenggu
Bebaskanku, kuatkanku

~Lirik yang menyentuh hati. Antara lagu yang terbaik dalam album Forgive Me~

Rabu, 9 Mei 2012

Selamat Hari Guru, Cikgu!!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..sudah 3 bulan lebih aku mengajar kelas KAFA. Memang mencabar menjadi seorang pendidik. Pada permulaannya agak sukar untuk aku menyesuaikan diri dengan suasana baru iaitu daripada seorang pelajar kemudian menjadi seorang pengajar. Tambahan pula aku memegang ijazah bioteknologi dan bukannya pengajian islam. Tapi bagi aku walaupun tanpa ijazah pengajian islam, sebagai seorang muslim tanggungjawab menuntut ilmu, mengamalkannya dan menyebarkannya terutama ilmu akhirat adalah wajib tidak kira apa sekalipun latar belakang kita. Jangan jadikan alasan tidak mempunyai latar belakang pengajian islam untuk kita menolak ketepi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Bagi aku setiap muslim adalah ustaz atau ustazah. Mengajak orang untuk berbuat baik dan mengajak mereka untuk meninggalkan perkara2 buruk sesuai dengan Firman Allah S.W.T.:

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Surah Ali-Imran: Ayat 110)

Nabi pun ada berpesan kepada kita "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat". Jelas di sini bahawa kita semua mempunyai tanggungjawab. Tanggungjawab untuk menyampaikan apa yang kita tahu daripada pembacaan, kuliah ataupun ceramah daripada ustaz2 ataupun ustazah2 tentang Al-quran dan As-sunnah kepada sesiapa sahaja terutama kepada adik2 yang masih baru dalam menimba ilmu agama. Mereka ini perlu diasuh dari kecil belajar dan kenal ilmu agama terutama ilmu Fardhu Ain yang merupakan kewajipan kepada setiap muslim. Kerana mereka inilah perintis masa depan. Macam manalah keadaan umat pada masa depan kalau yang muda sekarang ini tidak solat sebab tidak pandai. Baru2 ini keluar dalam akhbar tentang beberapa murid sekolah di ibu kota tidak tahu mengucap syahadah. Agak sedih sekali mendengar berita ini dan masing2 menunding jari menyalahkan pelbagai pihak. Bagi aku, daripada menyalahkan orang lain lebih baik refleksi diri kita sendiri. Kalau diri sendiri sedar tanggungjawab sebagai seorang muslim insyaAllah perkara ini tidak akan berlaku.

Apabila melihat murid2 solat berjemaah ketika amali solat di sekolah, terdetik di hati bagaimana keadaan mereka bila besar nanti. Adakah mereka dapat melakukan seperti apa yang mereka lakukan pada hari ini. Adakah mereka sentiasa ingat apa yang diajar ustaz dan ustazah di sekolah. Memikirkan keadaan ini hati rasa gusar sekali. Takut2 suatu hari nanti mereka dipengaruhi oleh anasir2 yang akhirnya memakan diri sendiri hingga lupa pada asal usul mereka. Ya Allah..semoga Engkau sentiasa melindungi mereka dari fitnah dunia ini..Aminn

Sedih juga bila memikirkan realiti umat Islam sekarang. Di mana silapnya sehingga ramai yang tergelincir dari jalan yang lurus. Pada siapa ianya harus dipersalahkan. Guru?Ibu bapa?Pihak kerajaan?Atau individu itu sendiri? Inilah yang membimbangkan Rasulullah S.A.W. terhadap umatnya di akhir zaman. Sehingga di saat2 akhir hidup baginda, baginda seolah2 tidak tenang jika tidak mendapat jaminan daripada Allah S.W.T. tentang nasib umatnya di akhirat kelak. Allahuakbar..Sungguh tulus kasihmu duhai kekasih Allah terhadap kami. Betapa beruntungnya kita mendapat seorang nabi yang sangat cintakan umatnya sehinggakan nabi Isa sendiri berharap agar beliau dapat menjadi salah seorang umat Muhammad yang mendapat pelbagai keistimewaan daripada Allah. Kalaulah kita semua sedar betapa istimewanya kita sudah tentu kita mahu membalas kasih yang nabi berikan kepada kita. Dengan cara yang bagaimana? Seperti yang telah baginda wariskan kepada kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, sudah cukup jika kita dapat berpegang dan mengamalkan kedua-dua ini.

"Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku." Hadis riwayat Imam Malik

Saham yang paling menguntungkan adalah ilmu yang bermanfaat. Ilmu ini dituntut, diamal, dan disebarkan untuk tujuan kebaikan. Bila ilmu ini digunakan oleh orang lain, maka kita juga akan memperoleh pahala. Itulah yang aku pegang sekarang ini. Diharapkan ilmu yang aku curahkan dapat dimanfaatkan dan menjadi saham yang menguntungkan untukku sewaktu di akhirat kelak. Aku juga cuba untuk ikhlas dalam bekerja. Mengikut pengalaman aku selama beberapa bulan ini, kerja yang dilakukan olehku menjadi suatu keseronokkan apabila kerja ini dilakukan dengan hati yang ikhlas kerana Allah Taala. Aku bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh seorang guru dalam akhbar sempena Hari Guru pada 16 Mei yang lalu bahawa kerja sebagai guru bukan sekadar kerjaya tapi sebaliknya kerja sebagai guru adalah lebih kepada panggilan. Panggilan atau seruan untuk mendidik dengan seikhlas hati dan tidak mengharapkan apa2 balasan. Jika hati ini ikhlas mendidik, barulah hati ini seronok dengan kerja yang kita lakukan. Agaknya inilah apa yang aku cari selama ini. Tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang pendidik tapi apabila merasai sendiri pengalaman barulah diri ini tahu apa yang menariknya menjadi seorang guru.

Kepada guru di luar sana, tidak terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Guru. Jasa kalian hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalasnya. Teruskan niat anda yang ikhlas untuk mendidik anak bangsa. Terima kasih Guru!!

p/s: Gembira dapat bekerjasama dengan guru2ku sewaktu sekolah rendah dulu.


~First time dapat present daripada my student. Terharu sangat2. Tak sangka dapat hadiah walaupun baru beberapa bulan mengajar~

Jumaat, 27 April 2012

Saksi

Assalamualaikum w.b.t

Astaghfirullahalazim 3X..itulah yang mampu untuk aku ungkapkan buat masa ini. Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Agak2 berapa kali jumaat lagi yang tinggal untuk kita beribadah kepada Allah? Tak terfikirkah mereka? Agaknya pukul orang ni macam pukul nyamuk ke apa. Sampai nazak kawan ni dibuatnya. Ya Allah..mujurlah aku terawal beberapa minit keluar daripada rumah kalau tak, aku pun tak tahu apa nasib aku dengan adik aku. Kejadian tetak ini betul2 berlaku depan rumah makcik aku yang selang beberapa meter dari rumah aku. Tak sangka kampung yang disangka aman rupa2nya tidak lagi.

Takut rasanya nak bercerita panjang. Takut diketahui konco2 mereka yang sememangnya senang mengesan maklumat. Dah macam tak keje yang baik nak dibuat.. Teringat kata2 orang kampungku dan ummiku sendiri tadi: "Jangan bagitau orang yang kita tahu pasal kejadian tu nanti tak pasal2 kita pulak yang kena." Ya Allah..tak sangka hari ini aku diberi 'peluang' untuk menjadi saksi kejadian. Semasa keluar rumah bersama adik ke kedai kami ada mengesan sesuatu yang tak kena berlaku sebab ramai sangat orang berkumpul depan rumah makcik aku. Yang peliknya pintu pagar rumah makcik aku tertutup rapat. Tapi aku dah terbiasa dengan gelagat pemuda2 kampung ini yang suka sangat berkumpul dan 'meeting' di tempat2 gelap. Jadi aku pun buat tak tahu jer la. Ada jugak terpandang sorang ni naik motor. Muka macam dah taraf pakcik dan terlintas dalam hati aku apsal pakcik ni bergaul dengan orang muda, ke saje je bertegur sapa dengan diorang. Bersangka baik la aku pada pakcik ni.

Nak dijadikan cerita, masa ondaway balik jalan kat kampung tiba2 jem dan aku ternampak ada sebuah ambulans dekat depan rumah makcik aku tu. Pada masa tu, ramai sangat orang kampung keluar. Kereta memang tak boleh nak lalu so aku pun parking la kereta dekat rumah pengasuh aku yang kebetulan ada berdiri kat depan rumah. Dia bagitau ada accident kat depan tu tapi accidentnya dah lama dah berlaku time maghrib lagi. Aku pun teringat masa solat maghrib tadi aku ada dengar bunyi dentuman tapi time aku keluar lepas isya' tadi macam tak ada pape pun. Memang ada kereta tapi tak perasan pulak yang kereta tu accident sebab nampak macam kereta tu parking elok je. Yang cedera lagi la tak nampak. Lepas adik aku pegi lihat sendiri tempat kejadian barulah dapat tahu bukan orang cedera accident tapi cedera sebab kena tetak. Memang berdiri la bulu roma. Kalau accident boleh tahan lagi tapi yang ni cedera sebab perbuatan orang lagi la seram. Aku pun tak tahu motif sebenar si A ni ditetak. Tapi dari kronologi kejadian dan pada masa yang sama aku dan adik sempat melihat beberapa kelibat manusia dalam samar2 cahaya lampu kereta cukup untuk kami membuat kesimpulan bahawa si A ditetak oleh si B mungkin disebabkan si B marahkan si A yang menyebabkannya kemalangan. Aku terdengar jugak orang kampung bercerita yang si A ni orangnya baik dan mustahil si A buat kerja tak elok. Si B ni memang terkenal dengan ke'jaguh'annya dan ke'hero'annya dan dah ramai sangat yang jadi mangsa sampai jadi buruan polis. Itu yang aku dengar la wallahua'lam betul ke tak sebab aku memang tak berapa kenal dengan orang kampung aku sendiri. Kalau yang dekat2 kenal la. Kalau orang yang jauh ke dalam lagi memang aku tak kenal.

Dulu aku tak terfikir pun yang aku dapat tengok jenayah betul2 berlaku depan mata. Tapi sejak kebelakangan ini, aku sering diperlihatkan oleh Allah perbuatan2 buruk manusia di tempatku sendiri termasuklah menipu, meragut, dan yang terbaru malam ini menetak orang. Agaknya inilah bukti yang Allah sendiri nak aku tengok bagaimana keadaan umat Islam sekarang ini. Kita duduk senang-lenang dalam rumah tak terasa pun yang kat luar tu dah tak selamat walaupun kita rasa keadaan di kampung lagi aman daripada keadaan di bandar. Buktinya hari ini depan rumah sendiri kejadian yang selalu aku tengok dalam 999 berlaku. Beginilah realiti umat Islam sekarang. Pergaduhan dianggap suatu benda yang biasa. Bunuh orang dah macam bunuh ayam. Perasan hormat pada orang tua dah tak ada. Buktinya malam ini, si A yang ditetak adalah warga emas. Teruk jugak pakcik ni kena hentam. Aku terfikir jugak mungkin pakcik yang aku tengok tadi adalah si A. Wallahua'lam.. Apa2 pun, semoga Allah menyelamatkan pakcik ini dan jika dia telah melakukan kesalahan semoga Allah mengampuninya dan memberikannya hidayah. Dan kepada si B yang melarikan diri semoga Allah membuka pintu hatinya untuk kembali bertaubat dan berserah diri kepada Allah. Sama2lah kita berdoa agar umat Islam kembali kepada fitrah dan melakukan perkara2 yang terpuji dan meninggalkan perkara2 yang mungkar. Agar Islam dapat kembali bersinar menyinari alam maya ini seperti bersinarnya ia pada zaman Rasulullah S.A.W.

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah2 mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala2 buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian..." (Hadis Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu'jan Al-Kabir)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...